SK Melaban, Lubok Antu

SK Melaban, Lubok Antu SK Melaban adalah sebuah sekolah rendah di daerah Lubok Antu, Sarawak.

SK Melaban telah menyertai Kejohanan Badminton MSS Bahagian Sri Aman bagi tahun 2026 yang telah diadakan pada 22 dan 23 ...
26/04/2026

SK Melaban telah menyertai Kejohanan Badminton MSS Bahagian Sri Aman bagi tahun 2026 yang telah diadakan pada 22 dan 23 April 2026 di Dewan Serbaguna IPD Sri Aman dengan kelolaan SK Abang Aing. Sukacita dimaklumkan bahawa pencapaian SK Melaban adalah amat membanggakan dan mampu mencabar sekolah - sekolah lain. SK Melaban telah menyertai kesemua kategori kecuali Perseorangan P10 dan sebanyak 12 orang murid telah mewakili sekolah di kejohanan ini.

KEPUTUSAN

Perseorangan Lelaki L10
Arwinson Daryl Anak Daxter - Johan

Perseorangan Lelaki L12
Marcos Bugek Anak Moggie - Naib Johan

Beregu Lelaki L12
Andros Azie Anak Rockie & Frenandez Libau Anak Layang - Naib Johan

Beregu Perempuan P10
Maryian Elvira Ngian & Stillea Umai - Naib Johan

Beregu Lelaki L10
Alvenson Randi & Immanuel Neachell - Tempat ke - 3

Perseorangan Perempuan P12
Angeline Raviera - Suku Akhir
(Kalah dengan juara dan memberikan saingat yang sengit)

Beregu Perempuan P12
Adelina Erinna & Elnessthasia Clover Migha - Suku Akhir

Marcos Bugek juga telah layak mewakili MSSB Sri Aman ke peringkat MSS Sarawak namun telah menolak atas kekangan-kekangan tertentu.

Majulah sukan Badminton Melaban.

Tahun depan kita lawan lagi.

24/04/2026

πŸ“š Jom Baca Bersama 10 Minit!

Hanya 10 minit, banyak manfaat.
Baca buku, tambah ilmu.
Minda cerdas, masa depan cerah.





πŸ“š Jom Baca Bersama 10 Minit! πŸ“šLuangkan hanya 10 minit sehari untuk membaca, dan rasai perubahan besar dalam diri! 🌟Melal...
24/04/2026

πŸ“š Jom Baca Bersama 10 Minit! πŸ“š

Luangkan hanya 10 minit sehari untuk membaca, dan rasai perubahan besar dalam diri! 🌟

Melalui Program Jom Baca Bersama, kita menyemai budaya ilmu, memperkaya minda, dan membina generasi cinta membaca.

β€œMembaca itu jambatan ilmu, 10 minit hari ini, selangkah ke masa depan!β€πŸ’‘





Tahniah dan syabas kepada pasukan sepak takraw sekolah.
23/04/2026

Tahniah dan syabas kepada pasukan sepak takraw sekolah.

Murid SK Melaban, Mell Farissa Awa telah mengharumkan nama sekolah apabila telah mendapat tempat ke - 3 dalam kategori P...
23/04/2026

Murid SK Melaban, Mell Farissa Awa telah mengharumkan nama sekolah apabila telah mendapat tempat ke - 3 dalam kategori P12 di Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak tahun 2026.

Murid ini akan mewakili Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pasir Gudang Johor pada 20 Mei 2026.

πŸ“ MAKLUMAN CUTI: SK MELABANHarap maklum, sekolah akan ditutup pada tarikh-tarikh berikut:πŸ—“ 2 April (Khamis): Maundy Thur...
02/04/2026

πŸ“ MAKLUMAN CUTI: SK MELABAN

Harap maklum, sekolah akan ditutup pada tarikh-tarikh berikut:
πŸ—“ 2 April (Khamis): Maundy Thursday
πŸ—“ 3 April (Jumaat): Good Friday
πŸ—“ 5 April (Ahad): Easter Sunday
πŸ—“ 6 April (Isnin): Easter Monday

🏫 Sekolah dibuka semula: 7 April 2026 (Selasa)

Selamat bercuti kepada semua guru, murid, dan kakitangan sekolah! 😊

Tahniah dan syabas
02/04/2026

Tahniah dan syabas

Warga SK Melaban ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Di hari yang mulia ini, mari ki...
21/03/2026

Warga SK Melaban ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Di hari yang mulia ini, mari kita sama-sama memaafkan dan mengukuhkan tali persaudaraan.

Semoga Aidilfitri kali ini penuh dengan kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan. Maaf Zahir & Batin.

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas Pu...
07/03/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas RMT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2026.

Pelantikan ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah atas sikap kepimpinan, disiplin serta sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh para murid.

Semoga semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Teruskan berusaha, berkhidmat dengan ikhlas dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

✨ Pemimpin kecil hari ini, pemimpin besar masa hadapan.
πŸ‘ Syabas dan selamat menjalankan tugas!


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik se...
13/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah. Gong Xi Fa Cai! 🧧✨

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua guru yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Semoga segala amal ibadah diterima dan dipermudahkan sepanjang bulan yang mulia ini. πŸŒ™βœ¨

Kepada semua murid, selamat bercuti sekolah. Gunakan masa cuti dengan perkara yang bermanfaat, luangkan masa bersama keluarga dan sentiasa menjaga keselamatan diri. Jangan lupa mengulang kaji pelajaran supaya sentiasa bersedia apabila sesi persekolahan dibuka semula. πŸ“šπŸ“

Address

SK Melaban
Lubok Antu
95800

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Melaban, Lubok Antu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share