Sekolah Kebangsaan Temonyong

Sekolah Kebangsaan Temonyong Sekolah Kebangsaan Temonyong, Langkawi

Setinggi-tinggi tahniah kepada wakil SK Temonyong yang berjaya melangkah ke pentas Kejohanan Ping Pong MSSK 2026.πŸ“Ammar ...
23/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada wakil SK Temonyong yang berjaya melangkah ke pentas Kejohanan Ping Pong MSSK 2026.

πŸ“Ammar Rizqi bin Abdul Malik
πŸ“Muhammad Danish Akmal bin Muhammad Zakri

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian, disiplin dan semangat juang yang dipamerkan adalah satu kejayaan yang membanggakan.

Semoga pulang membawa kejayaan. Kami mendoakan yang terbaik! πŸ’™πŸ’›

🏫Anugerah Pencapaian Kehadiran Penuh 100% Jan-Jun 2026🏫Tahniah diucapkan kepada 51 orang murid SK Temonyong yang telah b...
21/07/2026

🏫Anugerah Pencapaian Kehadiran Penuh 100% Jan-Jun 2026🏫

Tahniah diucapkan kepada 51 orang murid SK Temonyong yang telah berjaya mencapai kehadiran penuh 100% daripada Januari hingga 30 Jun 2026 πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Murid-murid ini didapati tidak pernah bercuti sama ada cuti sakit, cuti urusan keluarga mahupun ponteng sekolah.

Tahniah juga kepada para waris yang sentiasa prihatin dan memberi komitmen dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah.



09/07/2026

DETIK KEMENANGAN!!
πŸ†JUARA KESELURUHAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI 2026! πŸ†

Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen sekolah atas kejayaan cemerlang yang telah dilakar dalam Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2026.

✨ Pencapaian membanggakan yang berjaya diraih:
πŸ₯‡ Emas – 100m Lelaki Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 100m Perempuan Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 200m Lelaki Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 200m Perempuan Bawah 12
πŸ“– Rekod Kejohanan Baharu! Memecahkan rekod MSSD yang kekal selama 17 tahun bagi acara 200m Perempuan Bawah 12.

πŸ₯‡ Emas – 1000m
πŸ₯‡ Emas – Relay 4Γ—100m Lelaki Bawah 12
πŸ₯ˆ Perak – Relay 4Γ—100m Perempuan Bawah 12
πŸ₯ˆ Perak – 2000m Jalan Kaki

πŸ† JUARA KESELURUHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2026

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para atlet, dedikasi jurulatih dan guru-guru, sokongan padu ibu bapa serta doa daripada seluruh warga sekolah. Setiap titisan peluh, latihan yang konsisten dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan berusaha, kekal rendah hati dan jadikan kejayaan hari ini sebagai inspirasi untuk mencipta lebih banyak sejarah pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring, ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Kejayaan ini milik kita bersama! πŸ’šπŸ’›






πŸ† ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI 2026! πŸ†Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya. Seti...
09/07/2026

πŸ† ALHAMDULILLAH, JUARA KESELURUHAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI 2026! πŸ†

Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen sekolah atas kejayaan cemerlang yang telah dilakar dalam Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2026.

✨ Pencapaian membanggakan yang berjaya diraih:
πŸ₯‡ Emas – 100m Lelaki Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 100m Perempuan Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 200m Lelaki Bawah 12
πŸ₯‡ Emas – 200m Perempuan Bawah 12
πŸ“– Rekod Kejohanan Baharu! Memecahkan rekod MSSD yang kekal selama 17 tahun bagi acara 200m Perempuan Bawah 12.

πŸ₯‡ Emas – 1000m
πŸ₯‡ Emas – Relay 4Γ—100m Lelaki Bawah 12
πŸ₯ˆ Perak – Relay 4Γ—100m Perempuan Bawah 12
πŸ₯ˆ Perak – 2000m Jalan Kaki

πŸ† JUARA KESELURUHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2026

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para atlet, dedikasi jurulatih dan guru-guru, sokongan padu ibu bapa serta doa daripada seluruh warga sekolah. Setiap titisan peluh, latihan yang konsisten dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan berusaha, kekal rendah hati dan jadikan kejayaan hari ini sebagai inspirasi untuk mencipta lebih banyak sejarah pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring, ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Kejayaan ini milik kita bersama! πŸ’šπŸ’›






TERIMA KASIH PASUKAN BOLA BALING SK TEMONYONGTahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Bawah 12 Lelaki Sk ...
08/07/2026

TERIMA KASIH PASUKAN BOLA BALING SK TEMONYONG

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Bawah 12 Lelaki Sk Temonyong yang telah menyertai Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi 2026 pada 22 Jun 2026 (Isnin) di Dewan Kompleks Sukan LADA, Langkawi.

Walaupun belum berjaya membawa pulang kemenangan, setiap pemain telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin, keberanian serta kesungguhan sepanjang kejohanan berlangsung. Kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan, sebaliknya pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk terus melangkah lebih jauh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada pasukan.

β€œKalah bukan bererti tewas. Selagi semangat tidak pernah padam, selagi itu peluang untuk bangkit sentiasa ada.”

Teruskan berusaha, berlatih dan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga kejayaan yang lebih gemilang menanti pada kejohanan akan datang.

SK Temonyong – Berjuang Dengan Hati, Melakar Kejayaan. πŸ’™πŸ’›

πŸ‰ TAHNIAH & SYABAS PASUKAN RAGBI LELAKI SK TEMONYONG πŸ‰Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus pasu...
08/07/2026

πŸ‰ TAHNIAH & SYABAS PASUKAN RAGBI LELAKI SK TEMONYONG πŸ‰

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus pasukan SK Temonyong yang telah berjaya menghantar dua pasukan bagi menyertai Langkawi Hawk Rugby Carnival 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 21 Jun 2026 di Kolej Vokasional Langkawi.

Dua pasukan yang mewakili SK Temonyong ialah:

πŸ† PANTHER WARRIOR
πŸ… TIGER RC

Kedua-dua pasukan telah menempah kejayaan

πŸ† PANTHER WARRIOR - Ketiga Bowl
πŸ… TIGER RC - Naib Johan Plate

Penyertaan ini menjadi medan terbaik untuk para pemain menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran serta memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerja berpasukan.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Terima kasih kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan ragbi SK Temonyong.

Terus melakar kejayaan, terus mengharumkan nama SK Temonyong! πŸ’ͺπŸ‰

πŸ‰ TAHNIAH PASUKAN RAGBI  PEREMPUAN SK TEMONYONG πŸ‰Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Ragbi Perempuan Bawah 12 Ta...
08/07/2026

πŸ‰ TAHNIAH PASUKAN RAGBI PEREMPUAN SK TEMONYONG πŸ‰

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Ragbi Perempuan Bawah 12 Tahun SK Temonyong atas pencapaian Tempat Keempat Kategori Cup dalam Langkawi Hawk Rugby Carnival 2026 yang berlangsung pada 17–21 Jun 2026 di Kolej Vokasional Langkawi.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada semangat juang, disiplin, kerja berpasukan serta komitmen tinggi para pemain, jurulatih dan semua pihak yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada guru, waris dan juga seluruh warga Pasukan Ragbi Perempuan SK Temonyong! πŸ’™πŸ’›

πŸ“ TAHNIAH WARGA SK TEMONYONG πŸ“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Temonyong yang telah mewakili seko...
08/07/2026

πŸ“ TAHNIAH WARGA SK TEMONYONG πŸ“

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Temonyong yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi 2026 yang telah berlangsung pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Ho Peng, Kuah.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
β€’ Ammar Rizqi bin Abdul Malik
β€’ Muhamma Danish Akmal bin Muhammad Zakri

πŸ… Tempat Kelima
β€’ Muhammad Ikram bin Mohd Adlizam
β€’ Muhammad Harraz Zahran bin Mohd Hafriz
β€’ Muhammad Muiz Hakimi bin Mohd Fahmi

Lebih membanggakan, Ammar Rizqi bin Abdul Malik dan Muhamma Danish Akmal bin Muhammad Zakri telah terpilih untuk mewakili Daerah Langkawi ke Kejohanan MSSK Ping Pong 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2026 di SMK Kuala Nerang, Kedah.

Seluruh warga SK Temonyong mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang, memperoleh kemenangan serta mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri.

πŸ’πŸ“

1 Julai 2026Sambutan Maal Hijrah Dan Gotong-Royong Kacau Bubur Asyuraβœ…Gotong-royong kacau bubur Asyuraβœ… Pertandingan Mew...
01/07/2026

1 Julai 2026
Sambutan Maal Hijrah Dan Gotong-Royong Kacau Bubur Asyura

βœ…Gotong-royong kacau bubur Asyura
βœ… Pertandingan Mewarna Dan Melukis Poster Maal Hijrah
βœ…Ceramah Maal Hijrah
βœ…Edaran bubur Asyura kepada semua warga sekolah

Terima kasih buat semua pihak yang menyumbang tenaga dan wang dalam menjayakan program ini.

Semoga semua murid dapat mengahayati sambutan Maal Hijrah ini dan menjadikan permulaan tahun baharu Islam sebagai waktu terbaik untuk menilai (muhasabah) amalan lalu serta memperkukuh keimanan



01/07/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Hasruldani Bin Husain atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, beliau terus cemerlang dalam memimpin warga pendidikan di Daerah Langkawi, memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta memacu agenda Reformasi Pendidikan demi melahirkan generasi MADANI yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam melaksanakan amanah yang dipikul.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada
Warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah






Address

Mukim Kedawang
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6049552019

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Temonyong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share