16/04/2026
⚜️Kejohanan Badminton MSSD Langkawi 2026⚜️
Alhamdulilah ada juga manis-manis buat pasukan badminton SEMANGAT sepanjang 14/4-16/4. Tahniah diucapkan kepada anak-anak baik lg cerdik SEMANGAT atas pencapaian anda mengharumkan nama sekolah.
Keputusan Badminton MSSD 2026
1. Beregu L15
- Afif Farhan / Fayyad - Tempat ke-3 🥉
- Akif / Faris Izwan - Tempat ke-5
2. Perseorangan L15
- Afif Farhan - Tempat ke-5
- Fayyad - Tempat ke-5
3. Perseorangan L18
- Azril - Tempat ke-5
- Adib - Tempat ke-5
4. Beregu L18
- Adib / Azril - Tempat ke-5
Semoga 2027 akan membuahkan lebih b*k kejayaan buat pasukan badminton!
11/04/2026
⚜️Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Peringkat Daerah Langkawi 2026⚜️
Majlis gilang-gemilang, penuh warna, berlangsung cemerlang hari ini. Jutaan tahniah kepada pihak penganjur, PPD Langkawi, pentadbir SEMANGAT, Panitia Pendidikan Islam SEMANGAT, para guru dan semua warga SEMANGAT atas penganjuran cemerlang ini!
01/04/2026
🎓 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025 🎓
Tarikh: 31 Mac 2026
Tempat: Dewan SEMANGAT
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 SMK Ayer Hangat atas pencapaian yang diperoleh. Majlis penyerahan slip keputusan telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh debaran dan kegembiraan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan serta dorongan yang tidak putus-putus.
🌟 Teruskan melangkah maju menuju kejayaan! 🌟
19/03/2026
⚜️Senyum Raya SEMANGAT⚜️
Jaga diri semua sepanjang musim perayaan. Jaga kesihatan. Buka sekolah kita pulun study, exam dh dekat.
18/03/2026
⚜️Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan SMK Ayer Hangat 1447H/2026M⚜️
Sekitar majlis yang sangat indah dan penuh makna bg seluruh warga SEMANGAT. Turut berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan penyerahan bantuan. Anak-anak SEMANGAT pun pulang dengan senyuman, dapat duit raya! Terima kasih dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SEMANGAT atas penganjuran Program Ihya’ Ramadan sepanjang bulan ini.
Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan penuh berkah dan indah ini pada tahun hadapan.
11/03/2026
⚜️Quran Hour⚜️
Sekitar program Quran Hour hari ini. Program ini bertujuan menyemai budaya interaksi dengan Al-Quran dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti membaca, tadabbur, dan refleksi selama satu jam bersama Al-Quran.
Semoga program ini dpt membentuk anak-anak SEMANGAT yg berakhlak dan berintegriti dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
09/03/2026
⚜️Keputusan SPM 2025⚜️
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.
Seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
05/03/2026
⚜️Terima Kasih Pn. Hjh. Norzilawati⚜️
Buat mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMKAH, Pn. Hjh. Norzilawati binti Mohamad, selamat menabur bakti di SMK Mahsuri. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas jasa, kerja buat, bakti dan keringat Puan sepanjang berada di SMKAH. Kami, warga SEMANGAT akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Puan. Jangan lupakan kami.
05/03/2026
⚜️Program Harapan Ramadan 2026M/1447H⚜️
Alhamdulillah, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid bin Abdullah, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah dan Perlis, telah hadir ke SMK Ayer Hangat bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan Program Harapan Ramadan 2026M/1447H.
Program ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank, melibatkan seramai 60 orang murid sebagai penerima sumbangan.
Majlis telah berlangsung pada 05 Mac 2026 (Rabu), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna SEMANGAT dalam suasana penuh barakah dan kebersamaan.
Semoga sumbangan ini memberi sinar kegembiraan serta meringankan beban murid-murid dalam menyambut Ramadan yang mulia. 🤲✨