14/12/2025
Dalam kesibukan tugas di sekolah, guru-guru Pendidikan Islam di Lubok Antu terus komited dalam menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara, salah satunya melalui platform ini, sebuah wadah ilmu dan santapan rohani yang dibawakan khas oleh Guru Pendidikan Islam (GPI).
Para penonton yang dirahmati Allah, kehidupan kita di dunia ini tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan. Persoalannya, bagaimana kita melihat ujian tersebut? Adakah ia sebuah hukuman, atau sebaliknya, sebuah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya?
Jadi kali ini, kita amat bertuah kerana dapat bersama dengan Ustaz Wan Syauki bin Wan Mhd Shuhaimi, GPI dari SK Ijok, yang akan membongkar rahsia dan falsafah di sebalik setiap kesulitan.
Kekal bersama kami dalam tazkirah istimewa bertajuk: 'Hikmah dalam Ujian'.
Semoga perkongsian ini akan membuka mata hati dan menguatkan jiwa kita dalam menghadapi titian kehidupan. Sama-sama kita dengar, hayati, dan amalkan.