19/11/2022
Counting to PKSK application deadline on 30 November 2022..
Siri 2
Jom nak sambung terang sikit tentang salah satu sekolah khusus dlm PKSK tingkatan 4 tahun 2023 iaitu Kolej Vokasional.. bak kata orang..
TAK KENAL MAKA TAK CINTA..
TAK TAHU MAKA TAK MINAT..
KOLEJ VOKASIONAL (KV)
Hari ni nak terang tentang YURAN PENGAJIAN di Kolej Vokasional.. antara perkara yang selalu diutarakan oleh pelajar & waris.. Mahal x yuran?
Ramai org sedar, yuran untuk dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mahal.. Kolej Vokasional ni still under Kementerian Pendidikan (KPM) jadi yuran masih lagi standard yuran sekolah harian.. Sebenarnya YURAN adalah PERCUMA.. untung ke untung sgt ni..
2 tahun awal, pelajar berusia 17 tahun akan dpt Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga yang diikhtiraf oleh Jabatan Pendidikan Kemahiran (JPK) dengan YURAN PERCUMA..
Lepas tu, sambung lagi 2 tahun plus 6 bln OJT, pelajar akan dapat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) & Malaysia Board of Technologist (MBOT) dengan YURAN PERCUMA juga.. untung sgt kan? Berani kata x untung..
Namun, seperti sekolah lain SUMBANGAN PIBG adalah perlu dijelaskan.. Pakaian Uniform, Yuran Asrama adalah perkara yang perlu dibayar.. tapi bukan terus kena byr masa daftar.. boleh bayar sikit-sikit sehingga habis.. jika ada yang tidak mampu, bantuan akan diberikan melalui pelbagai jenis saluran bantuan bagi meringankan beban bagi yang berkelayakan..
Majoriti pelajar di Kolej Vokasional Langkawi ni adalah pelajar yang datang dari pelbagai daerah & negeri selain KEDAH iaitu KELANTAN, KUALA LUMPUR, SELANGOR, JOHOR, PAHANG, PENANG dan lain-lain.. boleh dikatakan semua negeri ada.. tapi asrama @ residensi cukup untuk menampung kapasiti semua bilangan pelajar..
Kadar YURAN ASRAMA di Kolej Vokasional ini juga sama dengan yuran asrama sekolah harian..
Bagi pelajar yang waris berpendapatan bawah RM 4999, Yuran Asrama adalah RM 1 sehari. Maka, maksimum RM 30 sebulan sahaja.
Manakala pelajar yang waris berpendapatan melebihi RM 4999, Yuran Asrama adalah RM 3 sehari. Jadi, maksimum RM 90 sebulan sahaja. Untung x? Jimat duit minyak untuk pengangkutan & kadar sewa rumah.. berbaloi kan..
Cukup dulu tentang yuran...
Mula berminat, boleh join telegram JOM MASUK KV LANGKAWI di link https://t.me/+Q52-htOWXZ5hZWE1
Jom follow page FB: Kolej Vokasional Langkawi