14/12/2025
🌳🌴⛺️ Perkhemahan Unit Beruniform SK Long Miri 2025 ⛺️🌴🌳
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan atas kejayaan penganjuran Perkhemahan Unit Beruniform SK Long Miri Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan lancar, tersusun dan penuh bermakna pada minggu lepas. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada murid, malah menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada Cikgu Day Bee Doming, selaku guru besar atas sokongan padu yang menjadi pemangkin kejayaan program ini. Penghargaan juga ditujukan kepada barisan guru-guru yang bertungkus-lumus merancang program, aktiviti, mengendali dan memasak demi kebajikan peserta sepanjang perkhemahan.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan Klinik Kesihatan Long Miri yang turut sudi hadir memberikan ceramah kepada para peserta dan memeriahkan perkhemahan kali ini.
Tidak dilupakan, syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen tinggi, semangat berpasukan, disiplin serta keberanian mencuba perkara baharu. Semangat dan keterlibatan aktif yang ditonjolkan jelas membuktikan bahawa perkhemahan ini memberi impak positif dalam membina jati diri dan keyakinan diri murid.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.