27/10/2025
🎉 KINTA & KITA!
Sempena ulang tahun ke-8 Geopark Lembah Kinta, jom kita raikan alam, budaya & komuniti dalam suasana penuh warna dan makna 🌈
Nikmati pengalaman unik:
🪨 Pameran geologi & fosil
🎨 Bengkel seni, warisan & tradisi
☕ Perkongsian kopi & teh herba
🏕️ Green Market & aktiviti outdoor
🐎 Berkuda, memanah, rock climbing & banyak lagi!
📅 8 – 9 November 2025
📍 Gunung Lang Community Park, Ipoh
🎟️ Masuk percuma!
Mood santai, aktiviti keluarga & jiwa komuniti – semuanya di sini 💚
16/04/2025
Jika anda mengesyaki ianya projek haram & membawa kemudaratan serta pencemaran, kenal pasti apakah status & lokasi kawasan tersebut. Jika ia terletak di dalam:
1. Hutan Simpan - laporkan pada Jabatan Perhutanan
2. Tanah Kerajaan - lapor pada Pejabat Tanah & Daerah & Jabatan Alam Sekitar
3. Tanah Persendirian - lapor pada PBT (untuk tanya kebenaran merancang) dan Jabatan Alam Sekitar.
4. Taman Negeri - Jabatan Perhutanan atau Perbadanan Taman Negeri
5. Taman Negara - Jabatan Perhilitan
Bagaimana ingin tahu status tanah? Sila lihat jika ada papantanda kawasan menunjukkan ia tanah hutan simpan, hakmilik ataupun kerajaan
14/02/2025
Kawasan Zon Konservasi yang dikhaskan untuk menjaga sumber perikanan ini jugalah yang akan dimusnahkan dan memberi kesan kepada sumber perikanan setempat, menjejaskan punca rezeki nelayan pesisir dan juga keterjaminan makanan (food security).
Kenapa Segari ni jadi tumpuan kemusnahan? Cukup-cukuplah apa yang betlaku di bahagian daratan, kini di lautan p**a yang akan dijahanamkan oleh manusia yang tamak tanpa memikirkan nasib rakyat setempat. Apa gunanya peranan Jabatan Perikanan Negeri Perak Jabatan Perikanan Negeri Perak Jabatan Perikanan Negeri Perak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kalau tidak dapat membantu menjaga nasib nelayan kita dan menjaga sumber perikanan kita?
Perlombongan Pantai Hutan Simpan Segari: Nelayan Bimbang Pendapatan Terjejas
Mohamad Faizal Mat Zin, Persatuan Nelayan Manjung
28/01/2025
Selamat Menyambut Hari Tanah Lembab 2025
Program Merentas Pulau Giam: Kesedaran Perlindungan Habitat Laut
Jom sertai kami pada 31 Januari hingga 2 Februari untuk Program Merentas Pulau Giam sempena fenomena air surut timpas di Pulau Pangkor!
Antara aktiviti yang akan berlangsung:
🌏Merentas sambil belajar mengenai habitat laut dari Teluk Nipah ke Pulau Giam
🌏Taklimat keselamatan oleh pihak berkuasa
🌏Taklimat kesedaran & pendidikan habitat laut oleh KUASA
🌏Pameran daripada pelbagai NGO & agensi
🌏Jualan
🌏Aktiviti sukan air
🌏Pertandingan mengambil gambar
🌏Sambutan Hari Tanah Lembap
Mari kita nikmati keindahan alam sambil memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab bersama menjaga khazanah semula jadi di Pulau Pangkor ini. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam program unik ini!
📅 Tarikh: 31 Januari - 2 Februari
📍 Lokasi berkumpul: Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Majlis Perbandaran Manjung
Ocean 9
07/09/2024
Jom ada kisah penyu di sana…
24/08/2024
PROGRAM KONSERVASI & PENDIDIKAN HABITAT PERSISIR PANTAI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2024
Tempat: Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12 tengah hari
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada tahun ini, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menganjurkan Program Konservasi & Pendidikan Habitat Persisir Pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Bagi menghayati semangat cintakan negara kita, kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam program ini agar kita dapat bersama-sama mempelajari kepentingan untuk memelihara dan memulihara habitat persisir pantai sebagai warisan alam semulajadi negara kita!
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti pembersihan pantai, sesi perkongsian mengenai khazanah alam di persisir pantai daerah Manjung serta pameran tentang aktiviti pemuliharaan & pemeliharaan khazanah alam di Manjung.
Tentatif Program:
9.00 pagi : Pendaftaran
9.15 pagi : Acara Pembukaan (Ucapan Aluan & Nyanyian Lagu Kemerdekaan)
9.30 pagi : Aktiviti Pembersihan Pantai
10.30 pagi : Aktiviti Audit Hasil Kutipan Sampah
11.00 pagi : Sesi Perkongsian “Keunikan Persisir Pantai Manjung”
12.00 tengah hari : Acara Penutup
Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di pautan ini: https://forms.gle/tLNLztk2YJuS5PGD9
Anda boleh hubungi urusetia kami, Atiqah melalui WhatsApp di +6011-36522495 bagi sebarang pertanyaan
Selamatkan Penyu & Hutan Bukit Pantai Segari
PROGRAM KONSERVASI & PENDIDIKAN HABITAT PERSISIR PANTAI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2024
Tempat: Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12 tengah hari
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada tahun ini, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menganjurkan Program Konservasi & Pendidikan Habitat Persisir Pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Bagi menghayati semangat cintakan negara kita, kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam program ini agar kita dapat bersama-sama mempelajari kepentingan untuk memelihara dan memulihara habitat persisir pantai sebagai warisan alam semulajadi negara kita!
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti pembersihan pantai, sesi perkongsian mengenai khazanah alam di persisir pantai daerah Manjung serta pameran tentang aktiviti pemuliharaan & pemeliharaan khazanah alam di Manjung.
Tentatif Program:
9.00 pagi : Pendaftaran
9.15 pagi : Acara Pembukaan (Ucapan Aluan & Nyanyian Lagu Kemerdekaan)
9.30 pagi : Aktiviti Pembersihan Pantai
10.30 pagi : Aktiviti Audit Hasil Kutipan Sampah
11.00 pagi : Sesi Perkongsian “Keunikan Persisir Pantai Manjung”
12.00 tengah hari : Acara Penutup
Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di pautan ini: https://forms.gle/tLNLztk2YJuS5PGD9
Anda boleh hubungi urusetia kami, Atiqah melalui WhatsApp di +6011-36522495 bagi sebarang pertanyaan.
17/08/2024
Environmental NGOs highlight potential threats to Segari's sensitive areas
*Info : Sarang telur hanya terdapat 5 sarang sahaja setakat tahun ini sejak pengeluaran pasir silika melalui jalan laut dan pantai pendaratan penyu.
Environmental NGOs highlight potential threats to Segari's sensitive areas
IPOH: Several environmental NGOs urge the state government to protect and conserve the Environmentally Sensitive Areas (KSAS) in Segari, Manjung.
08/08/2024
Lagi tapak penanaman semula pokok bakau dimusnahkan, kali ini di Lekir - Sg Limau, Sitiawan.
26/07/2024
Selamat Hari Bakau Sedunia!
Jumpa esok di Taman Paya Bakau Lumut 2020.
HARI HUTAN PAYA BAKAU SEDUNIA
26 Julai merupakan Hari Hutan Paya Bakau yang disambut setiap tahun di seluruh dunia. Tarikh ini telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai hari untuk meningkat kesedaran tentang ekosistem hutan paya bakau yang amat penting bagi kelestarian alam kepada masyarakat.
Semenjak di awal penubuhan KUASA, kami bekerja rapat dengan komuniti yang bergantung kepada hutan paya bakau untuk kehidupan mereka. Komuniti ini termasuklah kump**an nelayan serta penduduk kampung di sekitar hutan paya bakau. Kerjasama ini banyak mengajar kami tentang manfaat hutan paya bakau serta keperluan untuk memelihara serta memulihara ekosistem yang unik ini.
Jom, kita baca sedikit maklumat mengenai hutan paya bakau sempena Hari Hutan Paya Bakau Sedunia pada hari ini!
1. Hutan paya bakau juga dikenali sebagai hutan paya laut dalam istilah perhutanan.
2. Hutan paya bakau terletak di kawasan persisiran laut yang berlumpur dan bercampur dengan pasir serta mengalami fenomena air pasang surut.
3. Air di kawasan hutan paya bakau mempunyai rasa payau akibat campuran air laut dan air tawar.
4. Hutan paya bakau merupakan habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna yang mempunyai kepentingan biodiversiti tinggi seperti pokok bakau kurap, pokok bakau minyak, pokok berembang, pokok api-api, monyet, memerang, ikan belacak dan burung-burung. Hutan ini juga merupakan tempat persinggahan burung hijrah.
5. Hutan paya bakau merupakan tempat pembiakan bagi spesies-spesies laut seperti ikan, ketam, siput dan lain-lain. Benih, dedaun dan buah-buahan pokok-pokok spesies bakau juga boleh dijadikan makanan. Ini menjadikan hutan paya bakau penting sebagai sumber perikanan yang menjadi tiang keterjaminan makanan kita.
6. Pokok-pokok hutan bakau mempunyai keupayaan untuk menyerap karbon dan menghasilkan oksigen yang lebih tinggi berbanding hutan darat. Jadi, pokok-pokok bakau ini merupanya mekanisme semulajadi yang berkesan dalam menstabilkan suhu dunia di dalam krisis iklim iaitu pemanasan global yang sedang kita hadapi.
7. Hutan paya bakau ialah benteng pertahanan utama melawan bencana alam seperti ombak besar dan angin kencang dengan kekuatan akar dan kepadatan pokok-pokok dari hutan ini.
8. Hutan paya bakau juga merupakan zon penampan bagi mencegah hakisan pantai.
Sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat, kepentingan & keistimewaan hutan paya bakau ini. Tambah lagi maklumat mengenai hutan paya bakau di ruangan komentar yang tidak kami senaraikan supaya boleh dibaca oleh yang lain ya!
Jangan lupa temu janji kita esok di Taman Paya Bakau Lumut 2020 ya.
Selamat Hari Hutan Paya Bakau Sedunia!
24/07/2024
*Sambutan Hari Hutan Paya Bakau Sedunia*
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat: Taman Paya Bakau Bandar Lumut
Dapatkan maklumat lanjut mengenai program di pautan ini:
https://www.facebook.com/share/p/wyNb3dd9yhT5cQVR/?mibextid=WC7FNe
Sambutan Hari Hutan Paya Bakau Sedunia
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat: Taman Paya Bakau Bandar Lumut
Bersempena sambutan Hari Paya Bakau Sedunia pada tahun 2024, Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA akan menganjurkan sebuah program iaitu "Hari Hutan Paya Bakau" di Taman Paya Bakau Bandar Lumut (TPBBL) pada 27 Julai 2024.
Bagi memupuk kesedaran orang ramai dalam pemeliharaan & pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau, kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam program ini agar kita dapat sama-sama mempelajari kepentingan untuk melindungi hutan paya bakau sebagai warisan alam semula jadi negara kita.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah lawatan sambil belajar ke hutan paya bakau di Taman Paya Bakau Bandar Lumut, aktiviti melukis & mewarna serta aktiviti penanaman anak pokok bakau secara PERCUMA.
4 sesi lawatan sambil belajar dengan taklimat kesedaran & ekologi telah dijadualkan dalam program ini. Anda boleh mendaftar untuk menyertai mana-mana sesi dengan mengisi borang di pautan ini: https://forms.gle/J8GoN5kPZyjo1tzN7
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi urusetia kami di +60174181710.
17/05/2024
ENGGANG PUN BOLEH KENA KENCING MANIS??!!
Memberi makan kepada hidupan liar termasuk Enggang (Kenyalang) dengan makanan yang kita (manusia) makan dengan niat untuk menyihatkannya sekalipun adalah tanggapan yang SALAH.
Musa Musbah (Renjer Sabah Forestry Corporation) menerangkan bahawa memberi makan kepada hidupan liar dengan makanan yang kita sebagai manusia makan seperti PISANG, DAGING & ROTI akan MENYEBABKAN HIDUPAN LIAR ITU SAKIT.
Tambah beliau lagi, "Makanan seperti PISANG yang diberi makan kepada ENGGANG akan menyebabkan ia mengalami penyakit DIABETES (kencing manis) dan MEMENDEKKAN USIA mereka"
Feeding wildlife including hornbills with food that human consume to make them healthier and have a longer life span is a misconception.
Saying this, Sarawak Forestry Corporation (SFC) honorary ranger Musa Musbah explained that feeding wildlife with what human beings eat such as bananas, meat and bread could cause them to get sick.
“Even fruits like bananas, they are sweet and repeatedly given to hornbills might cause them to have diabetes and shorten their lives,” Musa noted.