SK Sbangki, Lubok Antu

SK Sbangki, Lubok Antu “Salam menjulang pendidikan Negeri Sarawak”

“Fly kenyalang fly, fly high”

📢 HEBAHAN RASMI: PENUTUPAN SEKOLAHDimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sbangki akan ditutup pada 20 dan 21 Ogos 2026 (K...
20/08/2026

📢 HEBAHAN RASMI: PENUTUPAN SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sbangki akan ditutup pada 20 dan 21 Ogos 2026 (Khamis & Jumaat) berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi akibat jerebu di kawasan Lubok Antu.

🌫️ Penutupan ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.

Sepanjang tempoh jerebu, semua murid dan ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk:
😷 Memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah
🏠 Mengurangkan aktiviti luar
💧 Memastikan pengambilan air yang mencukupi
👀 Mengelakkan menggosok mata dan menyentuh hidung
📱 Sentiasa mengikuti arahan dan makluman daripada pihak berkuasa.

Utamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kita bersama. ❤️

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

📌Untuk makluman semua ibu bapa warga Sk Sbangki📌Tentatif pada hari kejadian :8:00 am - Ketibaan semua ibu bapa ke dalam ...
29/07/2026

📌Untuk makluman semua ibu bapa warga Sk Sbangki📌

Tentatif pada hari kejadian :

8:00 am - Ketibaan semua ibu bapa ke dalam dewan
9:00 am - Taklimat Bersama Ibu bapa Di dewan
9:30 am - Penyerahan Slip Pbd di kelas masing-masing
11:30 am - Semua murid balik / Bersurai

🏕️Selamat Bercuti Warga Sk Sbangki💫
26/07/2026

🏕️Selamat Bercuti Warga Sk Sbangki💫

Selamat Menyambut Hari Sarawak dan selamat bercuti.🎉 Ikhlas dari Warga Sk Sbangki
21/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak dan selamat bercuti.🎉

Ikhlas dari Warga Sk Sbangki

🎉 UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN 🎉Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil SK Sbangki yang telah menyerta...
21/07/2026

🎉 UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN 🎉

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil SK Sbangki yang telah menyertai Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Melayu yang berlangsung di SK Engkelili No. 1 pada 20 Julai 2026.

🌟 Tahniah kepada:

🗣️ Ellysiana ak Priesly Gawing – Peserta Pertandingan Pidato

📖 Melverra Tinggang ak Tonis Stylane – Peserta Pertandingan Bercerita

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring :

👩‍🏫 Cik Nur Adilla binti Hamzah

👩‍🏫 Cik Nur Fatihatul Zulizam binti Zamri

Walaupun kali ini belum berpeluang membawa pulang kemenangan, penyertaan, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan. Pengalaman yang diperoleh pasti menjadi bekalan berharga untuk terus meningkatkan keyakinan, kemahiran dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa dan jadikan setiap pengalaman sebagai langkah menuju kejayaan.

Syabas dan semoga terus berjaya! 💙💛

🎉 UCAPAN TAHNIAH 🎉Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Sebastian Leman ak Cecelia, murid Tahun 5, SK Sban...
21/07/2026

🎉 UCAPAN TAHNIAH 🎉

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Sebastian Leman ak Cecelia, murid Tahun 5, SK Sbangki, atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan bola sepak dengan pencapaian yang membanggakan:

🏆 Johan
PIALA PERAK REBUTAN YAYASAN SARAWAK MSSB SRI AMAN

🥉 Tempat Ketiga
PIALA PERAK REBUTAN YAYASAN SARAWAK MSSR ZON LUBOK ANTU

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang, disiplin, komitmen serta usaha yang berterusan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Sbangki untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga diucapkan kepada Encik Sylvester Minggat ak Dawi, selaku guru pengiring, atas bimbingan, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas! 💙💛

✨ UCAPAN TAHNIAH | ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL PPD LUBOK ANTU 2026 ✨Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua gur...
17/07/2026

✨ UCAPAN TAHNIAH | ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL PPD LUBOK ANTU 2026 ✨

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru pembimbing dan peserta SK Sbangki yang telah mewakili sekolah dalam English Language Carnival PPD Lubok Antu 2026 yang berlangsung di SK Lubok Antu.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada peserta yang telah menunjukkan semangat, keberanian dan kesungguhan dalam pertandingan:
📖 Storytelling Competition
🎤 Public Speaking Competition
🔤 Dare to Spell Competition
🧩 Scrabble Competition

Walaupun pada kali ini pasukan kita belum berjaya membawa pulang kemenangan, penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan menjadi langkah penting dalam membina keyakinan, meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta mengasah bakat murid ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru pembimbing, ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada para peserta.

Kalah atau menang bukanlah ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, kesungguhan untuk belajar dan semangat untuk terus maju adalah kejayaan sebenar.

Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga terus berusaha dan kembali dengan lebih cemerlang pada masa akan datang! 💙

✨ UCAPAN PENGHARGAAN | OPEN CLASSROOM DLP 2026 ✨Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada s...
17/07/2026

✨ UCAPAN PENGHARGAAN | OPEN CLASSROOM DLP 2026 ✨

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Open Classroom DLP yang telah berlangsung pada 29 Jun 2026 (Isnin).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Siti Nur Hidayah atas komitmen, dedikasi dan usaha yang cemerlang dalam mengendalikan sesi pengajaran Open Classroom. Ucapan tahniah juga kepada semua murid Tahun 6 yang telah memberikan kerjasama, keyakinan dan menunjukkan penglibatan yang sangat membanggakan sepanjang program berlangsung.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang sudi hadir bagi merasmikan serta memberi sokongan kepada pelaksanaan program ini.

Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan memperkukuh amalan pembelajaran berkualiti di sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! 🌟

🌸 SELAMAT DATANG KE SK SBANGKI 🌸Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sbangki mengucapkan Selamat Datang kepada Penolong Kana...
03/07/2026

🌸 SELAMAT DATANG KE SK SBANGKI 🌸

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sbangki mengucapkan Selamat Datang kepada Penolong Kanan Kokurikulum (PK Kokurikulum) yang baharu.

Semoga kehadiran puan membawa semangat baharu, idea-idea kreatif serta kecemerlangan dalam pembangunan kokurikulum sekolah. Didoakan agar segala urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berjaya memimpin warga SK Sbangki ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.

“Bersama Melakar Kecemerlangan, Memperkasa Kokurikulum.”

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Sbangki. 💚💛

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026Program ini merupakan usaha ke arah membentuk masyarakat berbudaya ilmu yang...
24/04/2026

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026

Program ini merupakan usaha ke arah membentuk masyarakat berbudaya ilmu yang memartabatkan budaya membaca dan sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh MajlisPengarah-pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM) dan Perpustakaan NegaraMalaysia.

, , , .





Address

Lubok Antu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sbangki, Lubok Antu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category