11/07/2024
08 JULAI 2024
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1
( Wuduk & Praktikal Solat )
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam.
Sasaran : Semua murid tahap 1, tahap 2 dan Murid PPKI.
Selamat Datang ke laman Facebook PPKI Selat Bagan Nyior
11/07/2024
08 JULAI 2024
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1
( Wuduk & Praktikal Solat )
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam.
Sasaran : Semua murid tahap 1, tahap 2 dan Murid PPKI.
03/04/2024
Selasa (2.4.3024 ) - Terima kasih Wings by Croske Resort Langkawi atas jemputan program CSR menyantuni murid- murid Pendidikan Khas SK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting berbuka puasa bersama-sama.
Terima kasih kepada pengurusan hotel dan semua pihak yang terlibat.
Murid sangat gembira terhadap makanan iftar dan layanan yang diberikan.
Ramadan penuh keberkatan.
Raikan Ramadan bersama insan istimewa
15/03/2024
Khamis / 14 Mac 2024 - Terima kasih Bella Vista Waterfront Resort & Spa, Langkawi sudi menaja anak2 PPKI SELAT BAGAN NYIOR utk majlis berbuka puasa pada hari ini.
Terpancar keriangan dan kegembiraan kpd murid ppki atas juadah istimewa dan layanan yang diberikan.Terima kasih 👍👍
13/12/2023
12 Dis 2023 / Selasa -
Program Lawatan Sambil Belajar ke Cable Car bersama murid-murid PPKI, Waris, PPM dan guru. Seramai 12 org murid menyertai program lawatan buat kali pertama di SKSBN.
Kegembiraan murid dapat dilihat di wajah masing2 semasa aktiviti dijalankan sepanjang berada di Panorama Langkawi,
Tahniah kepada semua murid dan penjaga kerana memberi kerjasama dlm menjayakan program ini.
08/12/2023
4&5 Disember 2023 / Isnin & Selasa
Telah berlangsung Kejohanan Bakat Olahraga ( luar musim ) MSSD Pendidikan Khas Langkawi 2023.
Seramai 4 orang atlet dari PPKI SK Selat Bagan Nyior telah terpilih mewakili sekolah bagi acara :
100m L/P
200m L/P
Lompat Jauh L/P
Sebanyak 4 emas 1 Perak dan 1 gangsa telah diperolehi bagi acara yang dipertandingkan.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet SESGAR.
02/12/2023
02 Disember 2023 / Sabtu.
Program Motivasi bersama PU Azraie. Seramai 6 orang murid PPKI SK Selat telah terpilih untuk bersama sama menyertai Kem Motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama team PU Azraie.
19/10/2023
19 OKTOBER 2023 / KHAMIS
Pada hari ini kelas PPKI SK SELAT BAGAN NYIOR telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras ke SMK Langkawi bagi melihat dan mempelajari teknik perkebunan menggunakan kaedah Aquaponik & Hidroponik.
Murid juga berpeluang menanam anak benih sawi & memetik hasil cili dengan bimbingan daripada Cikgu Ibrahim.
Selain itu juga satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ( MOU ) bagi Projek Pembagunan Perkebunan diantara PPKI SK Selat Bagan Nyior bersama SMK Langkawi telah diadakan semasa lawatan tersebut.
Diharapkan dengan tematrinya perjanjian persefahaman ini murid2 dapat menimba ilmu pengetahuan tentang cara2 penanaman sayur secara sistematik di masa hadapan.
05/10/2023
05 OKTOBER 2023 l RABU
Terima kasih menyantuni kami.
05/10/2023
04 OKTOBER 2023 l RABU
Terima kasih pihak Panorama Langkawi sudi menyumbang tv untuk kelas PPKI SK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
05/10/2023
05 OKTOBER 2023 l KHAMIS
Terima kasih Tn Hj Mokhtar, KPPK SPS, Tn. Razak, KPP, dan Ustaz Amirul sudi menyantuni anak-anak PPKI SK Selat Bagan Nyior
17/09/2023
6 SEPTEMBER 2023
Terima kasih Puan Nordiana Nordin ( Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA ) kerana sudi menyantuni murid PPKI.