20/08/2026
PERTANDINGAN MERDEKA NET CHALLENGE (NETBALL) TAHAP 2 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SK SEGARI 2026 πβΉπ»ββοΈπ²πΎ
π 19 Ogos 2026 | Rabu
β° 7.40 pagi hingga 9.40 pagi
π Padang SK Segari
Semangat merdeka bukan sahaja dizahirkan melalui sambutan dan aktiviti kebudayaan, malah turut disemarakkan melalui aktiviti sukan yang menggalakkan semangat berpasukan, disiplin dan persaingan secara sihat. Menerusi pertandingan ini, murid berpeluang mengasah kemahiran menjaring bola dengan menekankan aspek ketepatan, fokus dan keyakinan diri dalam melakukan jaringan.
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atas penganjuran aktiviti yang menarik dan bermanfaat ini. Syabas juga kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kesungguhan! Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran sukan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.
MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI π²πΎ
SEGARI PERKASA: SEMANGAT KESUKANAN, JIWA PATRIOTIK ππ²πΎ