Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI

Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI Sumbangan untuk menampung kos operasi boleh disalurkan ke akaun MAYBANK 5581 3600 8789 HP:0148160150

22/04/2026
19/04/2026

Ibu ayah, dalam dunia yang semakin tenat ini, kita perlu mempersiapkan anak-anak dengan bimbingan pendidikan yang seimbang di dunia dan akhirat, agar mereka tidak terpesong dari landasan agama.

Hari ini, cabaran semakin besar. Tanpa asas agama yang kuat, anak-anak mudah hilang arah.

Di Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah, kami membimbing anak-anak menjadi:
✨ Hafiz Al-Quran
✨ Berakhlak mulia
✨ Seimbang dunia & akhirat

📌 Tempat terhad.
👉 Klik link dibawah untuk daftar anak anda sekarang!

17/04/2026

Remaja perempuan ini menjawab soalan secara iqtibas, iaitu memetik ayat al-Quran bagi menyampaikan mesej yang mengandungi jawapan yang perlu dirungkai oleh orang yang bertanya.

TAKZIAH KEPADA REDHOUDDIN‫إ‬نا لله و ‫إ‬نا ‫إ‬ليه راجعون.لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فاصبر واحتسب.M...
05/04/2026

TAKZIAH KEPADA REDHOUDDIN

‫إ‬نا لله و ‫إ‬نا ‫إ‬ليه راجعون.

لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فاصبر واحتسب.

MTQDI mengucapkan takziah kepada Redhouddin dan keluarga di atas pemergian Ayahandanya Cikgu Rohijan.

Jenazah disolatkan oleh anakandanya yang merupakan bekas pelajar MTQDI yang berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran di sini.

Didoakan semoga al-Marhum ditempatkan bersama golongan Sholihin.

Marilah kita bersama-sama membaca surah al-Fatihah dan diniatkan semoga pahala bacaan itu sampai kepada ruh al-Marhum.

Al-Fatihah.

Assalamualaikum Tuan/Puan.Belum menunaikan kewajiban zakat simpanan, harta atau pendapatan?Mahu membayar zakat secara at...
31/03/2026

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Belum menunaikan kewajiban zakat simpanan, harta atau pendapatan?

Mahu membayar zakat secara atas talian?

Anda boleh membayar zakat anda kepada Zakat Perak ar Ridzuan (ZAPAR) melalui wakil ejen pungutan zakat Maahad Tahfiz al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah (MTQDI).

MTQDI dilantik oleh ZAKAT PERAK AR RIDZUAN (ZAPAR) sebagai ejen pungutan zakat.

Kelebihan yang anda peroleh apabila membayar zakat kepada ZAPAR ialah rebat cukai LHDN 100%.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Ustaz Muhammad Rif'aat Razman
Mudir MTQDI
0148160150

Atau WhatsApp:

wasapp.me/+060148160150/ZAPAR_MTQDI

FB page: FB Page

Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI

https://www.facebook.com/mtqdimy/

Taklimat dan dialog dengan ibu bapa pelajar Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah Wal Imamah bersama Tuan Haji Razman bin Za...
29/03/2026

Taklimat dan dialog dengan ibu bapa pelajar Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah Wal Imamah bersama Tuan Haji Razman bin Zakaria, penaung MTQDI.

Menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Fauzan bin Termizi, batch pertama MTQDI 2013.Majlis berlangsung di Pengkalan Hulu...
26/03/2026

Menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Fauzan bin Termizi, batch pertama MTQDI 2013.

Majlis berlangsung di Pengkalan Hulu, Perak.

Semoga ALLAH subhanahu wa ta'ala memberkati kedua-dua pengantin dan mengurniakan kebahagian dunia Akhirat kepada mereka.

بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير.

Ibu Ayah bimbang siapa yang akan mendoakan dan menghadiahkan bacaan Al-Quran buat kita bila kita sudah tiada nanti?Kita ...
26/03/2026

Ibu Ayah bimbang siapa yang akan mendoakan dan menghadiahkan bacaan Al-Quran buat kita bila kita sudah tiada nanti?

Kita semua mahu anak yang bukan sekadar berjaya dalam kerjaya, tapi mampu menjadi syafaat buat ibu bapa di akhirat. Mulakan langkah mereka menjadi Hafiz sejak muda di MTQDI Lenggong.

📖 Pakej Lengkap: Tahfiz, Kitab, Akademik & Latihan Silat.

🤝 Kerjasama GIAT MARA: Anak ada kemahiran tambahan.

💰 Mampu Milik: Yuran serendah RM230 & ansuran disediakan.

🏠 Percuma: Yuran asrama serta makan & minum!

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Daftar Segera Melalui Butang WhatsApp Dibawah!

Ahmad Shayuti bin Jamal, anak Kampung Kelantan, Lenggong, bekas pelajar MTQDI yang menyambung pengajian ke Kolej Univers...
19/03/2026

Ahmad Shayuti bin Jamal, anak Kampung Kelantan, Lenggong, bekas pelajar MTQDI yang menyambung pengajian ke Kolej Universiti Professor Zulkifli Muhammad (KUIZM), menerima dermasiswa daripada Pertubuhan Wanita Islam Perak (PERWITA) yang disampaikan oleh Ustazah Masturhah binti Ismail.

KUIZM bertempat di Taman Melewar, Gombak, Selangor, menawarkan pengajian bertaraf diploma dalam 2 bidang iaitu:
1. Dakwah dan Komunikasi
2. Muamalat dan kewangan Islam

Dengan sijil daripada maahad tahfiz, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di KUIZM.

Lepasan KUIZM dapat melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di (Universitas Islam Negeri) UIN Raden Fatah di Pelembang, Indonesia.

Doakan kejayaan anak-anak pelajar MTQDI dan KUIZM.

Halaman FB KUIZM:
https://www.facebook.com/share/15q1XvJPZp/

MTQDI SEBAGAI EJEN PUNGUTAN ZAKAT PERAK AR RIDZUAN (ZAPAR)Assalamualaikum Tuan/Puan.Belum menunaikan kewajiban zakat sim...
19/03/2026

MTQDI SEBAGAI EJEN PUNGUTAN ZAKAT PERAK AR RIDZUAN (ZAPAR)

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Belum menunaikan kewajiban zakat simpanan, harta atau pendapatan?

Mahu membayar zakat secara atas talian?

Anda boleh membayar zakat anda kepada Zakat Perak ar Ridzuan (ZAPAR) melalui wakil ejen pungutan zakat Maahad Tahfiz al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah (MTQDI).

MTQDI dilantik oleh ZAKAT PERAK AR RIDZUAN (ZAPAR) sebagai ejen pungutan zakat.

Kelebihan yang anda peroleh apabila membayar zakat kepada ZAPAR ialah rebat cukai LHDN 100%.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Ustaz Muhammad Rif'aat Razman
Mudir MTQDI
0148160150

Atau WhatsApp:

wasapp.me/+060148160150/ZAPAR_MTQDI

FB page:

Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI

https://www.facebook.com/mtqdimy/

26/12/2025

✨ Anda mencari Kem Cuti Sekolah Tahfiz yang bermanfaat, menyeronokkan dan penuh pengisian rohani untuk anak-anak?

Kem Cuti Sekolah Tahfiz menawarkan hafalan surah pilihan, fardu ain, riadah, tadabbur alam dan macam-macam lagi, bagi mengisi cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah dalam suasana Islamik.

👦Terbuka kepada pelajar lelaki berumur 10 hingga 15 tahun.

📅 29 Disember 2025 hingga 9 Januari 2026 (12 hari)
📍 Maahad Tahfiz al-Qur’an Lid Dakwah Wal Imamah, Kampung Luat, Lenggong

💰 RM15 sahaja untuk sehari
(termasuk penginapan dan makan 3 kali sehari)

📞 Untuk pendaftaran:
Ustaz Rif’aat – 014-816o15o
Ustaz Nailul – o13-44Z66Z8

🚨 Daftar segera! Tempat terhad!

Address

Kampung Luat
Lenggong
33400

Telephone

+60148160150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah - MTQDI:

Shortcuts

Share