15/04/2026
♟️ Kejohanan Catur MSSD Langkawi 2026 ♟️
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Catur atas penyertaan dan pencapaian dalam Kejohanan Catur MSSD Langkawi 2026.
Syabas dan tahniah khusus kepada peserta yang berjaya meraih tempat keempat dan kelima dalam pertandingan ini. Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, ketekunan serta semangat juang yang tinggi.
Terima kasih juga kepada guru pembimbing atas bimbingan dan sokongan yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa akan datang. ♟️✨
12/04/2026
Telah berlangsungnya Kejohanan Memanah MSSD Langkawi pada 11 April 2026 bertempat di SMK Tunku Putra.
Tahniah diucapkan kepada peserta SMART kerana telah mendapat tempat kelima bagi kategori bawah 15 tahun perempuan.
12/04/2026
🌟 Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat 🌟
Karnival Adab dan Nilai 2026
Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Langkawi
Alhamdulillah, pada 11 April 2026, telah berlangsung Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat sempena Karnival Adab dan Nilai Peringkat Daerah Langkawi yang bertempat di SMK Ayer Hangat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta SMART yang telah mengambil bahagian dalam acara tilawah, hafazan dan khat. Penyertaan kalian membuktikan kesungguhan serta kecintaan terhadap Al-Quran dan seni khat.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian yang membanggakan:
🏆 Johan Hafazan Al-Quran (Perempuan)
🥈 Naib Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki)
🎖 Tempat Keempat Hafazan (Lelaki)
🎖 Tempat Kelima Khat (Lelaki)
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi!
SMART terus unggul! 💚📖
12/04/2026
Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Al-Baqiyatussolihat (SMART), Langkawi buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Zon yang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2026.
Semua acara telah diadakan di SMART, manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Kencana, Ombak Villa.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Tidak dilupakan, setinggi tinggi ucapan tahniah khas buat para peserta SMART atas pencapaian membanggakan:
🥇 Johan Tilawah Al-Quran Lelaki
🏅 Tempat Keempat Hafazan Lelaki
🏅 Tempat Kelima Forum
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Syabas dan tahniah!
31/03/2026
📢 Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian dalam SPM 2025. Penghargaan juga buat para guru atas segala usaha dan dedikasi dalam mendidik.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
18/03/2026
🌙 Majlis Iftar Perdana 1447H/2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhuwah terus terjalin dan Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua 🤲✨
18/03/2026
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447 H
28/02/2026
🌟 KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2026 🌟
12-13 Februari 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Pelajar 2026 anjuran pihak sekolah yang melibatkan barisan pengawas, ketua kelas dan para pemimpin pelajar.
Program ini bertujuan untuk:
✅ Membentuk sahsiah dan jati diri pelajar
✅ Memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan
✅ Melatih kemahiran komunikasi dan pengurusan organisasi
✅ Melahirkan pemimpin pelajar yang berdisiplin dan berwibawa
Sepanjang kem berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti latihan dalam kumpulan (LDK), explorace, ceramah motivasi serta aktiviti pembinaan karakter yang mencabar minda dan fizikal.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin pelajar di sekolah.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta jutaan terima kasih kepada guru-guru dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program ini.