15/05/2026
2026年柔佛州政府教师办公室援助计划
谨向柔佛州务大臣YAB Dato Onn Hafiz Ghazi (https://www.facebook.com/onnhafizghazi?__cft__[0]=AZYIX_rt9nN0IddSxRcUQZMWzCq7qKXfLPGbxsZGkt_Qp5MIA2yDs6NBFv8OXyxgV5YBbipbhIim0RI7o3oNrC0koL0W-nBl5hZsDLYwBYHf8fSeZjBf3UNW0W340cTYFOM4AWhU3_l7icngveJsniEPQ5Z-EHOHOyUQaU7au5hUAro_USf7lf8axW30AaZMjlquXhqpB63vTQyiw4XWWptK&__tn__=-]K-R)致以最崇高的谢意与敬意,感谢柔佛州政府慷慨提供教师办公室援助金,惠及平民华小全体教职员工。
这份关怀不仅提升教师的工作环境,更体现州政府对教育事业及教师福祉的高度重视与支持。
通过这项援助,学校成功购置了一台彩色打印机,供上午班教师办公室使用。此前,上午班教师需要上下楼梯,往返资讯科技室(ICT室)打印文件。如今,有了这台彩色打印机后,教师们可通过无线连接(wireless)及手机应用程序,更方便地打印文件。这项设备不仅节省时间,也大大便利了教师们的日常工作。
此外,所获得援助的剩余款项也被用于购买两台切纸机及两台过胶机,供上午班与下午班两个教师办公室共同使用。这些设备大大协助教师们准备教学材料,例如只需一两张文件的时候,无需再寻求学校行政人员或办公室书记的协助。
值此明日教师节即将来临之际,校方特别感谢柔佛州政府给予教育界的关怀与支持,这份善意不仅温暖了教师们的心,也进一步提升教师们的工作便利与教学环境。同时,校方也向全体教师献上最诚挚的祝福,感谢老师们一直以来默默耕耘、无私奉献。祝愿全体教师:教师节快乐,身体健康,教育路上桃李满天下!
BANTUAN BILIK GURU KERAJAAN NEGERI JOHOR TAHUN 2026
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Johor YAB Dato Onn Hafiz Ghazi atas bantuan Bilik Guru Tahun 2026 sebanyak RM5000. Bantuan ini amat bermakna dalam membantu meningkatkan kemudahan serta keselesaan guru-guru di sekolah kami.
Melalui bantuan ini, pihak sekolah berjaya membeli sebuah pencetak berwarna untuk kegunaan bilik guru sesi pagi. Sebelum ini, guru-guru sesi pagi perlu naik turun tangga dan berulang-alik ke bilik ICT bagi mencetak dokumen menggunakan pendrive. Kini, dengan adanya pencetak berwarna tersebut, guru-guru dapat mencetak dokumen dengan lebih mudah melalui sambungan tanpa wayar (wireless) dan aplikasi mudah alih. Kemudahan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan urusan harian para guru.
Selain itu, baki bantuan yang diterima turut digunakan untuk membeli dua buah pemotong kertas dan dua buah mesin laminate untuk kegunaan kedua-dua sesi persekolahan, iaitu bilik guru sesi pagi dan bilik guru sesi petang. Kemudahan ini sangat membantu guru-guru dalam menyediakan bahan pembelajaran ringan seperti melaminate satu atau dua helai dokumen tanpa perlu mendapatkan bantuan pentadbir atau kerani pejabat sekolah.
Sempena sambutan Hari Guru yang bakal disambut esok, pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan kepada warga pendidik. Bantuan ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kemudahan, malah menyuntik semangat kepada para guru dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Pada kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan demi pendidikan generasi masa depan.