SRAR Nur Kasih

SRAR Nur Kasih Merupakan Sekolah Rendah Agama Rakyat berstatus swasta yang beroperasi di Bandar Seri Manjung, Perak.

30/08/2026

Salam Kemerdekaan Negara ke-69. 🇲🇾

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan wajar kita sematkan dalam hati, khususnya dalam diri anak-anak kita. Jangan sesekali kita biarkan jerih payah, keringat dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan negara hilang ditelan zaman.

Semoga generasi hari ini terus menghargai erti kemerdekaan, mempertahankan keamanan serta mengisi kemerdekaan dengan perkara yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal. Kita juga perlu membebaskan diri daripada pemikiran dan acuan penjajah yang tidak memberi manfaat, lebih-lebih lagi sebagai umat Islam.

“Merdeka jiwa, merdeka pemikiran, teguh berpegang pada agama."

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah SWT.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

‘Berilmu, Beriman, Beramal'

بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, selesai sudah Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat bagi calon UPKK & SRAI 2026.Jazakum...
27/08/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat bagi calon UPKK & SRAI 2026.

Jazakumullahu Khairan Kathiran buat ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman Fasa 2 Gabungan yang sudi memberikan ruang kepada warga SRAR Nur Kasih untuk menjayakan majlis ini.

Semoga majlis yang berlangsung tadi menjadi asbab keberkatan, ketenangan dan kekuatan buat anak-anak didik SRAR Nur Kasih dalam menghadapi SRAI (8–10 September) serta UPKK (November) nanti.

“Usaha itu ikhtiar, doa itu penguat dan tawakal kepada Allah adalah jalan menuju ketenangan. Yakinlah, setiap usaha yang disertai doa tidak akan pernah sia-sia di sisi-Nya.”

‘Berilmu, Beriman, Beramal'

24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W. ❤️

اللهم صل على سيدنا محمد

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah S.A.W. telah mengabdikan seluruh kehidupan Baginda dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat ke jalan yang benar, meskipun terpaksa menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan kesukaran.

Baginda menyayangi kita sebagai umatnya, bahkan sebelum kita pernah bersua dengan Baginda. Betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. buat umatnya.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah perjuangan, akhlak mulia dan pengorbanan Baginda. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui amalan, akhlak dan kehidupan seharian.

Semoga kita sentiasa istiqamah mencintai kebenaran, berpegang teguh kepada ajaran Islam serta mempertahankan kesucian agama yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga kita semua dikurniakan syafaat Baginda dan dihimpunkan bersama Rasulullah S.A.W. di syurga kelak. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

'Berilmu, Beriman, Beramal'

بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, selesai sudah Seminar Celik Jawi 3.0.Siri kali ini menyasarkan murid Tahap 1 dengan...
15/08/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Celik Jawi 3.0.

Siri kali ini menyasarkan murid Tahap 1 dengan memberikan pendedahan kepada mereka tentang kaedah-kaedah yang dapat memudahkan proses memahami dan mempelajari penulisan Jawi.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai seminar pada hari ini. Semoga segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan sepanjang sesi pembelajaran tadi dapat memberikan manfaat serta menjadi input yang berguna kepada anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ustaz Hidayat selaku tenaga pengajar, serta guru-guru yang turut membantu menjayakan seminar ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan serta kesudian menghantar anak-anak menyertai Seminar Celik Jawi 3.0.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam memupuk minat dan kecintaan anak-anak terhadap tulisan Jawi. 🤲🏻

'Berilmu, Beriman, Beramal'

بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, hari ini telah berlangsung Hari Interaksi Ibu Bapa dan Guru bagi Pembentangan Keput...
27/07/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Hari Interaksi Ibu Bapa dan Guru bagi Pembentangan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 (Sesi Petang).

Program ini menjadi medium yang amat bermakna dalam mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Di samping itu, sesi ini membuka ruang untuk berkongsi pandangan, berbincang secara terbuka serta merancang langkah-langkah terbaik demi membantu anak semua ibu bapa yang hadir serta sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Pihak sekolah amat menghargai kehadiran, sokongan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha memastikan kejayaan anak-anak.

Semoga pertemuan pada hari ini memberikan manfaat, meninggalkan kesan yang positif serta menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah, di samping menguasai ilmu fardu ain dengan sebaik-baiknya sebagai bekalan membentuk peribadi Muslim yang berilmu, beriman dan beramal. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT, Insha Allah.

"Berilmu, Beriman, Beramal."

بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, hari ini telah berlangsung Hari Interaksi Ibu Bapa dan Guru bagi Pembentangan Keput...
27/07/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Hari Interaksi Ibu Bapa dan Guru bagi Pembentangan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 (Sesi Pagi).

Program ini menjadi medium yang amat bermakna dalam mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Di samping itu, sesi ini membuka ruang untuk berkongsi pandangan, berbincang secara terbuka serta merancang langkah-langkah terbaik demi membantu anak semua ibu bapa yang hadir serta sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Pihak sekolah amat menghargai kehadiran, sokongan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha memastikan kejayaan anak-anak.

Semoga pertemuan pada hari ini memberikan manfaat, meninggalkan kesan yang positif serta menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah, di samping menguasai ilmu fardu ain dengan sebaik-baiknya sebagai bekalan membentuk peribadi Muslim yang berilmu, beriman dan beramal. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT, Insha Allah.

"Berilmu, Beriman, Beramal."

📢 JOM SERTAI SEMINAR CELIK JAWI! 📚✍️Ingin anak Tahap 1 (Tahun 1–3) meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi denga...
25/07/2026

📢 JOM SERTAI SEMINAR CELIK JAWI! 📚✍️

Ingin anak Tahap 1 (Tahun 1–3) meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan lebih yakin? Sertai Seminar Celik Jawi anjuran SRAR Nur Kasih yang menggunakan kaedah pembelajaran yang mudah, berkesan dan menyeronokkan.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau hubungi 019-443 7528 (Pejabat SRAR Nur Kasih) untuk maklumat lanjut.

✨ Bantu anak menguasai asas Jawi yang kukuh dari awal sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPKK & SRAI.

📢 Hebahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027Pendaftaran murid Tahun 1 Sesi Pagi & Petang bagi Sesi Persekolahan 2027 ki...
08/07/2026

📢 Hebahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027

Pendaftaran murid Tahun 1 Sesi Pagi & Petang bagi Sesi Persekolahan 2027 kini telah dibuka.

Ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat pendaftaran boleh menghubungi pejabat sekolah untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran.

019-443 7528

Terima kasih.

‘Berilmu, Beriman, Beramal'

بسم الله الرحمن الرحيم،Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Teknik Menjawab SRAI untuk murid-murid Tahun 6 SRAR Nur Kasi...
04/07/2026

بسم الله الرحمن الرحيم،

Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Teknik Menjawab SRAI untuk murid-murid Tahun 6 SRAR Nur Kasih pada hari ini. 🤲

Jazakumullahu Khairan Kathiran diucapkan kepada penceramah jemputan atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga segala tip, teknik dan strategi yang dikongsikan menjadi bekalan terbaik buat anak-anak dalam menghadapi peperiksaan SRAI pada bulan September nanti.

Terima kasih juga kepada barisan Asatizah SRAR Nur Kasih serta semua ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga 56 orang calon SRAI memperoleh manfaat daripada seminar ini, lebih yakin dengan kemampuan diri dan dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi peperiksaan nanti, Insha Allah.

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, itulah sunnatullah dalam kejayaan."

‘Berilmu, Beriman, Beramal.'

Address

No. 485, Jalan SM2B/23, Fasa 2B
Lumut
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
15:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 12:00
15:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 12:00
15:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 12:00
15:00 - 18:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Nur Kasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRAR Nur Kasih:

Shortcuts

Share