MPP T6 SMK Kubong

MPP T6 SMK Kubong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPP T6 SMK Kubong, School, SMK Kubong, Limbang.

Jumaat | 29 Ogos 2025Sesi Libat Urus (SLU) Pusat Tingkatan Enam bersama PPD Limbang.
31/08/2025

Jumaat | 29 Ogos 2025

Sesi Libat Urus (SLU) Pusat Tingkatan Enam bersama PPD Limbang.

🔹Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong mengucapkanSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68(31 Ogos 2...
31/08/2025

🔹Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68
(31 Ogos 2025) 🇲🇾
semoga semangat juang dan cinta tanah air terus menyala dalam diri setiap warga Kubong.

🔹Hari kemerdekaan bukan sekadar sejarah ia adalah simbol perpaduan, semangat kebersamaan, dan identiti nasional yang diwarisi. Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan, menjaga keamanan, dan menyumbang kepada kemajuan negara 🇲🇾

“𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶”




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,🔸 Selamat menduduki Peperiksaan Semester 2 kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas. Se...
13/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

🔸 Selamat menduduki Peperiksaan Semester 2 kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas. Semoga anda berada dalam keadaan yang bersedia, tenang, dan bersemangat untuk menghadapi cabaran ini.

🔸 Ingatlah, kejayaan bukan milik mereka yang bijak semata-mata, tetapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa. Teruskan usaha anda, percaya pada diri sendiri, dan hadapilah peperiksaan ini dengan hati yang yakin.

🔸 Sama-sama kita berdoa agar segala urusan kita berjalan dengan lancar, diberikan ketenangan dalam menjawab setiap soalan, kesihatan yang baik, serta hasil yang membanggakan.

🔸 Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang semester 2. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dan terus melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada:
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025





10 JUN 2025 | SELASAPendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong Sesi 2025/2026.Selamat datang ke SMK Kubong!Sem...
11/06/2025

10 JUN 2025 | SELASA

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong Sesi 2025/2026.

Selamat datang ke SMK Kubong!

Semoga T6 akan menjadi satu laluan yang terbaik untuk anda ke universiti💪🏻




Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,🔸Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong dan Selu...
09/06/2025

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

🔸Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SMK Kubong dan Seluruh Warga SMK Kubong ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

🔸 Marilah kita doakan agar roh mereka yang terkorban diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025




Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.🔸 Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H / 2...
07/06/2025

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

🔸 Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M, Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Kubong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti yang budiman.

🔸 Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyubur dalam diri kita semua dan diraikan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang.

🔸 Ikhlas daripada seluruh barisan MPP Tingkatan Enam SMK Kubong.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.

“MENYATUKAN ASPIRASI, MERAIH IMPIAN”
Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025






Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,🔸Dikongsikan hebahan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkat...
05/06/2025

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

🔸Dikongsikan hebahan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 bagi Sesi 2025/2026 Pusat Tingkatan 6 SMK Kubong, Limbang.

🔸Sebarang kemusykilan, boleh hubungi atau mesej admin melalui mana-mana akaun media sosial.

🔸Segala kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.
Terima kasih.

“MENYATUKAN ASPIRASI, MERAIH IMPIAN”

Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025




Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,🔸 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong i...
02/06/2025

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

🔸 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong ingin merakamkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua warga sekolah khususnya kepada rakan-rakan pelajar yang meraikannya.

🔸 Dua perayaan ini bukan sekadar sambutan menuai hasil bumi tetapi juga simbol kesyukuran, perpaduan dan kekayaan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak yang penuh dengan adat dan warisan.

🔸 Dalam semangat Kaamatan dan Gawai, marilah kita menghayati nilai kesederhanaan, kerjasama, dan hormat-menghormati yang menjadi asas keharmonian masyarakat berbilang kaum.

🔸 Semoga perayaan ini membawa kegembiraan kepada semua dan menjadi ruang untuk kita mengukuhkan semangat muhibah serta mempererat silaturahim dalam komuniti sekolah yang kita cintai.

🔸 Ingatlah, kebudayaan adalah akar jati diri – dengan memahami dan meraikan kepelbagaian, kita melangkah lebih jauh sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu.

✨ “Gayu Guru Gerai Nyamai, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
✨ Semoga semangat musim menuai membawa berkat, keharmonian dan kejayaan kepada kita semua.

“MENYATUKAN ASPIRASI, MERAIH IMPIAN”

Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025

Assalamualaikum WBT,Selamat Sejahtera,Salam Malaysia MADANI,🔹 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong ing...
31/03/2025

Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,

🔹 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah yang dikasihi.

🔹 Setelah sebulan berpuasa, kini Syawal menjelma membawa sinar kebahagiaan dan keberkatan. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, dan semoga kita terus istiqamah dalam kebaikan. Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa untuk menyucikan hati, mempererat ukhuwah, dan menyemai kasih sayang.

🔹 Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita saling bermaafan, membuang segala sengketa, dan mengeratkan kembali silaturahim yang mungkin renggang. Jangan lupa kepada mereka yang memerlukan—hulurkan bantuan, sebarkan kegembiraan, dan jadikan Aidilfitri ini lebih bermakna.

✨ Pantun Hari Raya: ✨

Layar berlabuh di muara kencana,
Bayu berhembus sepoi bahasa.
Andai patik khilaf bicara,
Ampun dipohon setulus rasa.

Di langit biru mentari berseri,
Mengiringi langkah penuh sinar-Nya.
Salam Aidilfitri dari kami,
Semoga hidup penuh rahmat-Nya.

🔹 Semoga Hari Raya ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan rahmat buat kita semua. Raikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, serta sentiasa menjaga keselamatan di mana jua kita berada.

"Aidilfitri Dirai, Ukhuwah Dipateri"

Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025

8 MAC 2025 | SABTUMesyuarat MPP Tingkatan 6 Bil.1/2025.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh guru penyelaras MPP Tingkatan 6...
10/03/2025

8 MAC 2025 | SABTU

Mesyuarat MPP Tingkatan 6 Bil.1/2025.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh guru penyelaras MPP Tingkatan 6 SMK Kubong, semua Majlis Tertinggi & semua Ketua Biro.

07/03/2025

Aktiviti SMK Kubong sepanjang bulan Ramadan 1446H | 2025

Assalamualaikum WBT,Selamat Sejahtera,dan Salam Malaysia Madani.🔹 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong...
01/03/2025

Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera,
dan Salam Malaysia Madani.

🔹 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Kubong ingin mengucapkan Marhaban Ya Ramadan kepada seluruh warga sekolah yang dikasihi.

🔹 Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat kini menjelang. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk memperbanyak amal ibadah, memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Marilah kita sambut bulan mulia ini dengan hati yang suci, jiwa yang bersih, dan semangat yang berkobar-kobar dalam beribadah.

🔹 Dalam kesempatan ini, marilah kita juga mempererat ukhuwah, memperbanyak sedekah dan memperbaiki akhlak dan tutur kata. Ingatlah, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa untuk meningkatkan kesabaran, keikhlasan, dan ketulusan hati dalam setiap perbuatan.

🔹 Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan rahmat yang melimpah kepada kita semua. Jadikanlah bulan ini sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

"Ramadan Dirai, Taqwa Dikecapi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Kubong
Sesi 2024/2025




Address

SMK Kubong
Limbang
98700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP T6 SMK Kubong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MPP T6 SMK Kubong:

Shortcuts

Share

Category