SMK Mahsuri

SMK Mahsuri The OFFICIAL Page of SMK Mahsuri

πŸ‡²πŸ‡Ύ PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Semarak Merdeka, Teguh Bersama! ✨Tanggal 16 Ogos 2026 men...
16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ Semarak Merdeka, Teguh Bersama! ✨

Tanggal 16 Ogos 2026 menjadi saksi bermulanya semangat patriotisme warga sekolah dalam Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang berlangsung penuh meriah di Dataran PIBG.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jalur Gemilang dikibar, semangat kemerdekaan disemarakkan!
❀️ Bersama kita hayati erti kemerdekaan, menghargai jasa pejuang terdahulu serta menyemai rasa cinta, bangga dan setia kepada tanah air tercinta.

Semoga semangat Malaysia terus subur dalam jiwa seluruh warga sekolah, menjadi pemangkin untuk kita terus bersatu, berusaha dan melakar kejayaan demi Malaysia yang gemilang. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selamat menyemarakkan Bulan Kebangsaan 2026!
Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ’›πŸ’™πŸ€

πŸ†βœ¨ KEPUTUSAN KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA DAERAH LANGKAWI 2026 βœ¨πŸ†Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2026πŸ“… 13 Ogo...
15/08/2026

πŸ†βœ¨ KEPUTUSAN KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA DAERAH LANGKAWI 2026 βœ¨πŸ†

Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2026
πŸ“… 13 Ogos 2026
πŸ“ Oriental Village, Langkawi

Bersyukur kita ke atas kejayaan anak-anak hebat yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Daerah Langkawi! β€οΈπŸ‘

🎀 DEKLAMASI SAJAK
πŸ₯‰ Tempat Ke-4 – Nur Asna Aqilah binti Yusof

🎢 DENDANGAN SYAIR
πŸ₯‡ JOHAN – Muhammad Hafizi bin Muhamad Hasimi

πŸŽ™οΈ PIDATO MENENGAH ATAS
πŸ… Tempat Ke-4 – Nur Damia Qamila binti Syukor

πŸŽ™οΈ PIDATO T6
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN – Anis Aqilah binti Abdul Manan
πŸ… Tempat Ke-4 – Muhammad Faris Haikal bin Muhammad Fauzi

πŸ“– SAJAK T6
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN – Nurfarisha binti Abdul Halim
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 – Nur Ain binti Norhazram

🎢 SYAIR T6
πŸ₯‡ JOHAN – Fifie Nur Shuhada binti Abdullah

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan. Setiap pencapaian adalah bukti bahawa usaha yang gigih pasti membuahkan hasil. 🌟❀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan komitmen dalam membimbing anak-anak sehingga mencapai kejayaan:

🌹 Noor Shuhada binti Hashim
🌹 Rabiatul Adawiyah binti Dahalan
🌹 Norfaziani binti Zainun
🌹 Nur Zahin binti Kasnin
🌹 Norazri bin Ismail
🌹 Fauziah binti Hussein
🌹 Nur Syazwani binti Rosli

Tahniah dan syabas semua! πŸ₯³πŸ‘
Teruskan mengukir kejayaan dan mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

β€œBahasa Jiwa Bangsa, Perpaduan Tonggak Kejayaan.”

Sekalung Tahniah kepada Tuan Azhari Bin Abdul Rashid, BCK. atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidik...
13/08/2026

Sekalung Tahniah kepada Tuan Azhari Bin Abdul Rashid, BCK. atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, dari kami warga SMK MAHSURI 🌺

Tahniah diucapkan kepada Lee Jia Ying (2RK1) yang berjaya meraih Tempat Kedua πŸ₯ˆ dalam pertandingan Public Speaking pada ...
12/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Lee Jia Ying (2RK1) yang berjaya meraih Tempat Kedua πŸ₯ˆ dalam pertandingan Public Speaking pada tahun ini! πŸŽ€πŸ‘

Lebih membanggakan, Jia Ying terus menunjukkan peningkatan yang sangat hebat β€” daripada tempat ke-4 pada tahun lalu, melonjak ke tempat ke-2 pada tahun ini! 😍πŸ”₯

Usaha, keberanian dan keyakinan yang ditunjukkan benar-benar membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mengukir lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. 🌟

πŸ†πŸ₯‡ TAHNIAH ATLET SMK MAHSURI! πŸ₯‡πŸ†Kejohanan Olahraga MSSK 2026 telahpun melabuhkan tirainya...Setinggi-tinggi tahniah dan ...
10/08/2026

πŸ†πŸ₯‡ TAHNIAH ATLET SMK MAHSURI! πŸ₯‡πŸ†

Kejohanan Olahraga MSSK 2026 telahpun melabuhkan tirainya...

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet SMK Mahsuri atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Olahraga MSSK 2026! πŸ‘πŸ”₯

Pencapaian SMK Mahsuri:
πŸ₯‡ 1 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 2 Pingat Perak
πŸ₯‰ 3 Pingat Gangsa

πŸ… Atlet yang mencipta kejayaan:

1. NURSAFIRAH BINTI AHMAD SOFI
πŸ₯‡ EMAS – Lompat Tinggi P18
πŸ₯ˆ PERAK – 4Γ—100M L18

2. HANEZ IZZARA BINTI HASMIZAN
πŸ₯ˆ PERAK – 4Γ—100M L15

3. MUHAMMAD FARRISH NADZREN BIN MOHD FAIZAL
πŸ₯‰ GANGSA – 4Γ—100M L15

4. MUHAMMAD ADAM HARIZ BIN AHMAD SYAHRUL NIZAM
πŸ₯‰ GANGSA – 4Γ—100M L15

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua atlet! Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, disiplin, semangat juang dan latihan yang berterusan.

Terima kasih juga kepada para jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada atlet SMK Mahsuri.

πŸ”₯ TERUSKAN BERJUANG, TERUSKAN MENCIPTA KEJAYAAN!
πŸ’™β€οΈ SMK MAHSURI BOLEH!
πŸ† MAHSURI TIGER β€” ROAR TO VICTORY! 🐯

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS CHEF-CHEF TERSOHOR SMK MAHSURI! βœ¨πŸ†πŸ”₯ JOHAN LAGI! πŸ”₯πŸ₯‡ Sekali lagi SMK Mahsuri berjaya mengharumkan nama...
10/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS CHEF-CHEF TERSOHOR SMK MAHSURI! βœ¨πŸ†

πŸ”₯ JOHAN LAGI! πŸ”₯
πŸ₯‡ Sekali lagi SMK Mahsuri berjaya mengharumkan nama Langkawi dan Negeri Kedah dengan muncul sebagai JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK MAGGIE NEGERI KEDAH ! πŸ«‘πŸ‘

Tahniah diucapkan kepada CHef cilik SMK Mahsuri atas kejayaan merangkul Johan dalam pertandingan yang disertai. Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha, kreativiti, disiplin dan semangat juang yang luar biasa! πŸ’ͺ❀️

Lebih membanggakan apabila hidangan istimewa β€œRendang Salmon Bergajus Gandingan Puri Emas dan Kerabu Paku Pomelo” berjaya memikat hati dan mencuri perhatian! πŸ‘¨β€πŸ³βœ¨πŸŸ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru pembimbing, Cg. Shariza dan Cg. Hana, atas tunjuk ajar, bimbingan dan komitmen tanpa jemu dalam membentuk anak-anak hebat ini. β€οΈπŸ‘

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS, DHEVRAJ NAIR! βœ¨πŸ†Sekali lagi nama SMK Mahsuri harum apabila Dhevraj Nair (3RK1) berjaya merangkul Jo...
08/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS, DHEVRAJ NAIR! βœ¨πŸ†

Sekali lagi nama SMK Mahsuri harum apabila Dhevraj Nair (3RK1) berjaya merangkul Johan Pertandingan Dare-To-Spell Peringkat Daerah yang berlangsung pada 6 Ogos 2026. πŸ₯‡πŸ‘

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, keberanian dan kesungguhan mampu membawa seseorang mencapai kecemerlangan. Lebih membanggakan, Dhevraj berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya dan sekali lagi muncul sebagai juara pada tahun ini! πŸ’ͺπŸ“šβœ¨

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama SMK Mahsuri di peringkat yang lebih tinggi. ❀️

Teruskan melakar kejayaan! 🌟

SYABAS & TAHNIAHπŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta CBRN serta guru pembimbing di atas kejayaan muncul seb...
06/08/2026

SYABAS & TAHNIAHπŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta CBRN serta guru pembimbing di atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Dikir Barat CBRN Pusat Peringkat Negeri, yang disertai oleh wakil daripada 10 daerah.

Lebih membanggakan, dua orang murid lelaki SMK Mahsuri telah terpilih untuk mewakili negeri ke Pertandingan CBRN Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Seluruh warga SMK Mahsuri mendoakan agar pasukan yang bakal mewakili negeri terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta negeri di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! πŸ‘πŸŽ‰

πŸ† Keputusan Pertandingan Karnival STEM 2026πŸ“… Tarikh: 23 Julai 2026πŸ“ Tempat: SMK Ayer HangatPencapaian SMK Mahsuri:πŸ₯‰ STEM...
24/07/2026

πŸ† Keputusan Pertandingan Karnival STEM 2026

πŸ“… Tarikh: 23 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SMK Ayer Hangat

Pencapaian SMK Mahsuri:

πŸ₯‰ STEM Game Code – Tempat Ke-3 & Ke-4
πŸ₯‰ Innovators for Tomorrow – Tempat Ke-3
πŸ… Bridge Building – Tempat Ke-4
πŸ₯‰ Drone Challenge – Tempat Ke-3
πŸ… Robot Battle – Tempat Ke-4

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua guru pembimbing atas usaha, bimbingan serta dedikasi yang telah dicurahkan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Mahsuri akan kembali dengan lebih bersedia dan berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun hadapan.

Dayang istana asyik bercanda,Menghibur hati tuan puteri,Selesai tarung pengujian minda,Ungguli gangsa pewaris Mahsuri.πŸŽ‰πŸŽ‰...
19/07/2026

Dayang istana asyik bercanda,
Menghibur hati tuan puteri,
Selesai tarung pengujian minda,
Ungguli gangsa pewaris Mahsuri.

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰SYABAS DAN TAHNIAH kepada pasukan Pantun SMK Mahsuri yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Gema Pantun Madani 2026 yang berlangsung pada 19 Julai 2026 di Pusat Penyelidikan UKM.

Ke taman indah memetik melati,
Singgah berehat di tepi perigi,
Tahniah pasukan pantun SMK Mahsuri di hati,
Teruskan melakar kejayaan tinggi.

Address

Jalan Ayer Hangat
Langkawi
07000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Mahsuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category