SK Nanga Menjuau, Lubok Antu

SK Nanga Menjuau, Lubok Antu Sekolah Kebangsaan Nanga Menjuau, Lubok Antu, Sarawak

Lambaian Kasih, Sejambak KenanganSetiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan bukanlah noktah sebuah p...
10/06/2026

Lambaian Kasih, Sejambak Kenangan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan bukanlah noktah sebuah persahabatan. Hari ini, kami melepaskan seorang insan yang telah menabur bakti, mencurah ilmu dan meninggalkan seribu satu kenangan di bumi SK Nanga Menjuau.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang bersama kami. Setiap usaha dan keikhlasan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sekolah ini serta di hati warga SK Nanga Menjuau.

Semoga langkah yang diatur ke tempat baharu dipermudah, dipenuhi keberkatan dan membuka lebih banyak ruang untuk terus mencipta kecemerlangan. Walau jauh di mata, ukhuwah yang terjalin akan sentiasa dekat di hati.

"Daun yang gugur bukan bererti pohonnya mati,
Burung yang terbang bukan bererti hilang arah.
Begitu juga sebuah perpindahan,
Bukan pengakhiran sebuah persahabatan,
Tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna."

Selamat meneruskan amanah di tempat baharu. Semoga terus cemerlang, dipermudah segala urusan dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya.

Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenanganmu abadi di hati kami.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga SK Nanga Menjuau

🌿 Selamat Datang ke Keluarga Besar SK Nanga Menjuau 🌿Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, seluruh warga SK Nanga Menju...
10/06/2026

🌿 Selamat Datang ke Keluarga Besar SK Nanga Menjuau 🌿

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, seluruh warga SK Nanga Menjuau mengalu-alukan kehadiran guru-guru baharu yang bakal bersama-sama menggalas amanah mendidik anak bangsa.

Kehadiran anda bukan sekadar menambah bilangan warga pendidik, malah membawa sinar harapan, semangat baharu dan inspirasi dalam usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan di bumi Menjuau.

Semoga setiap langkah yang diatur dipermudah, setiap ilmu yang dicurah menjadi manfaat, dan setiap kenangan yang tercipta di sini menjadi memori yang indah untuk dikenang sepanjang hayat.

"Datang sebagai tetamu, diterima sebagai keluarga; bersama melakar kejayaan, demi masa depan anak-anak Menjuau."

Selamat berkhidmat dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Nanga Menjuau.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga SK Nanga Menjuau

Doakan kejayaan anak-anak Menjuau ke peringkat bahagian Bola Baling MSSB Sri Aman 2026. Pihak sekolah sentiasa menyokong...
17/05/2026

Doakan kejayaan anak-anak Menjuau ke peringkat bahagian Bola Baling MSSB Sri Aman 2026. Pihak sekolah sentiasa menyokong kemenjadian anak-anak Menjuau.

Terbanglah tinggi wahai anak. Bawa baik nama Menjuau. Anda hero kami.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR ZON ENGKILILI 2026. Perjuangan yang cukup bermakna. Anak-anak dari pedalaman Ulu Skrang ini memb...
12/05/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR ZON ENGKILILI 2026.

Perjuangan yang cukup bermakna. Anak-anak dari pedalaman Ulu Skrang ini membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan anak-anak yang lain. Kejayaan mereka ini sungguh manis dikenang. Perjuangan mereka akan tercatat dalam diari SK Nanga Menjuau.

✅ Kedudukan 6/15
✅ 5 orang terpilih ke peringkat bahagian.
✅ 2 rekod MSSR Zon Engkilili telah diperbaharui.
✅ 2 Emas 2 Perak 6 Gangsa
✅ Anugerah Olahragawati

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Menjuau. Terima kasih kepada semua barisan jurulatih, warga sekolah dan ibu bapa yang sentiasa membantu kemajuan anak-anak kita bersama.

Merentas Desa Zon Engkilili 2026. 30 Januari 2026. Conellius Austin (12)Mark Yiannis (30)Noymie Noymia (3)Falisha Isabel...
30/01/2026

Merentas Desa Zon Engkilili 2026.
30 Januari 2026.

Conellius Austin (12)
Mark Yiannis (30)
Noymie Noymia (3)
Falisha Isabell (8)
Valerie Vanessa (12)

Noymie Noymia terpilih ke peringkat bahagian 2026.

Tahniah anak-anak Menjuau. Satu kebanggaan untuk kita bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejayaan anak-anak Menjuau. Tahun depan, kita usahakan lebih lagi.

18/12/2025

Persembahan istimewa sempena Majlis Anugerah Kecermerlangan 2025 (tahap 2/tahun 6)

18/12/2025

Persembahan istimewa sempena Majlis Anugerah Kecermerlangan 2025 (tahap 1)

Majlis Anugerah Kecermerlangan 2025
18/12/2025

Majlis Anugerah Kecermerlangan 2025

K.O.T 2k25
18/12/2025

K.O.T 2k25




K.O.T 2k25 (part 3)
18/12/2025

K.O.T 2k25 (part 3)




Address

Ulu Skrang
Lubok Antu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Nanga Menjuau, Lubok Antu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Nanga Menjuau, Lubok Antu:

Shortcuts

Share

Category