PASTI NURUL NAIM

PASTI NURUL NAIM pusat pengajian awal untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

12/08/2025

SOLAT HAJAT ANAK-ANAK PASTI NURUL NAIM UNTUK ZARA QAIRINA

Makam Mahsuri, 12 Ogos – Anak-anak PASTI Nurul Naim, Makam Mahsuri hari ini menunaikan solat hajat khas bagi adik Zara Qairina. Program ini diadakan sebagai tanda solidariti dan keprihatinan warga PASTI terhadap ujian yang menimpa murid berkenaan.

Guru turut membimbing bacaan doa secara berjemaah, dengan harapan agar Allah SWT mengurniakan keadilan kepada Zara Qairina serta keluarganya. Inisiatif ini diharap dapat memupuk rasa kasih sayang, empati, dan semangat persaudaraan Islam di kalangan murid sejak usia kecil.

14/07/2025

Semangat Ukhuwah dalam Program Kacau Bubur Asyura anjuran PASTI Nurul Naim, Makam Mahsuri

Makam Mahsuri, Langkawi – Semangat kerjasama dan ukhuwah Islamiah terserlah dalam Program Kacau Bubur Asyura yang dianjurkan oleh PASTI Nurul Naim pada 13 Julai 2025, bertempat di perkarangan PASTI Nurul Naim,Makam Mahsuri.

Program tradisi ini disertai dengan penuh semangat oleh para guru dan waris pelajar yang turun padang sejak awal pagi bagi menyediakan bahan dan mengacau bubur Asyura secara bergotong-royong.

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk menghidupkan sunnah dan amalan tradisi masyarakat Islam, tetapi juga sebagai ruang mempererat hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Menurut guru PASTI, Puan Rohaizah Rahim program ini juga menjadi medium pendidikan tidak formal kepada anak-anak PASTI dalam memahami nilai kerjasama, kepentingan sunnah, dan semangat kebersamaan dalam Islam.

Bubur Asyura yang siap dimasak telah diagihkan kepada seluruh warga PASTI dan penduduk sekitar sebagai simbol kasih sayang dan perkongsian rezeki.

Program seumpama ini akan terus dijadikan acara tahunan demi meneruskan warisan budaya Islam dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti

24/06/2025
Lawatan Anak-anak PASTI Nurul Naim ke Hari Terbuka Armada TLDM LangkawiPada 1 Mei 2025, pelajar PASTI Nurul Naim telah m...
01/05/2025

Lawatan Anak-anak PASTI Nurul Naim ke Hari Terbuka Armada TLDM Langkawi

Pada 1 Mei 2025, pelajar PASTI Nurul Naim telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Langkawi sempena Hari Terbuka Armada bersempena ulang tahun TLDM ke-91. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Lawatan ini memberi peluang kepada anak-anak untuk melihat secara langsung aset-aset pertahanan negara seperti kapal perang, helikopter dan pelbagai pameran ketenteraan. Antara aktiviti menarik yang disertai ialah boat ride, lawatan kapal, pemeriksaan gigi, serta melawat gerai-gerai pameran dan jualan.

Pelajar-pelajar kelihatan sangat teruja dan bersemangat sepanjang program, manakala guru serta ibu bapa yang mengiringi turut mengambil peluang untuk memberikan pendedahan awal mengenai peranan penting TLDM dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Lawatan ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman bermakna serta menanamkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PELAJAR 2024, PASTI NURUL  NAIM , MAKAM MAHSURI
06/01/2025

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PELAJAR 2024, PASTI NURUL NAIM , MAKAM MAHSURI

PASTI NURUL NAIM MENYERTAI HAFAZAN AL-QURAN TERAMAI KATEGORI PRA SEKOKAH.
21/11/2024

PASTI NURUL NAIM MENYERTAI HAFAZAN AL-QURAN TERAMAI KATEGORI PRA SEKOKAH.

PROJEK AULAD ANAK-ANAK PASTI NURUL NAIM
06/11/2024

PROJEK AULAD ANAK-ANAK PASTI NURUL NAIM

SELASA10 SEPTEMBER 2024SAMBUTAN HATI KEMERDEKAAN PERINGKAT PASTI NURUL NAIM,MAKAM MAHSURI
10/09/2024

SELASA
10 SEPTEMBER 2024

SAMBUTAN HATI KEMERDEKAAN PERINGKAT PASTI NURUL NAIM,MAKAM MAHSURI

HARI KREATIVITISELASA20 OGOS 2024
20/08/2024

HARI KREATIVITI

SELASA
20 OGOS 2024

Address

Kampung Bukit Temin, Jalan Makam Mahsuri
Langkawi

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:30
Tuesday 08:00 - 00:30
Wednesday 08:00 - 00:30
Thursday 08:00 - 11:30
Sunday 08:00 - 00:30

Telephone

+60196585248

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI NURUL NAIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share