23/04/2026
Pada 15 April 2026 berlangsung Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah bertempat di SMK Batu 17, Yan.
2 orang murid SKSBN telah terpilih menyertai kejohanan ini mewakili Daerah Langkawi. Alhamdulillah… syukur kepada Allah, Adik Alisa telah berjaya mendapat johan bagi kategori P12 dan Adik Hasaad telah mendapat no 7 bagi L12 dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.
Kejayaan mereka berdua juga menyumbang kepada kejayaan Kontigen Langkawi menjadi Johan Kategori Bawah 12 Tahun.
Lebih manis apabila Adik Alisa juga terpilih mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM di Negeri Johor yang akan berlangsung bulan Mei nanti.
Tahniah diucapkan!!! Semoga Adik Alisa mencipta nama di pentas MSSM nanti.
Terima kepada semua Pentadbir, PIBG dan para waris yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan yang begitu padu. Tanpa doa dan sokongan daripada semua tidaklah anak-anak sampai ke tahap ini. Semoga Allah membalas jasa semua.
**audayangbunting
24/01/2026
Pada 24 Januari 2026, SKSBN telah menghantar 4 orang murid aliran perdana dan 10 orang murid pendidikan khas dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD langkawi dan Pendidikan Khas Langkawi bagi Tahun 2026.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya PPKI SKSBN telah menjadi Juara Kategori Lelaki Sekolah Rendah, Juara Kategori Perempuan Sekolah Rendah dan seterusnya dinobatkan Juara Keseluruhan Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan kepada anak2 syurga SKSBN.
Kategori Lelaki PPKI:
No 3: Hasaad
No 6: Harraz
No 7: Daniel
No 9: Fitri
No 16: Asyraf
Kategori Perempuan PPKI:
No 2: Alisa
No 7: Amni
No 8: Qairina
No 22: Irdia
No 23: Safiyya
Tahniah juga diucapkan kepada adik syifa mendapat tempat ke 14 bagi kategori 12 perempuan sekolah rendah. Tahniah juga buat adik Syed Firas, Putra Nadim dan Amirah kerana memberi saingan kepada murid-murid yang lain.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Madam Nora, Tuan Timbalan PPD Langkawi Tuan Ahmad Sufian (mantan GB SKSBN), Puan Suhaila (PK Kokurikulum), para pentadbir, guru-guru, staf dan semua waris yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan anak-anak.
12/11/2025
Pada 11-12 November berlangsung Kejohanan Pétanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah di SK Padang Lumat, Yan yang melibatkan 10 daerah di Negeri Kedah. Tiga orang murid kita terpilih mewakili Daerah Langkawi iaitu:
1. Aidil Fitri bin Wahid
2. Muhammad Daniel Zafran bin Roslan
3. Nur Fatin Amni bin Ahmad Redzuan
Alhamdulillah…. Berkat doa semua anak2 kita berjaya mendapat:
Tempat Ketiga Kategori Trio Lelaki Sekolah Rendah ( Adik Fitri dan Adik Daniel)
Tempat Keempat Kategori Double Perempuan Sekolah Rendah ( Adik Amni)
Lebih manis lagi kejayaan mereka membantu Daerah Langkawi merangkul Tempat Ketiga Keseluruhan Bagi Kategori Sekolah Rendah. Dalam Kejohanan Pétanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025.
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar, para pentadbir, guru-guru dan staf yang banyak membantu, menyokong dan mendoakan anak-anak. Terima kasih kepada semua waris yang memberikan kerjasama dan sentiasa mendoakan anak-anak SKSBN.
10/11/2025
JEMPUTAN KE HARI USAHAWAN SKSBN 2025
📌 Ayuh ramai-ramai kita memeriahkan Hari Usahawan Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior 2025 pada 22 November 2025 seperti maklumat yang tertera
🗓️ Hari, Tarikh : 22 November 2025, Sabtu
⌚ Masa : 8 pagi
📍 Tempat : Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting/Pulau Tuba, Langkawi.
Anda semua dijemput hadir !
28/10/2025
Pada hari Ahad 26 Oktober 2025 telah berlangsung Kejohanan E-Chess Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah secara atas talian menggunakan Aplikasi Lichess di PKG Kuah.
SKSBN mempunyai 2 orang wakil iaitu adik Aidil Fitri bin Wahid dan adik Muhammad Asyraf Solahuddin bin Mohd Safwan.
Tahniah diucapkan kepada adik Aidil Fitri kerana telah mengharumkan nama sekolah dan Daerah Langkawi kerana telah merangkul tempat ketiga menewaskan 44 calon daripada daerah lain di Negeri Kedah. Tahniah juga diucapkan kepada adik Asyraf kerana memberikan saingan sengit kepada peserta yang lain.
12/10/2025
Pada 12 Oktober 2025 berlangsung Kejohanan Catur Pendidikan Khas Peringkat Daerah Langkawi. SKSBN telah menghantar 2 orang wakil dan telah mendapat kejayaan cemerlang.
1. Johan: Adik Aidil Fitri bin Wahid
2. Tempat ke 5: Adik Muhammad Asyraf Solahuddin bin Mohd Safwan
Tahniah diucapkan kepada Adik Fitri dan Adik Asyraf. Adik Fitri akan mewakili Daerah Langkawi ke Peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2025 nanti secara online melalui aplikasi Lichess.
Semoga berjaya adik Fitri. Berikan saingan sengit kepada lawan.
07/10/2025
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam Kuiz Unit Beruniform Peringkat Negeri Kedah 2025🎯
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih gemilang pada masa hadapan. 🌟
12/08/2025
Pada 6 Ogos 2025 yang lalu berlangsung Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Daerah Langkawi di Fexie Superbowl Jeti Point.
Empat orang murid PPKI terlibat:
1. Aidil Fitri bin Wahid
2. Muhammad Amirul Syawal bin Mohd Amin
3. Muhammad Asyraf Solahuddin bin Mohd Safwan
4. Muhammad Azim Amzar bin Azman
Jurulatih: Cikgu Nor Aziera binti Ibrahim
Pasukan Boling PPKI SKSBN telah mendapat tempat kelima bagi Kategori Kump**an.
Bagi Kategori Individu Lelaki Adik Amirul Syawal telah mendapat tempat pertama.
Tahniah diucapkan kepada anak2 Panthers kita…
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama SK Selat Bagan Nyior
19/07/2025
Pada 15 hingga 17 Julai 2025 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah di SMK Tunku Panglima Besar, Kulim.
Dua orang murid PPKI SKSBN telah terpilih mewakili daerah Langkawi iaitu:
1. Aidil Fitri bin Wahid (BPL12)
2. Muhammad Amirul Syawal bin Mohd Amin (BLL12)
Tahniah diucapkan kepada adik Syawal kerana telah mendapat pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh kategori BLL12. Tahniah juga kepada adik Fitri kerana memberikan saingan sengit.
Terima kasih kerana mengharumkan nama SKSBN dan Langkawi.