Tadika Huda As Salam

Tadika Huda As Salam Mencari-cari dimana Tadika Tahfiz untuk anak-anak dibawah umur 7 ( 4 6 tahun)?

kamilah jawapannya.... Jom daftar segera Tadika Tahfiz Huda As Salam untuk kecemerlangan.

Hati - Hati ye
06/09/2022

Hati - Hati ye

Salam Aidul Adha Maaf Zahir BatinSemoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.Dengan ing...
10/07/2022

Salam Aidul Adha Maaf Zahir Batin

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa.

آمِيّنْ آمِين.. يَارَبَّ العَـــالَمِيْن

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
08/07/2022

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - Jumaat - 8 Julai 2022
Zuhur 🇸🇦 12:04pm
Maghrib 🇸🇦 6:51pm

WAKTU MALAYSIA
8 Zulhijjah - Jumaat - 8 Julai 2022
Waktu 🇲🇾 5:04pm
Waktu 🇲🇾 11:51pm

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari Jumaat di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari Sabtu 9/7/2022 (9 Zulhijjah 1443H) dikira Puasa Arafah.*

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.
Amin Ya Rabbul Alamin.

Kredit: JAKIM

Salam Jumaat 1 Zulhijjah 1443H ✨Rebut peluang hari istimewa ini dan manfaatkan keistimewaan 10 hari terawal Zulhijjah de...
01/07/2022

Salam Jumaat 1 Zulhijjah 1443H ✨

Rebut peluang hari istimewa ini dan manfaatkan keistimewaan 10 hari terawal Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal baik seperti zikir, solat, berpuasa dan bersedekah 🥰

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah)".
(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi)

Elak anak rasa sedih berpanjangan.Berikut antara perkara yang ibu bapa boleh mula lakukan bermula hari ini ;1. Beri puji...
01/07/2022

Elak anak rasa sedih berpanjangan.
Berikut antara perkara yang ibu bapa boleh mula lakukan bermula hari ini ;
1. Beri pujian dan galakan - apa saja perlakuan positif anak, berikan pujian
2. Pandang wajah anak semasa beri jawapan/komunikasi.
3. Elak marah tanpa beri penjelasan.
4. Renung mata anak sebelum mula bercakap/menegur/memberi pujian.
5. Sediakan jadual waktu belajar dan bermain yang seimbang.
6. Beri peluang anak membuat pilihan.
7. Banyakkan waktu bersama anak ketika bermain dan belajar.

Rezeki yang kita dapat hari ini salah satunya datang dari anak kita.
Kita tumpang rezeki anak maka kita diberi peluang untuk gembirakan hati anak.

Moga bermanfaat.

Amalkan setiap hari. Insya’allah tidak akan ada benda yg akan memudaratkan diri kita kecuali dgn izin ALLAH swtIlmu utk ...
18/06/2022

Amalkan setiap hari. Insya’allah tidak akan ada benda yg akan memudaratkan diri kita kecuali dgn izin ALLAH swt

Ilmu utk dikongsi bukan utk disimpan 😊

“Jangan kedekut ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yg memberi manfaat kpd org lain”

✨ DIRGAHAYU TUANKU ✨ Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda ...
06/06/2022

✨ DIRGAHAYU TUANKU ✨

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong XVI pada 6 JUN 2022 Bersamaan 6 ZULKAEDAH 1443.

Daulat Tuanku. Sembah Takzim daripada kami, seluruh warga kerja Tadika Huda As Salam

⚠️HFMD disebabkan oleh virus enterovirus.  ✋Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuha...
31/05/2022

⚠️HFMD disebabkan oleh virus enterovirus.

✋Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.

✔️Penyakit ini boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer

💪Ikuti 7️⃣ langkah cuci tangan menggunakan air dan sabun seperti dikongsikan. Ajari juga anak-anak anda 7️⃣ langkah mencuci tangan ini.

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺️1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW ...
30/05/2022

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺️

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!Ini berkaitan hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langk...
28/05/2022

IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!

Ini berkaitan hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan "warnakan bulatan itu" 😊😊
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye..
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. 😉
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
- jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
- bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
- bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
- tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! 😊😊

Sumber : Pn Azila Ghani

12 CARA MENJADI IBU YANG SABAR DALAM ISLAM1. Berlatih Sabardengan mengingat Allah InsyaAllah anda akan menjadi pribadi y...
28/05/2022

12 CARA MENJADI IBU YANG SABAR DALAM ISLAM
1. Berlatih Sabar
dengan mengingat Allah InsyaAllah anda akan menjadi pribadi yang sabar.
2. Berdo'a
selalu libatkan Allah dan mintalah kepada Allah agar menjadi ibu yang sabar dan minta kepada Allah agar segala kegiatan berjalan dengan lancar.
3. Berikan Pelukan dan Ciuman
ketika kita memaafkan diri kita sendiri, meredam emosi dan memberikan kasih sayang kepada anak, akan memunculkan rasa syukur pada diri kita.
4. Beristighfar
Istighfar adalah cara paling ampuh untuk mengendalikan emosi.
Dengan istighfar, kita akan selalu mengingat Allah dan akan bersabar.
5. Ingat Bahwa Tidak Semua Perempuan Ada Di Posisi Ini.
Boleh jadi kita membenci suatu keadaan, tetapi ingatlah ada yang menginginkan keadaan tersebut.
6. Syukuri Apa Yang Terjadi Saat Ini
Syukuri segala hal mampu membuat kita merasa lebih sabar menerima dengan lapang dada.
7. Berdzikir
Amalkan dzikir-dzikir dalam hidup kita. Kerana dzikir dapat membuat hati tenang dan kesabaran akan mengikuti
8. Berpikir Positif
Berfikir positif akan membuat kita meredam emosi seperti marah, kesal, dan putus asa.
9. Mengatur Emosi
Cara mengendalikan emosi menurut islam sangat tepat untuk menjadi solusi dalam meningkatkan kesabaran.
10. Buah Manis dari Sabar
Yakinlah bahwa dengan kesabaran kita akan mendapatkan balasan yang indah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
11. Kenali Kondisi Kita
Kenalilah kenapa kita marah agar kita bisa mencari solusi untuk diri kita sendiri dalam mengontrol emosi dan bersabar. Misalnya, karena kita lapar kita jadi pemarah, istirahatlah sejenak dan makanlah. Setelah itu baru lanjutkan aktivitas
12. Beri Pujian Pada Anak
Memberi pujian pada anak bisa membuat kita mengingat bahwa anak kita tidak selayaknya menjadi tempat luapan emosi kita.
Yang namanya anak ada aja tingkahnya
Kadang Lucu , kadang gemesin, kadang bikin lelah tapi InsyaAllah Lillah.
Semangat ibu, .. Sebenarnya mereka mampu mengerti kita, hanya saja kita yang perlu lebih bersabar agar mengerti apa mau mereka.
Kerana anak-anak belum tau tentang hidup ini, perasaan mereka, mengungkapkan cinta dan lain sebagainya.
kita sebagai orang dewasa yang tahu, Sudah wajib menjadi sarana untuk mereka, agar mereka mengerti banyak hal

Kredit: Penyejuk Hati

27/05/2022

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x 🤲🏻
Selesai sudah majlis *Sambutan Hari Raya* & *Hari Guru* peringkat *Tadika Huda As Salam* 🤲🏻

Terima kasih kepada semua IbuBapa/penjaga yg menghantar ank2 ke tadika serta yg menyumbangkan makanan/minuman utk anak2 Soleh solehah *THAS*.

*THAS* mengucapkan ribuan Terima kasih atas segala kerjasama yg diberikan.

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI* kepada semua IbuBapa/penjaga yg dikasihi sekalian 🥰

Daripada :
*Pengurusan Tadika Huda As Salam*

Address

Jalan Upaya Kg Aman
Larkin
80350

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 11:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+60192315272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Huda As Salam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Huda As Salam:

Shortcuts

Share

Category