Majlis Ilmu

Majlis Ilmu Majlis Ilmu Nusantara

Nafkah wajib merujuk kepada kewajipan suami untuk menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anaknya. Dalam konte...
04/09/2025

Nafkah wajib merujuk kepada kewajipan suami untuk menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anaknya. Dalam konteks Islam, nafkah ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan merupakan hak bagi pihak isteri dan anak-anak.

​Berikut adalah beberapa aspek penting mengenai nafkah wajib:

​1. Komponen Nafkah Wajib

​Nafkah wajib secara umumnya merangkumi perkara-perkara berikut:

​Makanan dan Minuman: Suami wajib menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya mengikut kemampuan dan taraf kehidupan mereka.

​Pakaian: Pakaian yang bersesuaian dengan musim, adat, dan tempat tinggal.

​Tempat Tinggal: Rumah atau tempat tinggal yang selamat dan selesa.

​Keperluan Lain: Perbelanjaan untuk perubatan, pendidikan anak-anak, dan keperluan asas lain yang dianggap perlu.

​2. Syarat Wajib Nafkah

​Kewajipan suami untuk memberikan nafkah hanya berlaku jika syarat-syarat berikut dipenuhi:

​Pernikahan yang Sah: Suami isteri mesti berada dalam ikatan perkahwinan yang sah mengikut syarak.

​Isteri Berada di Bawah Tanggungan Suami: Isteri tidak keluar dari rumah tanpa izin suami, kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak.

​Isteri Mentaati Suami: Isteri mesti mentaati suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syarak.

​3. Jenis-jenis Nafkah

​Nafkah boleh dibahagikan kepada dua jenis utama:

​Nafkah Isteri: Tanggungjawab suami untuk menafkahi isteri selagi ikatan perkahwinan masih wujud dan isteri tidak dianggap nusyuz (menderhaka).

​Nafkah Anak: Tanggungjawab suami untuk menafkahi anak-anak sehingga mereka mencapai usia baligh dan mampu berdikari (bagi anak lelaki), atau sehingga berkahwin (bagi anak perempuan).

​4. Akibat Tidak Memberi Nafkah Wajib
​Kegagalan suami untuk memberikan nafkah wajib tanpa sebab yang munasabah dianggap satu pelanggaran syarak. Dalam beberapa keadaan, isteri boleh memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.

​Nafkah bukan sekadar kewajipan, tetapi juga merupakan satu cara untuk menjaga keharmonian dan kestabilan dalam institusi keluarga. Dengan memenuhi tanggungjawab ini, ia dapat mengukuhkan kasih sayang dan kepercayaan antara suami dan isteri.

3 golongan manusia yang beruntung;1. *Orang yang meninggalkan dunia,sebelum dunia meninggalkannya.*2. *Orang yang berbua...
03/10/2022

3 golongan manusia yang beruntung;

1. *Orang yang meninggalkan dunia,sebelum dunia meninggalkannya.*

2. *Orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka,sebelum mereka tiada.*

3. *Orang yang menggapai redha Allah, sebelum menemui-Nya.*

02/10/2022

(فتح الباري لابن حجر ٩ / ٧٩)

"Orang yang terus merutinkan mebaca Al-Qur'an, maka lisannya akan ringan mengucapkan dan mudah membacanya, jika dia menjauhinya maka berat dan sulit baginya untuk membaca."

Ibnu Hajar rahimahullah

29/09/2022

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

(مختصر منهاج القاصدين ٢٩١)

"Hendaknya kalian tak henti mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberi, sebab sangat jarang terjadi nikmat yang diberikan kepada suatu kaum kemudian berlalu dan datang lagi untuk yang kedua kalinya kepada mereka."

Fudhoil bin Iyadh Rohimahullahu Ta'ala

04/07/2022

, *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

“Seseorang yang tidur dapat dibangunkan. Seseorang yang lalai dapat diingatkan. Siapapun yang tidak dapat diperingatkan, maka ia telah mati. Sesungguhnya seorang akan mendapat manfaat dari nasihat yang baik jika hatinya terbuka untuk menerima nasihat yang baik itu. Ketahuilah bahwa hal ini tidak dapat disedari kecuali oleh mereka yang senantiasa kembali kepada ALLAH سبحانه وتعالى.”

[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى]

04/07/2022
لبيك يا رسول الله ﷺ💚SELAWAT FATEHاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِ...
18/06/2022

لبيك يا رسول الله ﷺ💚
SELAWAT FATEH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

28/05/2022

(رسائل ابن رجب ١/١٦٢)

Orang yang takut kepada Allah, bukanlah dia yang berlinang dan menumpahkan air matanya, tapi dia yang menahan hasratnya dari melakukan yang haram padahal dia mampu untuk melakukannya

[Ibnu Rajab rahimahullah]

*Siapa yang banyak mengingat kematian maka akan mendapat tiga kemuliaan; disegerakan dalam bertaubat, dianugerahi hati yang qana'ah (merasa cukup) dan sentiasa bersemangat dalam beribadah*

[Abu Ali Ad-Daqqaq rahimahullah]

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa’Ala Ali Sayyidina MuhammadAllahumma Solli'Ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Alih...
03/12/2021

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa’Ala Ali Sayyidina Muhammad

Allahumma Solli'Ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Alihi Wasohbihi Wasalam

Allahumma Solli'Ala Sayyidina Muhammad Salallahu Alaihi Wa'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam

Sajak *MUALLIM* untuk muhasabah diri pada hari *Sabtu 20 Mac 2021* *JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN* ❣️Hidayah d...
20/03/2021

Sajak *MUALLIM* untuk muhasabah diri pada hari *Sabtu 20 Mac 2021*

*JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN*

❣️Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan.
❣️Manusia boleh mengusahakan.
❣️Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan.
❣️Kerana hidayah itu mahal nilainya.
❣️Tidak semua orang berhasil mendapatkannya
❣️Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan.
❣️Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang.
❣️Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat, kemudian hilang.
❣️Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun, dia tidak mengambil pengajaran.
❣️Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa.
❣️Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan.
❣️Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku.
❣️Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah.
❣️Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan.
❣️Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan.
❣️Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan.
❣️Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman.
❣️Tersesat jalan tidak tahu tujuan.
❣️Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya.
❣️Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan.
❣️Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya, lebih teruk daripada orang buta.
❣️Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya.
❣️Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan.
❣️Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah.
❣️Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula.
❣️Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat.
❣️Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta.
❣️Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap.



Address

Layang-Layang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Ilmu:

Shortcuts

Share

Category