11/08/2026
Program Pemantauan Pematuhan Dasar IPS
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas kesudian hadir ke Langkawi bagi menjayakan Program Pemantauan Pematuhan Dasar IPS Daerah Langkawi.
Alhamdulillah, kami amat menghargai kesudian pihak JPN Kedah turun padang untuk membuat pemantauan, semakan serta mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Tadika dan Taska Swasta di Langkawi.
Sesi ini turut memberi ruang kepada pihak tadika untuk menyampaikan secara terus pelbagai isu, cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh institusi pendidikan swasta di Langkawi. Kami amat berbesar hati kerana segala pandangan dan luahan yang disampaikan telah didengar serta dibincangkan bersama dalam usaha mencari jalan penyelesaian dan langkah penambahbaikan yang bersesuaian.
Semoga hasil daripada program ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan pengusaha pendidikan swasta, di samping membantu meningkatkan kualiti dan prestasi pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Kedah, khususnya di Langkawi.
Insya-Allah, dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, kita dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran pendidikan awal yang lebih baik demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang dan gemilang.
Terima kasih JPN Kedah kerana sudi turun padang, mendengar suara kami dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian. π€π»
π²πΎ Demi pendidikan awal kanak-kanak, demi masa depan generasi akan datang.