01/08/2026
🌸 SEJAMBAK BUDI, SEMEKAR MEMORI 🌸
31 JULAI 2026, menjadi satu tarikh yang penuh bermakna apabila berlangsungnya Majlis Sejambak Budi, Semekar Memori sempena Persaraan Puan Hajah Norfisah binti Che Umar yang telah diadakan di Dewan Aspirasi, SK Banggol Belimbing.
Majlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan sarat dengan emosi sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau sepanjang bergelar seorang pendidik. Pelbagai pengisian menarik telah dipersembahkan, antaranya persembahan silat oleh murid, tarian murid Tahun 2, nyanyian oleh seluruh murid SK Banggol Belimbing, penyampaian hadiah, serta tayangan montaj dan video perjalanan hidup beliau sebagai seorang pendidik yang menyentuh hati para hadirin.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga, mantan guru-guru SK Banggol Belimbing, para ibu bapa, serta warga sekolah yang bersama-sama memeriahkan dan meraikan insan yang telah banyak menabur bakti kepada dunia pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Norfisah binti Che Umar atas segala jasa, ilmu, kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada anak-anak didik serta warga SK Banggol Belimbing. Semoga setiap bakti yang ditaburkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kehidupan yang sentiasa diberkati Allah SWT.
💐 Budi disanjung, jasa dikenang.
✨ Sejambak Budi, Semekar Memori- kenangan indah akan terus mekar dalam sanubari seluruh warga SK Banggol Belimbing.
Ikhlas daripada
Warga SK Banggol Belimbing