SK Lenggong

Call Directions Contact the school

SK Lenggong Pages ini memaparkan segala perkembangan terkini berkaitan SK Lenggong.

๐ŸŒธ Salam Perpisahan, Ustazah Mazeni ๐ŸŒธSetelah lama mencurahkan bakti di SK Lenggong, tibalah masa untuk melangkah ke fasa ...
24/09/2026

๐ŸŒธ Salam Perpisahan, Ustazah Mazeni ๐ŸŒธ

Setelah lama mencurahkan bakti di SK Lenggong, tibalah masa untuk melangkah ke fasa baharu dan kembali ke negeri kelahiran.๐Ÿ’

Seluruh warga SK Lenggong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, ilmu, kesungguhan, kasih sayang serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berada bersama kami.

Kehadiran Ustazah bukan sekadar sebagai seorang guru, tetapi turut meninggalkan inspirasi, persahabatan dan kenangan manis yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. โค๏ธ

๐ŸŒท Terima kasih Ustazah Mazeni.
Semoga perjalanan baharu di bumi Kelantan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.

Jauh di mata, dekat di hati. Kenangan bersama SK Lenggong akan sentiasa menjadi sebahagian daripada cerita indah kita. ๐Ÿฅฐ๐ŸŒน

๐Ÿ•๏ธโšœ๏ธ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN JAMBOri MALAYSIA KE-15! โšœ๏ธ๐Ÿ•๏ธSyabas dan tahniah diucapkan kepada SITI MUHAYA BINTI ADZLI ata...
21/09/2026

๐Ÿ•๏ธโšœ๏ธ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN JAMBOri MALAYSIA KE-15! โšœ๏ธ๐Ÿ•๏ธ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SITI MUHAYA BINTI ADZLI atas kejayaan memperoleh Lencana Cabaran Perak (Silver Challenge Badge) sempena Jambori Malaysia Ke-15.

Pencapaian ini diperoleh setelah berjaya melengkapkan sekurang-kurangnya 30 aktiviti dan menjadi antara 1,200 peserta terawal yang berjaya menyelesaikan cabaran tersebut.

๐Ÿ“… 29 Ogos โ€“ 4 September 2026
๐Ÿ“ Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang

Tahniah, SITI MUHAYA BINTI ADZLI! Teruskan mencipta kejayaan! ๐Ÿ†โšœ๏ธ

๐Ÿ† FESTIVAL INSANIAH ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mia Irdina Niki...
21/09/2026

๐Ÿ† FESTIVAL INSANIAH ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mia Irdina Nikiesha binti Ashadi atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah Kategori Perempuan, sempena Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Perak Tahun 2026. ๐ŸŒท๐Ÿ“–

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi bukti kesungguhan, komitmen serta usaha yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas, Mia Irdina Nikiesha! ๐Ÿ‘โœจ
Kebanggaan SK Lenggong! ๐Ÿ†

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA (RAMBU PKK) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTahniah dan syabas diucapkan kepada 7 orang murid yan...
21/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA (RAMBU PKK) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 7 orang murid yang telah menerima Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu PKK) Peringkat Kebangsaan dalam satu majlis yang telah berlangsung pada 17 September 2026 bertempat di Dewan SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada komitmen, disiplin, usaha gigih dan penglibatan aktif dalam kegiatan Pengakap.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada guru pembimbing, Cg Adzli bin Adnan dan Cg Aiman Abdul Asham bin Abd. Manaf, atas bimbingan dan komitmen dalam membimbing para peserta sehingga mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan.

๐ŸŒŸ Tahniah kepada semua penerima!
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif, berdisiplin dan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

โ€œPengakap Sentiasa Bersedia!โ€ โšœ๏ธ






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH! JOHAN GENTA SUARA PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSyabas dan tahniah diucapkan Nur Zawraa Iysaara binti Mohd Azizi atas kej...
21/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH! JOHAN GENTA SUARA PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Syabas dan tahniah diucapkan Nur Zawraa Iysaara binti Mohd Azizi atas kejayaan meraih Johan Genta Suara Patriotik 2026 sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat Komuniti Kg. Sira, Lenggong yang telah berlangsung pada 16 September 2026. Tahniah juga kepada peserta lain yang turut sama menyertai pertandingan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Wakaf Che Teh Fatimah (WakafCTF), Kg. Sira, Lenggong atas penganjuran program yang penuh bermakna ini.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan! ๐Ÿ‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPenyampaian hadiah pemenang peserta pertandingan pakaian beragam. Tahniah.
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Penyampaian hadiah pemenang peserta pertandingan pakaian beragam. Tahniah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰Meriah dan penuh semangat patriotik apabila hadiah d...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰

Meriah dan penuh semangat patriotik apabila hadiah disampaikan kepada para pemenang pertandingan Kemerdekaan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan.

Setiap penyertaan mencerminkan kreativiti, bakat dan semangat cinta akan negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Tahniah kepada semua pemenang! Teruskan menyemarakkan jiwa Merdeka! ๐ŸŽŠ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPeringkat Sekolah Kebangsaan LenggongAlhamdulillah, telah berlangsung denga...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Peringkat Sekolah Kebangsaan Lenggong

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat SK Lenggong. ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menceriakan sambutan, di samping memberi ruang kepada murid untuk menzahirkan kreativiti, bakat dan semangat cintakan Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru, AKP, murid serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam jiwa setiap warga SK Lenggong.

Kita raikan kemerdekaan, kita semai patriotisme, kita bina masa depan Malaysia!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐ŸŽŠ SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN 2026!
โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN SK LENGGONG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

9 September 2026 | Dewan SK Lenggong

Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Sajak Kemerdekaan pada 9 September 2026 bertempat di Dewan SK Lenggong.

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan murid sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026. Pertandingan turut menjadi platform untuk murid menonjolkan bakat, kreativiti, keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi melalui persembahan sajak yang penuh penghayatan.

๐ŸŽค Murid-murid telah mempersembahkan sajak bertemakan kemerdekaan, patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada Malaysia dengan penuh semangat dan kreativiti. Persembahan yang disampaikan bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya menyampaikan mesej yang bermakna kepada para hadirin.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas keberanian dan komitmen yang ditunjukkan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah untuk melahirkan murid yang berani, kreatif, berkeyakinan dan cinta akan tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€







09/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini berlangsungnya Pertandingan Sajak Kemerdekaan yang menyaksikan para peserta tampil penuh yakin, berani dan bersemangat dalam menyampaikan sajak bertemakan patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

Setiap bait kata yang dilontarkan membawa mesej tentang perjuangan, perpaduan, pengorbanan dan kecintaan terhadap Malaysia. Semoga semangat patriotik yang disemai melalui aktiviti seperti ini terus mekar dalam jiwa anak-anak.

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas keberanian serta persembahan yang hebat!

๐Ÿ† Terima kasih juga kepada para guru dan semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.

Semarakkan semangat merdeka!
Hayati erti kemerdekaan!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค






Address

Jalan Alang Iskandar
Lenggong
33400

Telephone

+6057691221

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Lenggong:

Shortcuts

Share

Category