SK Penghulu Ahmad - PAGE RASMI

SK Penghulu Ahmad - PAGE RASMI Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad,
Jalan Ayer Hangat, 07000,
Langkawi, Kedah. No Tel/Faks: 04-9591996

16/09/2026

tahniah semua anak ABC SKPA yang berani mengambil bahagian dalam setiap pertandingan. Merdeka Merdeka Merdeka

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD πŸ‡²πŸ‡Ύ15 September 2026 (Selasa) | 10.45 pagi – 12.45 tenga...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD πŸ‡²πŸ‡Ύ

15 September 2026 (Selasa) | 10.45 pagi – 12.45 tengah hari
Dewan Nurani, SK Penghulu Ahmad

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Penghulu Ahmad telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat patriotik pada 15 September 2026.

Program yang berlangsung selama sebulan, bermula 16 Ogos hingga 15 September 2026, telah diisi dengan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, memupuk perpaduan serta mencungkil bakat, kreativiti dan potensi murid.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

πŸ‡²πŸ‡Ύ Nyanyian Lagu Patriotik – Solo & Koir
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Mewarna & Melukis Poster Merdeka
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Buku Skrap
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Kuiz Merdeka
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Radio Buruk
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Pakaian Beragam

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan Guru Besar, Puan Kurshiah binti Ahmad, nyanyian lagu rasmi sekolah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara yang telah dipertandingkan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan koir lagu patriotik dari Juara Koir Merdeka, kelas 6 Jade dan kelas 4 Amber serta persembahan solo oleh adik Sofia, murid istimewa SK Penghulu Ahmad, yang tampil dengan penuh keyakinan dan semangat.

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman ini terus menyemai nilai patriotisme, perpaduan, kreativiti dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Pn. Siti Masturina bt Mat Shah– PK Kokurikulum
Puan NurShazihah bt Saari– Penyelaras Program Bulan Kebangsaan SKPA
Cik Nur Filzah Anis bt Zulkifli – Setiausaha Program Bulan Kebangsaan SKPA

serta semua panitia dan unit yang terlibat:

πŸ“Œ Panitia Sejarah
πŸ“Œ Pusat Sumber Sekolah (PSS)
πŸ“Œ Panitia PSV
πŸ“Œ Panitia Pendidikan Islam
πŸ“Œ Panitia Pendidikan Muzik
πŸ“Œ Panitia Matematik dan Sains
πŸ“Œ Panitia Bahasa Melayu
πŸ“Œ Panitia Bahasa Inggeris
πŸ“Œ Panitia Pendidikan Jasmani

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang pakaian guru mengikut tema pada hari ini
Tahniah ⭐️⭐️⭐️
⭐️Cikgu Nazuandi bin Abdul Rahman
⭐️Cikgu Nor Ainaa bt Nordin

Terima kasih juga kepada semua guru, AKP, murid, PIBG, ibu bapa/waris serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Bulan Kebangsaan SK Penghulu Ahmad 2026.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semarakkan patriotisme, suburkan perpaduan, teruskan kecemerlangan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ







13/09/2026
PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAMSEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD 2026Tarikh: 12 September 2026P...
12/09/2026

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD 2026

Tarikh: 12 September 2026
Penganjur: Pusat Sumber SKPA dengan kerjasama Panitia Matematik dan Panitia Sains

Pertandingan Pakaian Beragam sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.

Pertandingan pada kali ini mengetengahkan tema β€œMerdeka Futuristik”, dengan setiap peserta digalakkan menghasilkan pakaian yang kreatif, unik dan bercirikan masa hadapan serta wajib menggunakan sekurang-kurangnya satu elemen daripada bahan kitar semula/eco.

Pelbagai idea kreatif dan inovatif telah dipersembahkan oleh para peserta. Saingan yang sengit antara peserta menyerlahkan kreativiti, kesungguhan dan keberanian murid dalam menghasilkan rekaan masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta semua murid yang telah mengambil bahagian. Sesungguhnya setiap penyertaan amat bermakna dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan SKPA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa/waris atas sokongan, kerjasama dan komitmen dalam membantu menyediakan pakaian serta memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai pertandingan ini. Sambutan yang begitu menggalakkan membuktikan sokongan padu ibu bapa/waris terhadap program dan aktiviti sekolah.

Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Puan Kurshiah, yang sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sekalung penghargaan kepada Pusat Sumber SKPA, Panitia Matematik dan Panitia Sains serta semua warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Tahniah dan syabas kepada semua!
Kreatif, Inovatif, Eco dan Patriotik! πŸ‡²πŸ‡Ύ






10/09/2026
πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ SKPA CROSS COUNTRY 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈTAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰πŸ†Tahniah diucapkan kepada semua rumah sukan atas pencapaia...
10/09/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ SKPA CROSS COUNTRY 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰πŸ†

Tahniah diucapkan kepada semua rumah sukan atas pencapaian dalam SKPA Cross Country 2026 yang telah berlangsung pada 10 September 2026 di SK Penghulu Ahmad.

πŸ₯‡ Johan: Garuda
πŸ₯ˆ Naib Johan: Kasawari
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Rajawali
πŸ… Tempat Keempat: Cenderawasih

πŸ‘ Tahniah dan syabas juga kepada murid-murid Prasekolah dan PPKI atas penyertaan, semangat kesukanan dan usaha yang ditunjukkan.

Terima kasih kepada semua pihak PDRM semua guru, warga sekolah,ibu bapa, waris dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada waris yang memberi semangat dan sokongan juara kepada semua peserta.

β€œCergas, Sihat, Bersemangat β€” SKPA Hebat!” πŸ’™πŸ’›β€οΈ







πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAnjuran: Komuniti MADANI Ayer HangatDeng...
08/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Anjuran: Komuniti MADANI Ayer Hangat
Dengan kerjasama: Pejabat Penerangan Daerah Langkawi & PIBG SK Penghulu Ahmad
πŸ“… Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Dewan Nurani, SK Penghulu Ahmad

Program Jiwa@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 telah berlangsung di Dewan Nurani, SK Penghulu Ahmad dengan penglibatan warga sekolah, Komuniti MADANI Ayer Hangat, Pejabat Penerangan Daerah Langkawi serta PIBG SK Penghulu Ahmad.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara, di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

Pengisian program turut memberikan peluang kepada murid untuk menghayati nilai kebersamaan, semangat kemasyarakatan dan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Komuniti MADANI Ayer Hangat, Pejabat Penerangan Daerah Langkawi, Klinik Kesihatan Ayer Hangat, AADK Langkawi, Maxis,team persembahan dari SJKC Chung Hwa, SJKT Ladang Sungai Raya, SK Seri Lagenda dan PIBG SK Penghulu Ahmad atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!
Semarak Perpaduan, Kukuhkan Kebersamaan. β€οΈπŸ€πŸ’™









MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK PENGHULU AHMAD TAHUN 2026 M / 1448 HTarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)Masa: 7.45 pagi – 10....
28/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK PENGHULU AHMAD TAHUN 2026 M / 1448 H

Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 7.45 pagi – 10.15 pagi
Tempat: Dewan Nurani, SK Penghulu Ahmad

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Penghulu Ahmad Tahun 2026M / 1448H bertempat di Dewan Nurani, SK Penghulu Ahmad pada 27 Ogos 2026.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan kecintaan warga sekolah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang menjadi teladan dalam kehidupan.

Antara pertandingan yang telah dianjurkan ialah:

🎨 Pertandingan Mewarna

* Prasekolah
* PPKI
* Tahun 1
* Tahun 2
* Tahun 3

βœ’οΈ Pertandingan Kaligrafi Khat

* Tahun 4
* Tahun 5

🏳️ Pertandingan Sepanduk Mengikut Unit Beruniform

* Tahun 6

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan yang amat dihargai:

1. YDP PIBG, En. Mohd Radhi bin Abd Rahim
2. PPS, D/Sjn Nor Azura binti Abd Razak
3. PPS, Sjn Nor Najaha Wahida binti Abd Rohman
4. Imam Masjid An-Nawawi, Bohor Merah, Haji Rosli bin Saad

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, pihak pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa serta seluruh warga SK Penghulu Ahmad atas sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

🌸 Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Terima kasih atas keberanian, kreativiti, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan. Kepada murid-murid yang berjaya meraih kemenangan, setinggi-tinggi tahniah diucapkan! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa. Sesungguhnya keberanian untuk mencuba dan kesungguhan untuk mengambil bahagian juga merupakan satu kejayaan. Teruskan berusaha dan yakinlah bahawa setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuh penghayatan terhadap sunnah Baginda serta membentuk generasi murid yang berilmu, berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

β€œBerselawat, Meneladani Rasulullah SAW, Membentuk Generasi Berakhlak Mulia.”

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Allahumma Solli β€˜Ala Sayyidina Muhammad. 🌹




Address

Jalan Ayer Hangat
Langkawi
07000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Penghulu Ahmad - PAGE RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Penghulu Ahmad - PAGE RASMI:

Share