SMK Dato Ahmad, Lenggong

SMK Dato  Ahmad, Lenggong official smkda pages

Innalillahi waina ilaihi raajiun Arwah Cg Abdul Hakim pencen di SMKDA pada tahun lepas Oktober 2025. Banyak jasa & sumba...
16/04/2026

Innalillahi waina ilaihi raajiun Arwah Cg Abdul Hakim pencen di SMKDA pada
tahun lepas Oktober 2025. Banyak jasa & sumbangan arwah kpd murid² & pihak sekolah. Semoga semuanya menjadi asbab beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yg solihin & beramal soleh. Salam takziah daripada seluruh warga SMKDA buat isteri & ahli keluarga arwah Cg Abdul Hakim. Al- Fatihah...

Assalamualaikum wbt.

Makluman buat semua.

Innalillahi wainnalillahirhojhiun,

Allahyarham Haji Abdul Hakim bin Abdul Malik, pesara guru yang juga mantan guru di SMK Tan Sri Abdul Aziz, SMK Sultan Azlan Shah, dan SMK Dato' Ahmad telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 pagi, 15 April 2026M bersamaan 26 Syawal 1447H di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Al Fatihah.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Aaminn.

11/04/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK DATO' AHMAD KALI KE707 April 2026 Selasa8.00 pagiPadang SMK Dato' Ahmad TSyabas, tahniah ...
10/04/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK DATO' AHMAD KALI KE70
7 April 2026 Selasa
8.00 pagi
Padang SMK Dato' Ahmad
T
Syabas, tahniah & terima kasih semua.

09/04/2026
30/03/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI FASA 2 SESI 2026/2027

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM berkelayakan untuk memohon ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2026/2027

Tarikh permohonan: 31 Mac 2026 hingga 4 April 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:
https://matrikulasi.moe.gov.my atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Tahun Ini, Tahun Kita






📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKAKementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon ...
15/03/2026

📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKA

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon lepasan SPM 2024 dan 2025 yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memohon kemasukan ke Program Diploma Kolej Vokasional Ambilan Mei 2026.

Tarikh Permohonan:
15 Mac 2026 – 12 April 2026

💻 Permohonan secara dalam talian:
https://mohon.tvet.gov.my/

Antara program yang ditawarkan:
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Maklumat
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Komputeran
•⁠ ⁠Diploma Perakaunan
•⁠ ⁠Diploma Insurans
•⁠ ⁠Diploma Bioteknologi
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Animasi 3D
•⁠ ⁠Diploma Seni Reka Fesyen

📌 Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan kerjaya melalui bidang TVET.

Layari portal permohonan untuk maklumat lanjut dan syarat kemasukan program.

Tahun Ini, Tahun Kita






PERMOHONAN AKAN DIBUKA!PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH ...
11/03/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) & PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM/STPM/STAM/KV/Matrik/PPC berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Permohonan dibuka: 12 Mac - 2 April 2026, mulai jam 10.00 pagi.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:
https://pismp.moe.gov.my atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

“Pendidikan Tanggungjawab Bersama, Rebut Peluang, Cipta Masa Depan.”

Tahun Ini, Tahun Kita






Jemput hadir semua..
09/03/2026

Jemput hadir semua..

Tambahan unit penapis air untuk warga ahmadian..
09/03/2026

Tambahan unit penapis air untuk warga ahmadian..

09/03/2026

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025

Seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan SPM di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

📌 Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi.

📌 Calon persendirian p**a boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui:

i. Dalam talian: myresultspm.moe.gov.my

ii. SMS: Taip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Semakan bermula 31 Mac 2026, 10.00 pagi hingga 6 April 2026, 6.00 petang.

Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita






Address

Jalan Alang Iskandar
Lenggong
33400

Telephone

+6057691260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato Ahmad, Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Dato Ahmad, Lenggong:

Shortcuts

Share

Category