Pusat Islam Kuijsi

Pusat Islam Kuijsi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Islam Kuijsi, Education Website, Jalan Heman, Kg Aman, Larkin.

"Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada manusia".Kepada seluruh guru, murabbi, pensyarah, pendidik dan apa ...
16/05/2025

"Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada manusia".

Kepada seluruh guru, murabbi, pensyarah, pendidik dan apa jua istilah dengan maksud yang sama, kami ucapakan Selamat Hari Guru.

Selamat Datang Mahasiswa Baharu KUIJSI السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُTahniah dan selamat datang ke...
06/05/2025

Selamat Datang Mahasiswa Baharu KUIJSI

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tahniah dan selamat datang ke Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)! Anda kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar KUIJSI, sebuah institusi yang mendidik dengan asas Islam, ilmu dan akhlak.

Gunakan peluang ini sebaiknya untuk menimba ilmu, membina jati diri dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga perjalanan anda di KUIJSI penuh keberkatan dan kejayaan.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!

Ikhlas dari,

USTAZ MOHD NAZIR KADIR
Ketua Pusat Islam KUIJSI

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...Ikhlas Dari Saya,MOHD NAZIR BIN KADIR Ketua Pusat Islam KUIJSI
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...

Ikhlas Dari Saya,

MOHD NAZIR BIN KADIR
Ketua Pusat Islam KUIJSI

26 Mac 2025Program Agihan Sumbangan Kasih Ramadan merupakan salah satu program yang dijalankan dengan kerjasama antara P...
28/03/2025

26 Mac 2025

Program Agihan Sumbangan Kasih Ramadan merupakan salah satu program yang dijalankan dengan kerjasama antara Pusat Islam, HEPA, KRPI dan MPP. Sebahagian sumbangan merupakan hasil infaq yang diberikan oleh seluruh mahasiswa dan alumni KUIJSI sahaja. Program ini melibatkan 3 kumpulan pengagihan yang mensasarkan seluruh negeri Johor.

Selain itu, sumbangan infaq juga telah diberikan dalam program agihan bubur lambuk yang telah dilakukan pada minggu lepas.

Terima kasih para penyumbang!!

Tidak ketinggalan juga terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan program ihya' Ramadan pada tahun ini. Insya Allah kita bertemu pada tahun hadapan.

Tahniah Kepada Dua Mahasiswi KUIJSI yang Berjaya dalam Musabaqah Hafazan anjuran MSU Shah Alam, Selangor pada 20-21 Mac ...
27/03/2025

Tahniah Kepada Dua Mahasiswi KUIJSI yang Berjaya dalam Musabaqah Hafazan anjuran MSU Shah Alam, Selangor pada 20-21 Mac 2025.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Pusat Islam ingin mengucapkan tahniah kepada dua mahasiswi yang telah berjaya dalam Musabaqah Hafazan yang baru-baru ini diadakan.

Dian Karisama binti Mohd Japar – Kategori Hafazan Juz 1-15

Nur Syafiqah binti Mohd Yusof – Kategori Hafazan Juzuk 1-5

Keberhasilan ini bukan sahaja mencerminkan ketekunan dan disiplin dalam menghafaz, tetapi juga usaha yang tidak kenal lelah dalam menuntut ilmu dan menjaga hubungan dengan Allah SWT. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berjaya dalam bidang keilmuan dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mendalami ilmu Al-Quran.

Teruskan berusaha dan istiqamah dalam menuntut ilmu, semoga Allah SWT sentiasa memberi kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah yang diambil. Kami amat bangga dengan kejayaan kalian!

Tahniah sekali lagi dan semoga kejayaan ini membawa kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.

PROGRAM BUBUR LAMBUK Tarikh: 13 Mac 2025Alhamdulillah, program Bubur Lambuk telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama a...
17/03/2025

PROGRAM BUBUR LAMBUK
Tarikh: 13 Mac 2025

Alhamdulillah, program Bubur Lambuk telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara:

•Pusat Islam
•Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
•Kelab Kebajikan dan Rekreasi Marsah
•Koperasi Usahasama Kolej Pengajian Islam Johor Berhad
•Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI)
•Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk para penyumbang yang telah memberi sokongan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dikongsi mendapat keberkatan.

Kepentingan Niat dalam Islam1. Menentukan Sah atau Tidaknya Ibadah   - Ibadah seperti solat, puasa, dan haji tidak sah t...
12/03/2025

Kepentingan Niat dalam Islam

1. Menentukan Sah atau Tidaknya Ibadah
- Ibadah seperti solat, puasa, dan haji tidak sah tanpa niat.
- Hadis: "Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat." (HR Bukhari & Muslim)

2. Membezakan antara Ibadah dan Adat
- Niat membezakan perbuatan biasa dengan ibadah.
- Contoh: mandi junub vs. mandi biasa.

3. Menentukan Ganjaran dan Pahala
- Amal dengan niat ikhlas mendapat pahala.
- Hadis: "Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya." (HR Bukhari & Muslim)

4. Membantu dalam Meningkatkan Keikhlasan
- Niat ikhlas menjauhkan riak dan menunjuk-nunjuk.
- Al-Quran: "Menyembah Allah dengan ikhlas mengerjakan agama-Nya." (Surah Al-Bayyinah: 5)

5. Mengubah Perkara Harus Menjadi Ibadah
- Makan, minum, bekerja, dan belajar boleh menjadi ibadah dengan niat yang betul.
- Contoh: mencari rezeki kerana Allah dianggap ibadah.

🌙Ceramah Ihya' Ramadan 1446H/2025🌙Alhamdulillah, Program Ceramah Ihya' Ramadan 1446H/2025M telah berlangsung dengan jaya...
06/03/2025

🌙Ceramah Ihya' Ramadan 1446H/2025🌙

Alhamdulillah, Program Ceramah Ihya' Ramadan 1446H/2025M telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Februari 2025 untuk seluruh warga KUIJSI. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyertai kami bagi memeriahkan program ini dengan ilmu dan perkongsian yang bermanfaat.

Program kali ini disampaikan oleh dua penceramah yang berwibawa:

📚 Ustaz Mohd Fauzi bin Bachok,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguasaan, JAINJ

📚 Ustaz Mohd Syafiee bin Abd Rahman, Pengurus Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Semoga segala amalan dan ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghidupkan Ramadan dengan lebih bermakna. Mari teruskan usaha untuk memperbaiki ibadah dan memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga kita semua terus diberkati dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.

FADILAT BERPUASABerpuasa mempunyai banyak kelebihan dari aspek spiritual, kesihatan dan sosial. Dari sudut spiritual, ia...
04/03/2025

FADILAT BERPUASA

Berpuasa mempunyai banyak kelebihan dari aspek spiritual, kesihatan dan sosial. Dari sudut spiritual, ia meningkatkan ketakwaan kepada Allah kerana seseorang menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa demi mematuhi perintah-Nya.

Dari segi kesihatan, puasa membantu menyahtoksik badan, mengawal berat badan, serta meningkatkan metabolisme dan ketahanan sel.

Selain itu, berpuasa juga memupuk sifat sabar, disiplin, dan empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus mengukuhkan ukhuwah dalam masyarakat.

Oleh itu, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu amalan yang memberi manfaat menyeluruh kepada kehidupan manusia.


MAHASISWA KUIJSI MENJADI IMAM JEMPUTAN DI MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM DI SINGAPURATahniah kepada dua mahasiswa KUIJS...
03/03/2025

MAHASISWA KUIJSI MENJADI IMAM JEMPUTAN DI MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM DI SINGAPURA

Tahniah kepada dua mahasiswa KUIJSI, saudara Abdul Wafi bin Rosli dan saudara Muhammad Wafi bin Hilmi dari Program Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat yang menjadi imam jemputan tarawih pada tahun ini.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan masjid atas kepercayaan ini dan juga kepada pentadbiran KUIJSI di atas sokongan yang diberikan.

Semoga ia menjadi salah satu sumbangan khidmat bakti anak Johor kepada bangsa Johor khususnya dalam penyebaran dakwah keseluruh dunia.


Address

Jalan Heman, Kg Aman
Larkin
80350

Telephone

+60182828114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam Kuijsi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Islam Kuijsi:

Shortcuts

Share