25/08/2026
MAHABBAH RASUL: MENYULAM CINTA, MENYUSURI SUNNAH ο·Ί
25 Ogos 2026 | Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA) mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul menerusi program Mahabbah Rasul: Menyulam Cinta, Menyusuri Sunnah, anjuran Unit Pengurusan Warden LTA di Surau Ar-Raudhah, LTA.
Program yang menghimpunkan para pelajar residensi LTA ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin dan solat hajat sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Hafidzuddin bin Mohd Rapingi, Penceramah Radio Langkawi FM menerusi segmen Hampa Tanya Ustaz Jawab.
Turut hadir bersama-sama mengimarahkan program ialah Pengarah LTA, Puan Rohana binti Sahak.
Pengisian ini menjadi ruang buat para pelajar untuk menghayati sirah, meneladani akhlak serta menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, sebelum program diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.
Di sebalik kesibukan menuntut ilmu dan membina kemahiran, pembentukan generasi LTA turut berjalan seiring dengan usaha memperkukuh nilai, sahsiah dan jati diri.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak sekadar terungkap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak dan kehidupan. ο·Ί