SK Limpaki

SK Limpaki Menuju ke arah pendidikan yang lebih cemerlang dan berkualiti.

✨ TAHNIAH & SYABAS PARA PEMENANG MQNKSS 2026! ✨Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, dirakamkan ucapan tahniah da...
14/04/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS PARA PEMENANG MQNKSS 2026! ✨

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, dirakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemenang Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Daerah Limbang Tahun 2026.

πŸ‘ Syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak sekolah atas usaha dan dedikasi yang tidak ternilai.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan mengangkat martabat Al-Quran serta kesenian Islam ke tahap yang lebih tinggiπŸ’«




19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

Ikhlas daripada Seluruh Warga SLim

19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri✨ πŸŒ™

Seluruh warga Sk Limpaki mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah.

Semoga Aidilfitri disambut dengan penuh keberkatan, kesyukuran dan membawa kebahagiaan, kegembiraan bersama insan tersayang. Berhati-hati di perjalanan dan manfaatkan masa cuti dengan perkara yang baik.

Maaf Zahir dan Batin atas segala kekhilafan.

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA! Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Dhia Maritza binti Mohamad Deli yang telah terpilih s...
27/01/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA!

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Dhia Maritza binti Mohamad Deli yang telah terpilih sebagai Murid Tajaan Yayasan Sarawak dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Tun Fatimah, Johor.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih murid, bimbingan berterusan para guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga.

Semoga adik Dhia Maritza terus cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, seterusnya mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan. Teruskan melakar kejayaan di tempat baharu! 🌟


TOKOH MURID SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERlANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025πŸ“ Hari: Sabtu⏰ Masa: 8...
10/01/2026

TOKOH MURID SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERlANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga Tokoh Murid sempena Majlis Apresiasi & Graduasi SK Limpaki Tahun 2026 atas pencapaian yang amat membanggakan. Anugerah yang diterima membuktikan usaha gigih, disiplin serta kecemerlangan yang ditampilkan sepanjang persekolahan.

β€’ DHIA MARITZA BINTI MOHAMAD DELI
Tokoh Murid Cemerlang Akademik & Tokoh Permata Sekolah

β€’ MUHAMAD FAIZUL AIMAN BIN ABDUL HAMIR
Tokoh Murid Inspirasi Cemerlang Sekolah

β€’ RIDVAN IRISH ANAK SUILI
Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Syabas dan tahniah! πŸŒŸπŸ†


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025πŸ“ Hari: Sabtu⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagiSeti...
10/01/2026

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 SK Limpaki yang telah berjaya menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pencapaian ini menandakan berakhirnya satu fasa penting dan permulaan langkah baharu ke alam sekolah menengah. Semoga segala ilmu, nilai murni dan kenangan indah di SK Limpaki menjadi bekalan berharga untuk menghadapi cabaran mendatang. Teruskan berusaha, berdisiplin dan berani mengejar impian demi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Warga SK Limpaki sentiasa mendoakan kejayaan kalian. πŸŒŸπŸŽ“


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025πŸ“ Hari: Sabtu⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagiSeti...
10/01/2026

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid Prasekolah SK Limpaki atas kejayaan menamatkan pelajaran sempena Majlis Apresiasi & Graduasi SK Limpaki Tahun 2026. Kejayaan ini merupakan langkah awal dalam perjalanan pendidikan yang lebih panjang. Semoga anak-anak terus bersemangat menimba ilmu, berakhlak mulia dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Teruskan melangkah dengan yakin dan berani. πŸŒŸπŸŽ“


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025πŸ“ Hari: Sabtu⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagiSeti...
10/01/2026

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Limpaki yang telah berjaya menerima anugerah sempena Majlis Apresiasi & Graduasi SK Limpaki Tahun 2026. Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin serta sokongan berterusan daripada guru dan ibu bapa. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi kebanggaan sekolah. πŸŒŸπŸ†


LENSA MAJLIS APRESIASI  KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025πŸ“ Hari: Sabtu⏰ Masa: 8:30 – 10:30 p...
10/01/2026

LENSA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK LIMPAKI TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas kehadiran ke Majlis Apresiasi dan Graduasi SK Limpaki Tahun 2026. Sokongan dan kerjasama padu anda amat bermakna serta menyumbang kepada kejayaan majlis dan kecemerlangan murid.


πŸ“’ PROGRAM KOLABORASI HIPERS  SK LIMPAKI BERSAMA  MARAAlhamdulillah, Program Kolaborasi bersama MARA yang berlangsung pad...
05/12/2025

πŸ“’ PROGRAM KOLABORASI HIPERS SK LIMPAKI BERSAMA MARA

Alhamdulillah, Program Kolaborasi bersama MARA yang berlangsung pada pagi ini telah berjalan dengan lancar.

πŸ“… Tarikh: 5 Disember 2025
πŸ“ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 8:30 – 10:30 pagi

Program ini diadakan khusus untuk memberi pencerahan kepada ibu bapa berkaitan peluang, bantuan serta tajaan pendidikan di bawah MARA, selaras dengan status SK Limpaki sebagai sekolah angkat MARA.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir dan memberikan komitmen bagi menjayakan program ini.

Semoga kerjasama erat ini terus memberikan manfaat kepada anak-anak murid kita.
Terima kasih pegawai MARA, GB, warga SLim serta ibu bapa atas sokongan padu .πŸ’«

πŸ“£ Lawatan Pengarah Pendidikan Sarawak ke SK LimpakiPada 3 Disember 2025 (Rabu), YBrs. Encik Omar bin Haji Mahli, Pengara...
05/12/2025

πŸ“£ Lawatan Pengarah Pendidikan Sarawak ke SK Limpaki

Pada 3 Disember 2025 (Rabu), YBrs. Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke SK Limpaki, Limbang. Lawatan melibatkan tinjauan pelaksanaan PdP, pengurusan sekolah, serta kelas Prasekolah Perdana dan Prasekolah PPKI.

Beliau turut bertemu guru-guru baharu dan memberikan kata semangat mengenai peranan penting guru dalam membentuk budaya sekolah yang positif.

Semoga SK Limpaki terus menjadi sekolah yang inklusif, progresif dan berimpak tinggi demi melahirkan murid berdisiplin, berdaya saing dan sejahtera..

Address

Kpg Limpaki, Jalan 7 Bt Keliling Limbang
Limbang
98700

Opening Hours

Monday 06:30 - 17:00
Tuesday 06:30 - 17:00
Wednesday 06:30 - 17:00
Thursday 06:30 - 17:00
Friday 06:30 - 17:00

Telephone

+601165750366

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Limpaki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Limpaki:

Shortcuts

Share