12/01/2026
β¨Berus gigi pun ada cara nak pilih! πͺ₯
Ramai yang tak sedar, pemilihan berus gigi yang betul memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pilihan yang salah boleh menyebabkan gusi mudah luka, plak tidak dibersihkan sepenuhnya dan akhirnya membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius.
Mulakan tahun baru dengan tabiat yang lebih sihat β termasuk menukar berus gigi secara berkala dan menggunakan berus yang sesuai dengan keperluan anda.
Gigi sihat, nafas segar, senyuman lebih yakin! π
11/01/2026
ππ HARI PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH 2026 ππ
Tarikh: 11/1/2026
Masa: 7:00 pagi
Tempat: SK Kilim
Suasana ceria dan penuh semangat menyambut hari pertama sesi persekolahan 2026 apabila murid-murid kembali ke sekolah dengan senyuman dan azam baharu.
Semoga tahun ini menjadi permulaan yang baik dalam usaha menimba ilmu, membina sahsiah diri serta mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.
Selamat kembali ke sekolah dan selamat maju jaya sepanjang sesi 2026! π
11/01/2026
Terima kasih LADA atas sumbangan yang diberikan kepada SK Kilim.
11/01/2026
πβ¨ HARI PENDAFTARAN SEMULA SEKOLAH 2026 β¨π
Tarikh: 8/1/2026
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Kelas masing-masing
Hari Pendaftaran Semula bagi sesi persekolahan 2026 telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama padu pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga.
Terima kasih atas kehadiran serta komitmen semua pihak dalam memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan teratur dan selesa. Semoga sesi persekolahan baharu ini menjadi permulaan kepada tahun yang penuh kecemerlangan dan kejayaan buat anak-anak SK Kilim. π
Selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh sesi 2026!
11/01/2026
πβ¨ MESYUARAT GURU 1/2026 β¨π
Tarikh: 7/1/2026
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Red Sky Cenang
Mesyuarat Guru Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan lancar sebagai langkah awal perancangan dan penyelarasan hala tuju sekolah bagi sesi persekolahan 2026
Perbincangan melibatkan pengurusan akademik, hal ehwal murid serta pelaksanaan program sekolah demi memastikan kemenjunjung kecemerlangan SK Kilim secara berterusan.
Terima kasih kepada semua warga pendidik atas komitmen dan kerjasama yang padu. Bersama kita melangkah ke arah kecemerlangan 2026. πͺπ
11/01/2026
πΉβ¨ SANJUNG BUDI, SERIBU MEMORI β¨πΉ
Tarikh: 18/12/2025
Masa: 12:15 tengah hari
Tempat: Dewan Emerald, SK Kilim
Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada Cikgu Safiah atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Kilim.
Banyak kenangan indah, ilmu dan nasihat yang akan terus terpahat dalam ingatan warga sekolah. Walaupun langkah Cikgu Safiah kini membawa ke Perlis, doa kami sentiasa mengiringi agar terus dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan di tempat baharu. π€
π Jasa dikenang, budi disanjung. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang. π
17/12/2025
π½οΈπ JAMUAN MAKAN TAHUN 6 β KENANGAN TERINDAH ππ½οΈ
Tarikh: 16/12/2025
Masa: 4:00 petang
Tempat: Hotel Grand Continental
Jamuan makan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis buat murid-murid Tahun 6 sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Gelak tawa, senyuman dan kebersamaan yang terukir pasti akan menjadi memori indah sepanjang hayat.
Semoga segala kenangan di SK Kilim terus terpahat di hati, dan semoga anak-anak Tahun 6 terus berjaya, berakhlak mulia serta cemerlang pada masa hadapan. π
π Selamat melangkah ke alam baharu, jangan lupakan SK Kilim. π
14/12/2025
ποΈπ₯ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK KILIM 2025 π₯ποΈ
Tarikh: 11/12/2025 - 12/12/2025
Tempat: SK Kilim
Perkhemahan Unit Beruniform SK Kilim telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan murid-murid yang penuh semangat dan disiplin.
Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri, memupuk semangat kepimpinan, kerjasama berpasukan serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru penasihat serta pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan berharga dan bekalan ilmu untuk masa hadapan. π
14/12/2025
ποΈπ PENYERAHAN BAUCAR PEDULI AMAN & PERASMIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM πποΈ
Tarikh: 11/12/2025
Masa: 12:15 tengah hari
Tempat: Dewan Emerald, SK Kilim
SK Kilim telah mengadakan Majlis Penyerahan Baucar Peduli Aman yang bertujuan membantu meringankan beban keluarga murid, di samping Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Zuraidy bin Rahim.
Majlis ini bukan sahaja membawa makna besar dalam aspek kebajikan murid, malah menjadi suntikan semangat kepada peserta perkhemahan untuk membina jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat kerjasama melalui aktiviti unit beruniform.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini memberi manfaat berterusan kepada anak-anak SK Kilim. π
10/12/2025
πβ¨ KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6β¨π
Tarikh: 10/12/2025
Masa: 7:45 pagi
Tempat: Surau Sekolah, SK Kilim
Alhamdulillah, program Kem Bestari Solat bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6 telah berlangsung dengan penuh semangat dan pengisian bermanfaat. Syabas dan terima kasih kepada Panitia PAI & BA yang menganjurkan Kem Bestari Solat ini.
β¨ Para murid dibimbing memahami rukun solat, praktikal wuduk, bacaan dalam solat serta amalan adab harian semuanya bagi membentuk generasi yang berakhlak dan berdisiplin.
Terima kasih kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam dan fasilitator yang komited menjayakan program ini. Moga ilmu yang dipelajari menjadi bekal untuk kehidupan seharian.
π βSolat itu tiang agama, peliharalah ia sebaiknya.β
10/12/2025
MAKLUMAN
ποΈ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK KILIM 2025
TAHUN 4,5 & 6
BUTIRAN PROGRAM
π Tarikh : 11 dan 12 Disember 2025 (Khamis dan Jumaat)
β° Masa : 7:45 pagi (Khamis) - 12:00 tengah hari (Jumaat)
ποΈ Tempat : SK Kilim
Penglibatan : Semua murid Tahun 4,5 dan 6.
π Murid hadir ke sekolah seperti biasa pada jam 7.30 pagi.
π Bawa alatan perkhemahan yg telah disenaraikan. Murid tidak dibenarkan pulang selepas mendaftar.
π Hantar semula surat kebenaran waris selewatnya esok untuk tindakan guru.
Harap maklum.
09/12/2025
π Majlis Meraikan Bintang-Bintang SK Kilim 2025 π
Tarikh: 9/12/2025
Masa: 2:00 Petang
Tempat: Splash Out
Alhamdulillah, satu program penuh ceria dan bermakna dalam menghargai kejayaan serta usaha gigih murid-murid SK Kilim sepanjang tahun 2025.
Wajah-wajah gembira, tawa riang, dan semangat kebersamaan memenuhi setiap sudut Splash Out sebagai simbol penghargaan buat bintang-bintang kecil yang terus menyerlah dalam kokurikulum.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penaja yang menaja!
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, YDP PIBG serta waris yang sentiasa membantu murid-murid SK Kilim untuk terus cemerlang dalam pelbagai aspek!
β¨ Teruslah bersinar, wahai bintang SK Kilim!