Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, ialah sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri Perak Sekolah tahfiz pertama beroperasi di daerah Manjung pada tahun 2010.
(1)

Pembinaan sekolah ini ( STARULe ) bermula daripada cetusan idea mantan Menteri Besar Perak, YAB Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang menginginkan setiap daerah di Negeri Perak mempunyai sebuah sekolah tahfiz yang dikelola oleh kerajaan negeri. Kelas perintis program tahfiz ini diwujudkan diketiga-tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri ( SMAN ) iaitu Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Pere

mpuan Taโ€™ayah dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah pada tahun 2009 bermula di tingkatan 1. Seterusnya, empat buah sekolah tahfiz ditubuhkan di daerah Batang Padang (Tapah), daerah Kuala Kangsar (Sungai Siput), daerah Kerian (Semanggol) dan daerah Hulu Perak (Lenggong). Kesemua sekolah tahfiz ini merupakan sekolah berasrama penuh yang berteraskan tahfizul Quran. Segala pengurusan dan perbelanjaan dalam menguruskan sekolah tahfiz ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). STARULe telah memulakan operasinya pada 3 Januari 2012 dengan mantan pengetuanya Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai di tapak sementara, beralamat Madrasah As-Syakirin, Kampung Lenggong. Bangunan tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Nasar bin Kurdi, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan, JAIPk pada masa itu. Setelah hampir sembilan tahun beroperasi di tapak sementara akhirnya pada 3 Ogos 2020, secara rasmi STARULe telah memulakan operasinya di tapak kekal di sini, beralamat Kampung Tersusun Bukit Sapi, Lenggong, Perak. Pada tahun semasa (2022), sekolah ini menempatkan seramai 160 murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan menggunakan Kurikulum KSSM untuk matapelajaran akademik SPM dan melaksanakan Kurikulum KBT (Kurikulum Bersepadu Tahfiz) untuk matapelajaran Hifz Al Quran dan Maharat Al Quran.

๐ŸŒฟ LAWATAN PENANDA ARAS MTQK PONDOK AIR JERNIH GERIK KE STARULe ๐ŸŒฟ17 โ€“ 18 Ogos 2026 | Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzua...
18/08/2026

๐ŸŒฟ LAWATAN PENANDA ARAS MTQK PONDOK AIR JERNIH GERIK KE STARULe ๐ŸŒฟ

17 โ€“ 18 Ogos 2026 | Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe)

Alhamdulillah, STARULe berbesar hati menerima kunjungan Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran, Pondok Air Jernih dalam satu program Lawatan Penanda Aras yang berlangsung selama dua hari.

Program ini menjadi wadah yang amat bermakna dalam memperkukuh hubungan serta membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman, amalan terbaik dan pengurusan pendidikan tahfiz antara kedua-dua institusi.

Sepanjang kunjungan, para murid berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun, antaranya:

๐Ÿ“š Sesi perkongsian antara dua buah sekolah di Aula Perdana
๐Ÿ“ Kelas akademik bersama warga STARULe
๐Ÿ“– Kelas hafazan dan persediaan hafazan
๐Ÿ•Œ Pengisian kerohanian dan solat berjemaah
๐Ÿƒ Aktiviti riadah
๐Ÿค Interaksi dan pengalaman bersama murid serta guru
๐ŸŽ“ Sesi penutup sebagai kemuncak lawatan

Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi menjadi platform untuk belajar, berkongsi dan saling memperkasa dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang dalam aspek akademik, hafazan, sahsiah dan kepimpinan.

Semoga jalinan ukhwah antara MTQK Pondok Air Jernih dan STARULe terus subur serta membuka lebih banyak ruang kerjasama dan perkongsian ilmu pada masa akan datang.

โ€œBerkongsi Ilmu, Membina Ukhwah, Memperkasa Generasi al-Quran.โ€

Terima kasih dan selamat datang diucapkan kepada seluruh warga Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran (MTQK) Pondok Air Jernih Gerik, Perak. ๐ŸŒฟ๐Ÿ“–๐Ÿค










๐ŸŽ“ [ PERUTUSAN KHATAM STARULEAN ] ๐ŸŽ“โ€Žุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…โ€Žุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡๐ŸŽ‰ MUBARAK ON BECOMING HAFIDZUL ...
14/08/2026

๐ŸŽ“ [ PERUTUSAN KHATAM STARULEAN ] ๐ŸŽ“

โ€Žุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
โ€Žุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

๐ŸŽ‰ MUBARAK ON BECOMING HAFIDZUL QURAN ๐ŸŽ‰

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada murid STARULe iaitu :

MUHAMMAD AKRAM AZFAR BIN MOHD HUSHINI@MOHD HUSAINI

Beliau telah mengkhatamkan hafazan 30 Juzu' Al-Quran bersama penulisan tahriri secara talaqqi dan musyafahah.

Semoga murid ini sentiasa istiqamah dalam menjaga kalam-Nya hingga akhir hayat dan menjadi ikutan buat murid STARULe yang lain sebagai pejuang hamalatul Quran. InsyaAllah Amin๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐Ÿ–‹ Whoever recites the Qur'an, learns it and then acts upon it, will be adorned with a crown of light on the day of judgement.

*ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ ุจุงู„ู‚ุฑุขู†*

๐ŸŒฑ Program ASAH Biologi Daerah Hulu Perak 2026 ๐ŸŒฑ๐Ÿ“† 01hb Ogos 2026โฐ 08:00 AM - 01:00 PM๐Ÿ“ SMK Sultan Idris Shah II, Gerik๐Ÿ‘ฅ 7...
01/08/2026

๐ŸŒฑ Program ASAH Biologi Daerah Hulu Perak 2026 ๐ŸŒฑ

๐Ÿ“† 01hb Ogos 2026
โฐ 08:00 AM - 01:00 PM
๐Ÿ“ SMK Sultan Idris Shah II, Gerik
๐Ÿ‘ฅ 7 orang murid Tingkatan 5 IS
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Encik Afiq bin Aziz (SMK Simpang Pulai)

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI AL-QURAN- "Aku Seorang Huffaz"Anjuran : Bidang Pengajian Al-QuranTarikh : 1 Ogos 2026, SabtuMas...
01/08/2026

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI AL-QURAN
- "Aku Seorang Huffaz"

Anjuran : Bidang Pengajian Al-Quran
Tarikh : 1 Ogos 2026, Sabtu
Masa: 9 pagi - 11 pagi
Tempat : Surau Al-Faruq
Penceramah : En. Muhammad Afiq Bin Zainal

๐ŸŒŸ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 ๐ŸŒŸBismillahirrahmanirrahim.Seluruh warga Sekolah Menengah Tahfiz Darul...
30/07/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 ๐ŸŒŸ

Bismillahirrahmanirrahim.

Seluruh warga Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 kepada semua murid Batch-11 SPM STARULe.

Inilah medan untuk menguji segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dipanjatkan selama ini. Yakinlah bahawa setiap usaha yang disertai dengan tawakal pasti akan membuahkan hasil yang terbaik.

โœจ โ€œBersama Menuju Impian, Mengukir Kejayaan Gemilang.โ€

Semoga Allah SWT:
๐Ÿคฒ Mengurniakan ketenangan ketika menjawab soalan.
๐Ÿคฒ Mempermudahkan segala urusan sepanjang peperiksaan.
๐Ÿคฒ Mengilhamkan jawapan yang tepat dan terbaik.
๐Ÿคฒ Mengurniakan kesihatan, kekuatan serta kejayaan yang cemerlang.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Jadikan peperiksaan ini sebagai langkah awal menuju kejayaan SPM yang sebenar.

Selamat berjaya buat seluruh Batch-11 STARULe! Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

๐Ÿ—“๏ธ 30 Julai โ€“ 20 Ogos 2026

PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2026 - HIFZ AL-QURAN KERTAS 3 (5301/3)  Tarikh : 29 Julai 2026 (Rabu)Masa : 8 pagiPentaksir :1. Le...
29/07/2026

PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2026 - HIFZ AL-QURAN KERTAS 3 (5301/3)

Tarikh : 29 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 8 pagi

Pentaksir :
1. Lembaga Peperiksaan KPM
2. Darul Quran KKB

Penglibatan :
- Wakil PPD Hulu Perak
- Pengetua
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
- Setiausaha SPM
- GKMP Hifz al-Quran
- Ketua Panitia Hifz Al-Quran
- Ketua Panitia Maharat
- Pentaksir MP

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari KetigaLDK 4 : CeramahTarikh : 26 Julai 2026, AhadMasa: 9.00 am - 11.00 amTempat : Ar...
28/07/2026

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari Ketiga

LDK 4 : Ceramah

Tarikh : 26 Julai 2026, Ahad
Masa: 9.00 am - 11.00 am
Tempat : Arena, STARULe
Penceramah: En Muhammad Syafiq Azimi bin Shukri , Pensyarah, UNITAR College Ipoh

Membina Jati Diri, Memperkasa Akhlak & Kepimpinan Muslim

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari KetigaTarikh : 26 Julai 2026, AhadTempat : Astaka STARULeMembina Jati Diri, Memperka...
28/07/2026

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari Ketiga

Tarikh : 26 Julai 2026, Ahad
Tempat : Astaka STARULe

Membina Jati Diri, Memperkasa Akhlak & Kepimpinan Muslim

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari KeduaTarikh : 25 Julai 2026, SabtuTempat : Perkarangan STARULeMembina Jati Diri, Mem...
28/07/2026

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari Kedua

Tarikh : 25 Julai 2026, Sabtu
Tempat : Perkarangan STARULe

Membina Jati Diri, Memperkasa Akhlak & Kepimpinan Muslim

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari PertamaTarikh : 24 Julai 2026, JumaatTempat : Perkarangan STARULeMembina Jati Diri, ...
28/07/2026

KEM KOKURIKULUM STARULE 2026 - Hari Pertama

Tarikh : 24 Julai 2026, Jumaat
Tempat : Perkarangan STARULe

Membina Jati Diri, Memperkasa Akhlak & Kepimpinan Muslim

Address

Kampung Tersusun Bukit Sapi
Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057676523

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong:

Shortcuts

Share