SKKeranganLawas_OFFICIAL

SKKeranganLawas_OFFICIAL Sebuah sekolah SKM yang terletak di sebuah perkampungan kecil di daerah Lawas. Di sini tempat kami menimba ilmu dan di sini tempat kami mencurah bakti.

SK Kerangan Lawas, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Lawas,98850 Lawas Sarawak

✨ MAJLIS IFTAR JAMAIE & KHATAM AL-QURAN SK KERANGAN 2025 ✨Alhamdulillah, pada 26 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Ifta...
27/03/2025

✨ MAJLIS IFTAR JAMAIE & KHATAM AL-QURAN SK KERANGAN 2025 ✨

Alhamdulillah, pada 26 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Iftar Jamaie & Khatam Al-Quran peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh para peserta khatam, diikuti dengan doa khatam. Seterusnya, penyampaian sumbangan Asnaf, cenderahati kepada para peserta khatam dan penyampaian duit raya oleh Ydp Encik Zulkipli. Seusai itu, seluruh warga sekolah bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah dan kasih sayang.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, terutama Panitia Pendidikan Islam, guru-guru, murid-murid, serta ibu bapa yang turut hadir dan menyumbang. Semoga diberi ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.🌙✨

📚 MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA & PROGRAM NILAM 2025 📚Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca & Program NILA...
19/03/2025

📚 MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA & PROGRAM NILAM 2025 📚

Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca & Program NILAM 2025 telah berjaya dilaksanakan di SK Kerangan dengan penuh semangat! Murid-murid didedahkan dengan kepentingan budaya membaca serta pelbagai aktiviti menarik yang menggalakkan mereka mencintai ilmu.

Semoga usaha ini dapat menyemai minat membaca dalam kalangan murid dan menjadikan buku sebagai sahabat sejati dalam kehidupan. Jom membaca, ilmu dicari, minda berseri!

✨CERAMAH NUZUL AL-QURAN 1446H/2025M✨Alhamdulillah, pada 18 Mac 2025 telah berlangsung Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat S...
19/03/2025

✨CERAMAH NUZUL AL-QURAN 1446H/2025M✨

Alhamdulillah, pada 18 Mac 2025 telah berlangsung Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat SK Kerangan dengan penuh penghayatan. Program ini bertujuan untuk menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta memahami kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Para murid mendengar kupasan menarik daripada penceramah yang menyentuh tentang keagungan Al-Quran, sejarah penurunannya, serta bagaimana kita boleh mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.

Semoga majlis ilmu ini memberi manfaat kepada semua murid Islam dan menjadi pemangkin untuk kita lebih mendekati Al-Quran. “Bacalah Al-Quran, kerana ia akan menjadi syafaat di akhirat kelak.”

♣️PERTANDINGAN CATUR DAERAH LAWAS KATEGORI 12TKB TAHUN 2025♟️Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid SK Kerangan un...
11/03/2025

♣️PERTANDINGAN CATUR DAERAH LAWAS KATEGORI 12TKB TAHUN 2025♟️

Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid SK Kerangan untuk mewakili sekolah bagi pertandingan Catur MSSD Lawas bertempat di SK Agama MIS Lawas, iaitu Mohamad Nazrieyl Riezky dan Nur Syamil Aizat. Tahniah dan syabas atas semangat juang dan usaha yang hebat! Walaupun tidak mendapat tempat, pengalaman dan ilmu yang diperoleh lebih bermakna. Teruskan berlatih dan bangkit lebih kuat dimasa hadapan! 💪🔥

Syabas dan tahniah semuanya!

🏆Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang 2035🏃‍♂️🏃‍♀️Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kejohanan Merenta...
28/02/2025

🏆Kejohanan Merentas Desa MSSB Limbang 2035🏃‍♂️🏃‍♀️

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kejohanan Merentas Desa MSSD Limbang di SK Sundar! 🏆🏃‍♀️🏃‍♂️

Semoga penglibatan ini menjadi pembakar semangat untuk kejohanan yang akan datang. Terima kasih juga kepada ibu bapa atas sokongan dan komitmen kepada anak-anak SK Kerangan.

Syabas dan terbaik semuanya! 👏

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TENOM DAN KENINGAU🌟 Tarikh: 29 - 30 Nov 2024🌟 Peserta: Murid² Tahun 6🌟 Lokasi Lawatan:  1️⃣ Fa...
10/12/2024

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TENOM DAN KENINGAU

🌟 Tarikh: 29 - 30 Nov 2024
🌟 Peserta: Murid² Tahun 6
🌟 Lokasi Lawatan:
1️⃣ Fatt Choi Cabin, Tenom
2️⃣ Yit Foh Coffee Factory, Tenom
3️⃣ Sabah Agricultural Park, Tenom
4️⃣ Pusat Kebudayaan Murut, Keningau

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga ini memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus menghargai budaya dan alam sekitar!

✨Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Kerangan Lawas bersama Pihak NREB Bahagian Limbang ♻️🌳🌱✨Tarikh : 4 Disember 2...
06/12/2024

✨Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Kerangan Lawas bersama Pihak NREB Bahagian Limbang ♻️🌳🌱✨

Tarikh : 4 Disember 2024
Tempat : Dewan SK Kerangan

Syukur,satu lagi langkah ke arah kesedaran dan pemeliharaan alam sekitar berjaya direalisasikan! Dengan kerjasama erat bersama pihak NREB Bahagian Limbang, pelancaran ini menjadi titik permulaan usaha kita untuk membentuk generasi muda yang mencintai alam sekitar.

Mari bersama-sama menjaga dan melindungi khazanah semula jadi kita demi masa depan yang lebih hijau dan lestari! 💚

Day 2 : Hari Sukan dan sukaneka Sk Kerangan 2024✨✅Keputusan semakin sengit antara rumah sukan merah, biru dan kuning🥇🥈🥉.
20/11/2024

Day 2 :
Hari Sukan dan sukaneka Sk Kerangan 2024✨✅

Keputusan semakin sengit antara rumah sukan merah, biru dan kuning🥇🥈🥉.

Day 1 : Hari Sukan dan sukaneka Sk Kerangan 2024✨Pertandingan bola sepak dan bola jaring.Jumpa day 2 pula🤜🤛
20/11/2024

Day 1 : Hari Sukan dan sukaneka Sk Kerangan 2024✨
Pertandingan bola sepak dan bola jaring.

Jumpa day 2 pula🤜🤛

Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2024Sk Kerangan
20/11/2024

Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2024
Sk Kerangan

Day 1 ✅Suasana sepanjang Perkhemahan UB SK Kerangan.
15/11/2024

Day 1 ✅

Suasana sepanjang Perkhemahan UB SK Kerangan.

Majlis Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Kerangan sesi 2024/2025. Seramai 40 murid tahap 2 telah mengik...
15/11/2024

Majlis Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Kerangan sesi 2024/2025.

Seramai 40 murid tahap 2 telah mengikuti perkhemahan UB selama tempoh 2 hari 1 malam.

Address

SK Kerangan Lawas
Lawas
98850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKKeranganLawas_OFFICIAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share