SK Kelibang Rasmi

SK Kelibang Rasmi SK KELIBANG

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฉ PERTANDINGAN TOPI KEMERDEKAAN SK KELIBANG ๐ŸŽฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“† Tarikh : 15 September 2026๐Ÿ•› Masa : 12.00 t/hari - 1.40 petang๐Ÿ“Œ Tempat...
18/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฉ PERTANDINGAN TOPI KEMERDEKAAN SK KELIBANG ๐ŸŽฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“† Tarikh : 15 September 2026
๐Ÿ•› Masa : 12.00 t/hari - 1.40 petang
๐Ÿ“Œ Tempat : Kantin SK Kelibang

Semarakkan jiwa patriotik melalui kreativiti! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Pertandingan Topi Kemerdekaan telah berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni sebagai salah satu aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan di SK Kelibang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Murid-murid tampil dengan pelbagai rekaan topi yang kreatif, unik dan menarik, menggunakan idea serta bahan yang menggambarkan semangat kecintaan kepada negara.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰ Keberanian mencuba, kreativiti dan semangat patriotik yang ditonjolkan amat membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. ๐ŸŒบ

Kreativiti disemai, patriotisme dihayati, Malaysia terus dicintai! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

*Segala siaran & gambar dalam video yang diletakkan atas kebenaran waris.*







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK KELIBANG โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“† Tarikh : 15 September 2026๐Ÿ•› Masa : 12.00 t/hari - 1.40 petang๐Ÿ“Œ T...
18/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK KELIBANG โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“† Tarikh : 15 September 2026
๐Ÿ•› Masa : 12.00 t/hari - 1.40 petang
๐Ÿ“Œ Tempat : Kantin SK Kelibang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SK Kelibang bagi tahun 2026. ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan dalam menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.

Pelbagai acara menarik turut memeriahkan majlis, termasuk persembahan murid, penyampaian hadiah dan penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan kreativiti, semangat serta komitmen yang tinggi. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ†

Semoga semangat Malaysia Madani, perpaduan dan rasa cinta akan tanah air terus subur dalam jiwa setiap warga SK Kelibang. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Ayuh terus semarakkan semangat patriotik dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

*Segala siaran & gambar dalam video yang diletakkan atas kebenaran waris.*






๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cikgu Hilman ! ๐ŸŽ‚๐ŸŒนSeindah mentari yang menyinari pagi, begitulah tulusnya jasa seorang pendidik yan...
18/09/2026

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cikgu Hilman ! ๐ŸŽ‚๐ŸŒน

Seindah mentari yang menyinari pagi, begitulah tulusnya jasa seorang pendidik yang menerangi perjalanan anak bangsa. Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap pengorbanan yang dihulurkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi bekalan berharga untuk masa depan generasi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang tidak berpenghujung, rezeki yang melimpah, serta kehidupan yang sentiasa diberkati. Teruslah menjadi cahaya yang menyinari hati-hati anak didik.

Selamat Hari Lahir. Terima kasih, cikgu. Jasamu akan sentiasa dikenang. ๐Ÿ’โœจ

๐Ÿ“ข HEBAHAN CUTI SEKOLAHAssalamualaikum dan Salam Sejahtera..Dimaklumkan kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid-murid ba...
16/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid-murid bahawa cuti persekolahan adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 12 September 2026 (Sabtu)
โžก๏ธ Cuti Berganti
๐Ÿ›‘ Murid akan mengikut jadual waktu hari Khamis.

๐Ÿ—“๏ธ 16 September 2026 (Rabu)
โžก๏ธ Cuti Sempena Hari Malaysia

๐Ÿ—“๏ธ 17 September 2026 (Khamis)
โžก๏ธ Cuti Ganti

๐Ÿ—“๏ธ 18 September 2026 โ€“ 19 September 2026 (Jumaat โ€“ Sabtu)
โžก๏ธ Cuti Hujung Minggu

๐Ÿ—“๏ธ 20 September 2026 (Ahad)
โžก๏ธ Murid hadir ke sekolah seperti biasa

๐Ÿ“š Mohon ibu bapa dan penjaga mengambil maklum tarikh-tarikh tersebut serta memastikan murid hadir ke sekolah seperti biasa pada 20 September 2026 (Ahad).

๐Ÿค Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Terima kasih ๐Ÿ’

*PENTADBIRAN SK KELIBANG*

๐ŸŒบSELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026*l ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih sayang terus subur dalam dir...
16/09/2026

๐ŸŒบSELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026*l ๐ŸŒบ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih sayang terus subur dalam diri kita.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMarilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian dan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua murid, ibu bapa dan warga SK Kelibang.

Ahmad Zaky Naimy Bin Ismail
Guru Besar
SK Kelibang

๐Ÿ† PERTANDINGAN ORIENTEERING PERINGKAT DAERAH LANGKAWI ๐Ÿงญ๐ŸŒฟ๐Ÿ“† Tarikh : 12 September 2026๐Ÿ•Ÿ Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang๐Ÿ“Œ Te...
13/09/2026

๐Ÿ† PERTANDINGAN ORIENTEERING PERINGKAT DAERAH LANGKAWI ๐Ÿงญ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“† Tarikh : 12 September 2026
๐Ÿ•Ÿ Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
๐Ÿ“Œ Tempat : Dewan Semangat, SMK Ayer Hangat

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan TKRS SK Kelibang yang telah berjaya meraih TEMPAT KETIGA ๐Ÿฅ‰ dalam Pertandingan Orienteering Peringkat Daerah Langkawi!

๐Ÿ’š Muhammad Hasif Dhameer Bin Mohd Nor Nazri (6cm)
โค๏ธ Nur Hidayatul Husna (6cm)
Nur Nabihah (6cm)
โ™ฅ๏ธ Nur Syakira Qairina (6cm)
๐Ÿ’š Muhammad Ein Ajmal A***n (6cm)

๐ŸŽฏ Penyertaan melibatkan 14 buah sekolah sekitar Daerah Langkawi.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, kerjasama dan kesungguhan anak-anak SK Kelibang dalam mengharumkan nama sekolah. ๐Ÿ’ช

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan terutamanya kepada jurulatih utama, Cikgu Ismaniza, barisan pentadbir, para waris serta semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang pertandingan ini.

Syabas wira-wira SK Kelibang!
Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan! ๐Ÿงญโค๏ธ

*Segala siaran & gambar dalam video yang diletakkan atas kebenaran waris.*

[PKSK 2026] ๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING | SEMAKAN KEPUTUSAN PKSK 2026Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan murid bahawa semakan t...
12/09/2026

[PKSK 2026] ๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING | SEMAKAN KEPUTUSAN PKSK 2026

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan murid bahawa semakan tawaran kemasukan Sekolah Khusus & MRSM bagi Tahun 2026 boleh dibuat bermula 26 Disember 2025.

๐Ÿ—“ Tempoh semakan & rayuan:
26 Disember 2025 โ€“ 13 Januari 2026
๐Ÿ”— Sila buat semakan melalui pautan rasmi KPM & MARA yang dinyatakan.

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM:
Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4

3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.

Tarikh Penting:
๐Ÿ“Œ Tarikh Rayuan: 26 Disember 2025 โ€“ 13 Januari 2026
๐Ÿ“Œ Tarikh Pendaftaran: 13 Januari 2026
๐Ÿ“Œ Tarikh Semakan Rayuan: 6 โ€“ 10 Februari 2026
โฐ Jangan lepaskan tarikh penting ini. Semakan awal memudahkan urusan pendaftaran.

๐Ÿ“ข ๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Sekolah Ganti SK Kelibang akan diadakan se...
10/09/2026

๐Ÿ“ข ๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Sekolah Ganti SK Kelibang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ—“๏ธ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ: ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚

Sehubungan itu, semua murid diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa. Murid hendaklah memakai baju sukan sekolah serta membawa buku dan peralatan pembelajaran mengikut jadual waktu hari Khamis.

Kerjasama para waris untuk memastikan anak-anak hadir dan membuat persediaan awal amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

โ€œKehadiran Murid, Tanggungjawab Bersamaโ€

Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Mahpuzah binti Jamaludin, Guru Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Kelibang yang bersar...
09/09/2026

Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Mahpuzah binti Jamaludin, Guru Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Kelibang yang bersara pada 8 September 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat dan bakti yang diberikan sepanjang perkhidmatan.

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cikgu Mahpuzah ! ๐ŸŽ‚๐ŸŒนSeindah mentari yang menyinari pagi, begitulah tulusnya jasa seorang pendidik y...
07/09/2026

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir, Cikgu Mahpuzah ! ๐ŸŽ‚๐ŸŒน

Seindah mentari yang menyinari pagi, begitulah tulusnya jasa seorang pendidik yang menerangi perjalanan anak bangsa. Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap pengorbanan yang dihulurkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi bekalan berharga untuk masa depan generasi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang tidak berpenghujung, rezeki yang melimpah, serta kehidupan yang sentiasa diberkati. Teruslah menjadi cahaya yang menyinari hati-hati anak didik.

Selamat Hari Lahir. Terima kasih, cikgu. Jasamu akan sentiasa dikenang. ๐Ÿ’โœจ

Address

Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049660717

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kelibang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Kelibang Rasmi:

Shortcuts

Share

Category