26/05/2026
🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙
Daripada seluruh warga
Maahad Dakwah Dar Al-Abrar
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga setiap ibadah korban dan amal kebajikan diterima serta menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah korban itu, tetapi Dia melihat kepada keikhlasan dan ketakwaan kamu.”
✨ Eid Mubarak ✨
Taqabbalallahu minna wa minkum.
13/05/2026
KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H
Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.
Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.
Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.
YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh
12/05/2026
Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Kenyataan Berhubung Ceramah YB Datuk Ustaz Nik Zawawi Salleh
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum dan memandang serius polemik yang timbul susulan ceramah YB Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh di Kuala Terengganu.
2. Setelah meneliti sedutan rakaman ceramah tersebut serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, DUPP mengakui bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah ﷺ, khususnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.
3. DUPP menegaskan bahawa para Sahabat Rasulullah ﷺ merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman Jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih.
4. DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada YB Dato’ Ustaz Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam, khususnya dalam perkara yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para Sahabat Rasulullah ﷺ.
5. Pada masa yang sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih. Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat.
6. DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam.
Sekian.
YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
12 Mei 2026 Miladi bersamaan 25 Zulkaedah 1447 Hijriah
20/03/2026
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙
Ucapan ikhlas daripada
Maahad Dakwah Dar Al-Abrar
Buat seluruh guru dan murid, terima kasih atas komitmen dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.
Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan ukhuwah dalam keluarga besar maahad.
Maaf Zahir & Batin 🤍
17/11/2025
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Alhamdulilah perkemahan Kem jati diri dan kepimpinan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 14/11/2025 - 16/11/2025 di Pantai Teluk Senangin . 🏕️🌴
Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada fasilitator jemputan dan guru guru Maahad Dakwah Dar Al Abrar atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini . 🤝🏻✨
Tahniah kepada semua pelajar Maahad yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan ketahanan fizikal sepanjang perkhemahan berlangsung .
Semoga pengalaman ini memberi keberanian, kematangan dan keyakinan diri buat pelajar pelajar Maahad Dakwah . 💪🏻✨
07/11/2025
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.
06/10/2025
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
MAJLIS SAMBUTAN MAHABBAH RASULULLAH ﷺ Di SURAU PONDOK DAKWAH DAR AL-ABRAR 🕌
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku “
( Mafhum Hadis Riwayat Al- Nasaie ) ✨
Alhamdullilah telah berlangsung MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH ﷺ dengan alunan Qasidah dari SOUTUL DAKWAH dan tausiah yang disampaikan oleh AL-FADHIL USTAZ ISMAIL BIN SATIMIN dan AL-FADHIL USTAZ RIFA’AT BIN RAZMAN .
Semoga kita semua peroleh syafaat NABI MUHAMMAD ﷺ 💚