04/06/2026
β¨ TRAINING & DINNER GURU TADIKA, TASKA, TRANSIT & KAFA BISTARI GENIUS β¨
Melalui Inner Circle Training bersama Miss Tong Bee Yoke dan Mr Kaizen Lim, guru-guru berpeluang mengenali diri dengan lebih dekat melalui konsep D.I.S.C. Banyak perkara yang dipelajari tentang personaliti, cara berkomunikasi dan bagaimana untuk bekerjasama dengan lebih baik sebagai satu pasukan.Bila lebih memahami diri sendiri dan orang di sekeliling, lebih mudah untuk kita membina hubungan yang positif dan mewujudkan persekitaran yang ceria untuk anak-anak TBG. β¨
Sebelah malam p**a, suasana bertukar meriah dengan TBG Retro Gala Night! πΆπΊπ Pelbagai gaya retro, gelak tawa, aktiviti seperti cabutan bertuah,sesi pertukaran hadiah dan momen-momen yang mencuit hati menjadikan malam tersebut lebih bermakna dan tidak akan dilupakan.
Turut membanggakan, TBG Premium telah berjaya merangkul Tempat Kedua bagi Anugerah Excellent Operation. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas usaha, komitmen dan kerja keras yang telah diberikan sepanjang tahun. πβ¨
Tidak dilupakan juga, tahniah buat Teacher Misha yang telah menerima Anugerah Teacher Inspirasi Kawasan Lunas. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberi inspirasi dan menyentuh lebih ramai hati anak-anak serta keluarga di TBG. β€οΈπ
Terima kasih kepada semua warga TBG yang sentiasa memberikan komitmen dan semangat yang luar biasa. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang dikutip sepanjang program ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkembang dan memberikan yang terbaik buat anak-anak TBG. πβ€οΈ
Bagi Trial Class & Pendaftaran 2026 & 2027 hubungi cawangan terdekat π
π TBG Premium Lunas (shoplot sebaris AA Teguh Lunas): www.wasap.my/60125123414/tbgpre26(Cikgu Sura)
SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!