TADIKA SEDIDIK BANDAR LAWAS

TADIKA SEDIDIK BANDAR LAWAS KE ARAH GENERASI CEMERLANG

Program Gotong-Royong TADIKA SeDidik Bandar LawasPada 11 Julai 2026, TADIKA SeDidik Bandar Lawas telah mengadakan aktivi...
15/07/2026

Program Gotong-Royong TADIKA SeDidik Bandar Lawas

Pada 11 Julai 2026, TADIKA SeDidik Bandar Lawas telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa dan para pendidik.

Pelbagai kerja pembersihan dan menceriakan kawasan sekolah telah dijalankan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, bersih dan kondusif untuk anak-anak.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan pendidik atas kerjasama, komitmen dan semangat bergotong-royong yang ditunjukkan. Semoga hubungan yang terjalin ini terus erat demi kesejahteraan anak-anak kita.

Teruskan menyokong SeDidik Sarawak.

Save For Golden Future22 Mei 2026 | JumaatHari ini, Tadika SeDidik Bandar Lawas telah mengadakan aktiviti khas bersama p...
22/05/2026

Save For Golden Future

22 Mei 2026 | Jumaat

Hari ini, Tadika SeDidik Bandar Lawas telah mengadakan aktiviti khas bersama para pendidik dan kanak-kanak bagi memupuk budaya menabung sejak kecil.

Kanak-kanak mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah menabung, pertandingan tabung terbanyak, mewarna tabung serta penyerahan tabung kepada anak-anak. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang kepentingan berjimat cermat dan menyimpan demi masa depan yang lebih baik.

Suasana hari ini sangat ceria dan menyeronokkan dengan penglibatan aktif daripada semua kanak-kanak dan para pendidik. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada anak-anak pada masa akan datang.





14 Mei 2026 — Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Jadi & Sukaneka Alhamdulillah, hari ini Tadika Sedidik Bandar Lawas tela...
14/05/2026

14 Mei 2026 — Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Jadi & Sukaneka

Alhamdulillah, hari ini Tadika Sedidik Bandar Lawas telah berlangsung dengan penuh keceriaan melalui Sambutan Hari Jadi kanak-kanak bagi bulan Januari hingga Jun, Sambutan Hari Guru serta aktiviti sukaneka bersama guru dan kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah dapat memupuk semangat kerjasama, keberanian, keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara guru dan anak-anak.

Pihak tadika juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan potluck serta kerjasama yang diberikan bagi memeriahkan sambutan hari ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini 😊










5 Mei 2026—Pihak tadika telah menjalankan Aktiviti Fire Drill (Simulasi Kebakaran) bersama kanak-kanak sebagai pendedaha...
05/05/2026

5 Mei 2026—Pihak tadika telah menjalankan Aktiviti Fire Drill (Simulasi Kebakaran) bersama kanak-kanak sebagai pendedahan awal tentang langkah keselamatan ketika menghadapi situasi kecemasan.

Sebelum simulasi dijalankan, cikgu terlebih dahulu memberi penerangan kepada kanak-kanak tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Bagi membantu mereka lebih memahami, cikgu turut menayangkan video contoh simulasi kebakaran sebagai panduan.

Selepas sesi penerangan, simulasi dijalankan bagi memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk bertindak dengan tenang, cepat dan teratur ketika proses pemindahan kecemasan. Simulasi pemindahan yang dijalankan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 3 minit.

Alhamdulillah, semua kanak-kanak memberi kerjasama yang sangat baik dan berjaya mengikuti simulasi dengan lancar. Aktiviti seperti ini penting bagi memupuk kesedaran tentang keselamatan sejak usia awal.

30 April 2026 — hari yang “mencabar” buat sesetengah anak-anak.Murid Tadika SeDidik Bandar Lawas telah menjalani rawatan...
30/04/2026

30 April 2026 — hari yang “mencabar” buat sesetengah anak-anak.

Murid Tadika SeDidik Bandar Lawas telah menjalani rawatan pergigian daripada Klinik Pergigian Daerah Lawas. Ada yang siap confident buka mulut luas-luas, tapi ada juga yang tiba-tiba jadi “pendiam” bila nampak doktor gigi datang.

Walaupun ada sedikit drama air mata, semua tetap kuat dan berani! Yang penting, semua belajar bahawa jaga gigi itu sangat penting—nak makan sedap pun kena ada gigi sihat ye.

Terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Daerah Lawas atas layanan yang sangat baik dan mesra anak-anak.

Syabas anak-anak Tadika SeDidik!
Walaupun ada rasa takut, kamu tetap berani dan kuat🦷👍🏻





Program Membaca 10 Minit telah dilaksanakan di Tadika Sedidik Bandar Lawas pada 23 April 2026 dengan penuh semangat dan ...
24/04/2026

Program Membaca 10 Minit telah dilaksanakan di Tadika Sedidik Bandar Lawas pada 23 April 2026 dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada anak-anak.

Melalui aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan amalan membaca secara santai dan menyeronokkan dalam tempoh yang singkat, sekaligus memupuk minat membaca sejak usia awal. Suasana yang ceria dan interaktif jelas menunjukkan keterujaan mereka dalam meneroka dunia buku.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi impak besar dalam membentuk generasi yang cintakan ilmu dan gemar membaca 📚✨

Majlis Ramah Tamah Tadika Sedidik Bandar Lawas telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2026 yang lalu, menghimpun...
24/04/2026

Majlis Ramah Tamah Tadika Sedidik Bandar Lawas telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2026 yang lalu, menghimpunkan sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, serta Pra Sambutan Gawai dalam satu suasana yang harmoni dan meriah.

Majlis yang berkonsepkan open house ini melibatkan penyertaan anak-anak tadika bersama ibu bapa, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara warga tadika dan keluarga.

Turut memeriahkan majlis, ibu bapa telah memberikan kerjasama yang sangat baik melalui sumbangan juadah secara potluck, menjadikan suasana lebih ceria dan penuh kebersamaan.

Pihak tadika merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk semangat perpaduan serta mencipta kenangan indah buat anak-anak.





Pada 11 Mac 2026 yang lalu, Tadika Sedidik Sarawak Bandar Lawas telah menganjurkan aktiviti Infaq Ramadan dengan kolabor...
24/04/2026

Pada 11 Mac 2026 yang lalu, Tadika Sedidik Sarawak Bandar Lawas telah menganjurkan aktiviti Infaq Ramadan dengan kolaborasi erat bersama ibu bapa.

Sebelum pengagihan dijalankan, murid-murid turut terlibat dalam aktiviti packing bersama rakan-rakan dan guru, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna serta menyeronokkan buat mereka.

Program ini kemudiannya diteruskan di sekitar bazaar Ramadan sebagai usaha menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan amalan bersedekah dalam kalangan anak-anak sejak usia kecil.

Melalui aktiviti ini, murid-murid bukan sahaja berpeluang berkongsi rezeki, malah turut belajar erti empati dan kegembiraan memberi kepada masyarakat sekeliling.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga setiap infaq yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.




Pada 13 Februari 2026 yang lalu, Tadika SeDidik Bandar Lawas telah menerima kunjungan daripada pihak Klinik Pergigian La...
24/04/2026

Pada 13 Februari 2026 yang lalu, Tadika SeDidik Bandar Lawas telah menerima kunjungan daripada pihak Klinik Pergigian Lawas dalam Program Guru Tamu yang berfokus kepada kesedaran dan penjagaan kebersihan gigi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk penerangan tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi serta demonstrasi cara memberus gigi dengan betul. Murid-murid juga kelihatan sangat teruja dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu memupuk amalan penjagaan kebersihan gigi sejak kecil serta meningkatkan kesedaran tentang kesihatan diri dalam kalangan murid.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Klinik Pergigian Lawas atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan.

Teruskan menyokong SeDidik Sarawak 💙

17/12/2025

UJIAN KEMASUKKAN SK AGAMA (MIS) LAWAS (15Nov2025)

Address

Lawas
98850

Telephone

+60148850892

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TADIKA SEDIDIK BANDAR LAWAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category