18/08/2026
12/8/26 Rabu
Seramai 82 orang murid Ting 4&5 telah berpeluang menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Career Insight Career Fair CICF Finco Peringkat Negeri Kedah di SMK Kedawang.🚶🏻🚶🏻
Terima kasih kepada ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia PKBM Laut yang mengambil kesempatan menziarah ke Reruai Navy, APM, SPRM dan Jabatan Bantuan Guaman Daerah Langkawi dan membawa pulang bahan untuk dikongsikan kepada rakan di sekolah.
Para peserta juga berpeluang mendapatkan info pendidikan dan kerjaya di Reruai Kolej Matrikulasi Kedah, UNIMAP, Aimst University, UNITAR, Langkawi Tourism Academy, Giatmara Langkawi, ANS , The St. Regis LKW, The Westin Langkawi Redort & Spa, Aloft Langkawi , IKN dan lain-lain pempamer.
Semoga kembara ilmu tersebut dapat menyuntik semangat murid untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. 🤜🤛
Terima kasih kepada para pempamer dan pihak penganjur kerana memberi info yang memanfaatkan kepada anak-anak sekolah kami.🤗