22/07/2026
🦷✨ PROGRAM JOM BERUS GIGI 2026 ✨🦷
Rabu | 22 Julai 2026
Pada hari ini telah berlangsung Program Jom Berus Gigi 2026 di SK Seri Negeri sebagai usaha memupuk amalan menjaga kebersihan dan kesihatan pergigian dalam kalangan murid.
Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut dan membentuk amalan penjagaan gigi yang baik sejak usia muda.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
🦷 “Senyum Sihat, Masa Depan Hebat!” 😁