Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi

Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi Kami menerima tempahan untuk persembahan tari silat/buah tangan/ senjata, untuk majlis perkahwinan

Panggilan akhir kepada sesiapa yang ingin menyertai seni mempertahankan diri. Jika berminat sila hubungi nombor di bawah...
29/03/2026

Panggilan akhir kepada sesiapa yang ingin menyertai seni mempertahankan diri. Jika berminat sila hubungi nombor di bawah.

28/03/2026

Jamuan Raya Aidilfitri 2026

Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M anjuran Persatuan...
28/03/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M anjuran Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang telah pun berlangsung dengan meriah dan jayanya baru-baru ini.

Jamuan ini bukan sekadar untuk kita berkumpul dan menjamu selera, malah menjadi medan terbaik untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan persaudaraan antara satu sama lain.

Pihak persatuan juga ingin merakamkan jutaan penghargaan buat semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran jamuan pada tahun ini. Kerjasama semua amatlah dihargai.

Semoga kesepakatan, semangat persaudaraan, dan ukhuwah keluarga besar PSSBNK NYC yang dibina di dalam mahupun di luar gelanggang ini akan terus utuh dan terpelihara. InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki, kita bersua kembali di jamuan akan datang.

"BERJUANG UNTUK NEGARA GAGALKAN ANGKARA"



Pergi ke pasar membeli kurma,Singgah sebentar membeli selasih,Hari Raya menjelma tiba,Salah dan silap mohon dimaafkan ka...
20/03/2026

Pergi ke pasar membeli kurma,
Singgah sebentar membeli selasih,
Hari Raya menjelma tiba,
Salah dan silap mohon dimaafkan kasih.

Kami dari Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. โœจ๐ŸŒน

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H.
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H.





*PENGAMBILAN PELATIH BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!*๐Ÿ“… Sesi Taklimat:13 Februari 2026 (Jumaat)โฐ Masa: 8.30 Malam๐Ÿ“ Lokasi: Ge...
17/01/2026

*PENGAMBILAN PELATIH BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!*
๐Ÿ“… Sesi Taklimat:
13 Februari 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 8.30 Malam
๐Ÿ“ Lokasi: Gelanggang Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah, Cawangan Nyior Chabang
๐Ÿ“ž Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran:
http://wasap.my/60175690986/SilatBunga2026 (Aiman)
http://wasap.my/601140101905/SilatBunga2026 (Akashah)
http://wasap.my/60125040730/SilatBunga2026 (Hasrol)
http://wasap.my/601126427983/SilatBunga2026 (Mimi)
http://wasap.my/60175471206/SilatBunga2026 (Wan)

โš”๏ธ "Berjuang Untuk Negara, Gagalkan Angkara

PENGAMBILAN PELATIH BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!Kenapa anda perlu belajar silat?โœ”๏ธ Memelihara Warisan Budaya: Warisan kit...
05/01/2026

PENGAMBILAN PELATIH BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!

Kenapa anda perlu belajar silat?
โœ”๏ธ Memelihara Warisan Budaya: Warisan kita yang sarat dengan nilai tradisi dan ilmu yang berharga.
โœ”๏ธ Kesihatan Fizikal: Aktiviti yang menguatkan badan dan minda.
โœ”๏ธ Keyakinan Diri: Meningkatkan jati diri dan keberanian.
โœ”๏ธ Pembangunan Bakat: Mengasah potensi dan bakat yang terpendam.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga seni silat kami. Ayuh sertai Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi.

๐Ÿ“… Sesi Taklimat:
13 Februari 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 8.30 Malam
๐Ÿ“ Lokasi: Gelanggang Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah, Cawangan Nyior Chabang

๐Ÿ“ž Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran:

http://wasap.my/60175690986/SilatBunga2026 (Aiman)

http://wasap.my/601140101905/SilatBunga2026 (Akashah)

http://wasap.my/60125040730/SilatBunga2026 (Hasrol)

http://wasap.my/601126427983/SilatBunga2026 (Mimi)

http://wasap.my/60175471206/SilatBunga2026 (Wan)

โš”๏ธ "Berjuang Untuk Negara, Gagahkan Angkara" โš”๏ธ

Mari bersama-sama memartabatkan seni warisan bangsa!

Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyiรฒr Chabang3 October & 4 October 2025 | 11 & 12 Rabiul Akhir 1447HMAJ...
07/10/2025

Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyiรฒr Chabang

3 October & 4 October 2025 | 11 & 12 Rabiul Akhir 1447H

MAJLIS MANDI MINYAK & PERLIMAU Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Majlis Mandi Minyak dan Perlimau telah selamat dijalankan dengan penuh adat, tertib dan semangat persaudaraan di gelanggang Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang, Langkawi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, ahli gelanggang, serta sahabat seperguruan yang hadir memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih juga kepada Tn Guru Haji Ahmad Lothfi Bin Haji Omar, Guru Utama PSSBNK, atas bimbingan dan restu ilmu yang tidak ternilai.

Majlis ini bukan sekadar adat turun-temurun, tetapi lambang penyucian diri, pengukuhan semangat, dan janji setia dalam perjuangan menegakkan warisan bangsa.

โœจ
Padi segenggam disukat rapi,
Air di dulang jernih berseri,
Bersilat bukan sekadar berisi,
Tapi menanam maruah dalam diri.
โœจ

Tahniah kepada para pesilat yang telah berjaya menempuh ujian Mandi Minyak dan Perlimau. Semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan melestarikan warisan Persatuan Seni Silat Bunga buat generasi akan datang.





Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyiรฒr Chabang5 September 2025 | 12 Rabiulawal 1447HAlhamdulillah, syuku...
07/09/2025

Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyiรฒr Chabang

5 September 2025 | 12 Rabiulawal 1447H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Pada tarikh ini, gelanggang Persatuan Seni Silat Bunga Cawangan Nyiรฒr Chabang telah berjaya mengadakan Majlis Selawat sempena Maulidur Rasul ๏ทบ.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana. Bacaan selawat yang bergema telah menyatukan hati-hati kita dalam mengingati junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, di samping mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Selawat berlagu syahdu,
Tersusun suara penuh merdu;
Cinta Rasul terus berpadu,
Moga berkat hadir selalu. โœจ

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sederhana tetapi penuh makna. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan, menambah rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ, dan menyuburkan lagi nilai persaudaraan dalam komuniti kita.



๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™ž ๐™Ž๐™ž๐™ก๐™–๐™ฉ ๐˜ฝ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™– ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™™๐™–๐™ ๐˜พ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™ฎ๐™ž๐™ค๐™ง ๐˜พ๐™๐™–๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ11 April 2024 | Shawwal 13 1446AHAlhamdulillah, Majlis Pen...
14/04/2025

๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™ž ๐™Ž๐™ž๐™ก๐™–๐™ฉ ๐˜ฝ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™– ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™™๐™–๐™ ๐˜พ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™ฎ๐™ž๐™ค๐™ง ๐˜พ๐™๐™–๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ

11 April 2024 | Shawwal 13 1446AH

Alhamdulillah, Majlis Penerimaan Pelatih Baru
Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah
Cawangan Nyior Chabang telah selamat dijalankan dengan lancar dan penuh bermakna.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Semoga pelatih baru terus bersemangat menimba ilmu dan mempertahankan warisan bangsa.

Silat beradat langkah disusun,
Tunduk sopan dalam bergaya;
Majlis selesai penuh santun,
Waris pusaka kembali berjaya.

Tangan berjabat hati bersatu,
Semangat guru tak pernah luntur;
Anak didik datang bertalu,
Menimba ilmu langkah yang jujur.

Alhamdulillah syukur dipanjat,
Majlis berlangsung indah dan rapi;
Terima kasih yang turut serta,
Kita pertahan silat warisan sejati.




Address

Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 20:00 - 01:00
Tuesday 20:00 - 01:00
Wednesday 20:00 - 01:00
Friday 20:00 - 01:00
Saturday 20:00 - 01:00
Sunday 20:00 - 01:00

Telephone

+60175717819

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah Cawangan Nyior Chabang Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share