23/07/2026
SKBB berdukacita dengan kehilangan seorang guru yang sangat komited.Pihak sekolah merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Cikgu Norliza A.Rauf..
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Cikgu Norliza binti A. Rauf, Guru Prasekolah SK Bukit Balai yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Julai 2026 bersamaan 8 Safar 1448 Hijrah.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
Al-Fatihah. 🤲🏻