SK Padang Matsirat PAGE

SK Padang Matsirat PAGE SK Padang Matsirat
07100 Langkawi
Kedah. Tel (Pejabat): 04 9553494

23/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR Ustaz Ahmad Rafiuddin . Semoga Panjang umur dan murah rezeki bersama keluarga tersayang

Lawatan Jemaah Nazir ke SK Padang Matsirat11 Ogos 2026 | SK Padang MatsiratSekolah Kebangsaan Padang Matsirat berbesar h...
21/08/2026

Lawatan Jemaah Nazir ke SK Padang Matsirat

11 Ogos 2026 | SK Padang Matsirat

Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat berbesar hati menerima kunjungan Jemaah Nazir ke SK Padang Matsirat pada 11 Ogos 2026.

Kunjungan ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan Tuan Shahrizal bin Ahmad, Nazir Kanan Jemaah Nazir Negeri Kedah.

Pihak sekolah amat menghargai kehadiran serta perhatian yang diberikan oleh pihak Jemaah Nazir. Lawatan ini menjadi satu platform yang bermakna dalam memperkukuh kualiti pengurusan, kepimpinan dan pelaksanaan pendidikan di sekolah demi memastikan kecemerlangan serta kemenjadian murid terus diperkasakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian berkunjung ke SK Padang Matsirat.

Ilmu Bekalan Hidup,

SKPM Building Character, Inspiring Excellence


✨ SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ✨Warga Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat ingin merakamkan setinggi-tinggi ...
21/08/2026

✨ SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ✨

Warga Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada dua orang guru pelatih iaitu Cikgu Aznina dan Cikgu Nadia yang telah berjaya menamatkan tempoh praktikum mereka dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Sepanjang berada di SKPM, kalian telah menunjukkan kesungguhan dalam mendidik, kreativiti dalam PdP, serta sikap profesional yang tinggi. Kehadiran kalian bukan sahaja membantu dalam proses pembelajaran murid, malah turut menceriakan suasana sekolah.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh di sini menjadi bekalan berharga dalam meneruskan kerjaya sebagai pendidik yang cemerlang pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan yakin dan semoga berjaya dalam apa jua yang diceburi. Jasa dan kenangan bersama SKPM akan sentiasa dikenang. 🌸



18/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR Ustazah Nazarah. Semoga Panjang umur dan murah rezeki bersama keluarga tersayang

15/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR Ustaz Yusri. Semoga Panjang umur dan murah rezeki bersama keluarga tersayang

14/08/2026

TEMPAT SEMAKIN TERHAD! 🇲🇾

Pendaftaran MATSIRAT MERDEKA RUN 2026 masih dibuka, tapi slot makin cepat penuh! 🏃‍♂️💨

Jangan tunggu last minute , secure slot korang sekarang!

📲 https://forms.gle/SdFomj81xfp8CTWm9

Siapa cepat, dia dapat!

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn Hajah Bibi binti Ibrahim, Guru Besar SK Padang Matsir...
14/08/2026

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn Hajah Bibi binti Ibrahim, Guru Besar SK Padang Matsirat, atas penganugerahan Anugerah Pemimpin Jauhari Digital sempena Seminar Nasional kali ke-33 yang berlangsung di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Bandar Enstek.

🏆 Pengiktirafan ini menjadi bukti kecemerlangan kepimpinan dalam menerajui transformasi digital serta memperkasa budaya pendidikan digital di sekolah.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Padang Matsirat untuk melangkah lebih jauh dalam mendepani pendidikan masa hadapan.

✨ Tahniah, Puan Hajah Bibi! Teruskan menggapai bintang! 🌟





Assalamualaikum. Alhamdulillah…. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Tuan Azhari Bin Abdul Rashid, BCK atas pelantikan seb...
13/08/2026

Assalamualaikum.

Alhamdulillah…. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Tuan Azhari Bin Abdul Rashid, BCK atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Ikhlas daripada :
Seluruh warga SK Padang Matsirat.

✨ TAHNIAH & SYABAS BUAT WARGA SK PADANG MATSIRAT! ✨Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru SK Pada...
13/08/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS BUAT WARGA SK PADANG MATSIRAT! ✨

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru SK Padang Matsirat yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. 🏆🌟

Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung dengan penuh bermakna pada 10 Ogos 2026 bertempat di Kota Mahsuri, Langkawi.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga pendidik dalam melaksanakan amanah demi pendidikan anak-anak bangsa. 👩‍🏫👨‍🏫📚

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus MENGGAPAI BINTANG dan memberikan khidmat yang terbaik. 🌟

Tahniah atas kecemerlangan yang diraikan!
Anda inspirasi kami semua! ❤️







TAHNIAH & SYABAS!!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:1. Nur Aaira Khadijah Farhan binti Abdullah2. Nur Ammara Sofe...
13/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

1. Nur Aaira Khadijah Farhan binti Abdullah
2. Nur Ammara Sofea binti Suhaimi
3. Ammar Arfa bin Abdul Hadi
4. Muhammad Khalish Danish bin Mohd Khairul Anuar

serta Pasukan Bola Jaring dan Futsal Langkawi, atas kejayaan meraih Johan Bola Jaring dan Naib Johan Futsal dalam Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Kedah 2026.

Karnival yang berlangsung di D’ Futsal Center, Alor Setar ini menyaksikan pasukan yang mewakili Daerah Langkawi mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sehingga berjaya mengharumkan nama daerah.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih para pemain, bimbingan penuh dedikasi dan semangat yang tinggi daripada barisan jurulatih, pengurus serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga yang sentiasa memberikan dorongan sepanjang kejohanan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain, jurulatih dan seluruh warga yang terlibat.

🏐 LANGKAWI SETANDING! 🏆



Address

SK Padang Matsirat
Langkawi
07100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6049553494

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Padang Matsirat PAGE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Padang Matsirat PAGE:

Shortcuts

Share