10/08/2022
Tak tahulah macam mana perasaan orang lain, tapi bila dengar Ustazah Nurhafizah Musa cakap bab ini rasa macam baru diangkat beban besar dalam hati.
Lega!
Ustazah cerita, guru-guru dan ibu ayah kena faham. Kena hadam molek bahawa kerja mendidik ini bukan kerja sehari.
Kita tak boleh tergopoh gapah dan tertekan sebab urusan kita dengan Allah. Kalau dengan orang, ini tak kena itu tak kena. Takut orang cakap itu,ini. Cepat jadi stress.
Padahal urusan sesungguhnya kita dengan Allah. Kita tahu Allah Maha Mengetahui. Selalu berdialog dengan Allah bila teruji,
" Ya Allah , Kau tahukan ya Allah aku dah cuba ya Allah. " 😭Senang cakap je dengan Allah.
Urusan mendidik bukan urusan sehari.
Dan jangan pandang anak kita dengan pandangan hari ini semata-mata. Cuba buka luas sedikit pandangan kita.
Boleh jadi anak yang selalu buat perangai, entah entah esok jadi anak paling membanggakan.
Pendidikan memerlukan proses.
Ada seorang budak Tahfiz Ustazah, hafal 30 juzuk Al Quran di dada. Cair dah hafazan sampai syahadah berkali-kali.
Tapi satu hari masa Ustazah bawa kereta, Ustazah terserempak dengan dia. Budak Hafiz tadi sedang makan ais krim pong sambil berdiri dan berjalan hendak menuju ke tempat bersukan.
Ustazah kata dalam hati,
" Ya Allah comelnya anak murid aku. Makan berjalan. "
Tapi Alhamdulilah waktu itu Ustazah boleh tenang -tenang. Tak terus serang dengan teguran.
Kalau ditegur waktu itu, bakal menghilangkan mood bermain. Jadi apa Ustazah buat?
Ustazah hanya pin-pin kemudian turunkan tingkap cermin kereta dan lambai-lambai.
Anak murid Ustazah tadi membalas lambaian sambil Ais krim pong masih dalam mulut. 😁
SubhanALLAH.
Sabar Tuan Puan. Sabar.
"Eh, nanti apa orang kata p**a? Pelajar tahfiz makan minum berjalan?"
Ustazah bercakap dalam hati, setakat ini Ustazah tak de urusan dengan orang. Means Ustazah tidak ambil kisah kata orang. Padahal Ustazah penaung pusat tahfiz itu.
Sabar sabar. Mendidik anak memerlukan proses.
Orang yang komen macam-macam mungkin tak sabar nak tengok semuanya berlaku dalam sempurna. Tapi kami mendidik manusia. Kami tak didik sehari.
Satu iktibar buat kita ibu ayah mahupun guru guru pendidik. Kesabaran ialah bekal sempurna untuk berjuang.
Kita tiada urusan untuk mengharapkan pujian. Bak kata pepatah,
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Kalis.
Cumanya Ustazah jagalah supaya apa-apa benda dalam pusat tahfiz tak memudaratkan orang lain.
Kemudian cerita budak tahfiz tadi belum tamat di situ tau?
Beberapa minggu kemudian, ada kelas kajian akhlak.
Inilah kesempatannya.
Oghe kampung kata, ☺️
" Act as if what you do make a difference. It does. "
Ustazah bagi contoh akhlak -akhlak bagus bagi seorang yang bawa Al Quran di dada. Akhlak Rasulullah.
Tapi Ustazah sedikit pun tak tunding jari pada murid tadi. Ustazah cuma tanya satu kelas siapa pernah makan atau minum berdiri?
Hampir semua jawap" Ya" jadi anak tadi tak terasa.
Kita kena yakin urusan mendidik anak ialah urusan kita dengan Allah. Selepas kita jalankan tugas kita, doalah agar Allah bentuk akhlak mahmudah, terbuka hati dan beri hidayah untuk beramal.
Killer words USTAZAH,
" Ketika mana kita berurusan dengan Pemberi Amanah, hati kita akan tenang."
Orang boleh cakap, pandai komen. Pujian atau kejian hanya ujian. Kalau berurusan dengan Allah, sama je kedua duanya.
Tambah Ustazah secara tuntas,
"Teruskan mendidik anak dengan baik. Istiqamah. Sebab nanti kita yang nak kena jumpa Allah. Jawap depan Allah. "
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui.
Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan ANAK-ANAK kamu adalah UJIAN (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya PAHALA yang besar”. (al-Anfal: 27-28)