23/09/2026
π± π πππ ππ πππ§ππ πππ¦π§ππ₯π π¦π πππ π£π’π‘π ππππ₯π¨π±
Membudayakan Kelestarian, Mencipta Pengalaman, Membina Generasi Madani
Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Muar kini mempunyai Makmal Aktif Lestari, satu ruang pembelajaran yang menggabungkan elemen kelestarian, inovasi dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Makmal ini dibangunkan berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) yang melibatkan:
πΎ SDG 1 β Tiada Kemiskinan
π± SDG 2 β Kelaparan Sifar
β€οΈ SDG 3 β Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
π SDG 4 β Pendidikan Berkualiti
β»οΈ SDG 12 β Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
π SDG 14 β Hidupan di Bawah Air
π€ SDG 16 β Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh
Melalui Makmal Aktif Lestari ini, murid berpeluang meneroka pembelajaran secara hands-on melalui pelbagai aktiviti seperti:
πΏ Tanaman bandar β mempelajari kaedah menghasilkan makanan secara lestari dalam ruang terhad.
π Penternakan ikan hiasan β memahami asas penjagaan hidupan akuatik, ekosistem dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
π Cendawan tiram β mengenali proses penghasilan makanan, penjagaan tanaman serta potensi keusahawanan.
π€ Inovasi iSKUBA β Pasukan Inovasi iSKUBA juga sedang merangka dan membina inovasi penjaga tanaman berautonomi, menggabungkan elemen teknologi, automasi dan penyelesaian masalah dalam usaha menghasilkan sistem tanaman yang lebih cekap dan lestari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pelaksanaan Makmal Aktif Lestari serta peruntukan yang telah disalurkan bagi menjayakan inisiatif ini.
Ucapan terima kasih juga kepada barisan pentadbir, PIBG, guru-guru dan murid-murid SK Kampong Bahru yang telah bersama-sama bertungkus-lumus, berganding bahu dan mencurahkan tenaga dalam menyiapkan Makmal Aktif Lestari ini. β€οΈ
Kami berharap makmal ini bukan sekadar menjadi sebuah ruang pembelajaran, tetapi menjadi makmal kehidupan yang memberikan pengalaman bermakna kepada murid β tempat mereka belajar melalui penerokaan, mencuba melalui pengalaman sebenar, menyelesaikan masalah dan menghasilkan inovasi.
Semoga usaha kecil ini menjadi salah satu langkah dalam menjana kemenjadian murid yang mampan, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara, selari dengan hasrat pembentukan Generasi Madani. π²πΎ
π± Belajar hari ini, lestari untuk hari esok.
π€ Berinovasi untuk masa hadapan.
π Membina Generasi Madani yang mampan.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHRU
Ilmu Istana Hidup