17/09/2022
Seberang Perai Tanah Berlindung
Seberang Perai adalah sebahagian daripada jajahan Kedah sejak dahulu lagi. Pada tahun 1786, Francis Light telah menduduki Pulau Pinang dan membayar pajakan kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah. Selang 23 tahun selepas itu, meletus Perang Kuala Perai dan Kedah mengalami kekalahan yang teruk dalam perang tersebut. Maka, satu perjanjian telah termeterai di antara Kedah dengan British dan bersetuju untuk membayar duit pajakan sebanyak $10,000 kepada Sultan Kedah.
Sebermulanya, jajahan Trang, Jong Salang dan Pulau Langkawi telah ditawan awal oleh askar Siam sebelum serangan kemuncaknya di Kota Kuala Kedah pada November 1821. Seluruh kampung dan bendang hangus terbakar dan sebahagian rakyat Kedah diseksa sehingga mati. Kebanyakkan nya berpindah dari Kedah ke tempat lain untuk menyelamat diri bersama keluarga. Namun, majoritinya berlindung di Seberang Perai dan juga Pulau Pinang kerana ketika itu dibawah jagaan dan kuasa British.
Menurut Burney Papers, sejumlah 80,000 orang yang berpindah secara beransur-ansur ke Seberang Perai sehingga mereka memenuhi kawasan tengah pemukiman. Kota Bukit Jelutong yang terletak di Sungai Dua menjadi markas pertahanan bagi perajurit Kedah untuk menyusun strategi. Pada tahun 1831, Tunku Kudin telah menghimpunkan para pendekar dan hulubalang di Penaga untuk menyerang Kota Kuala Kedah dan memperolehi kemenangan. Namun, ianya hanya seketika apabila askar Siam dapat menawan semula Kota Kuala Kedah dan menyebabkan Tunku Kudin terkorban.
Sewaktu penentangan Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838, perajurit Kedah makin bertambah atas sokongan dan bantuan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang lain lalu berhimpun semuanya di Kota Bukit Jelutong. Ketika itu, mereka juga mengorek terusan daripada Sungai Perai hingga ke Sungai Muda. Maka, berpecahlah angkatan besar itu kepada beberapa bahagian lalu keluar berperang ke Kota Kuala Kedah hingga ke Singgora, Ligor dan Patani. Akhirnya, angkatan Tunku Muhammad Saad dapat menawan kota tersebut manakala Syed Abdul Samad Al Falimbangi menang di Patani.
Biarpun, wilayah Seberang Perai duduk dibawah kekuasaan British, ia tidak menghalang rakyat Kedah untuk meneroka lalu menetap di tempat terbabit. Maka, tidak hairanlah mengapa kebanyakan penempatan di sini mempunyai persamaan dari segi nama dan keturunan di Kedah. Hal ini kerana, mereka yang berpindah masih mengekalkan identiti kampung tersebut sehinggalah ianya menjadi panggilan bagi orang tempatan.
PMAF
Dapatkan buku Perang Musuh Bisik dari kami !!
Berfakta Ringkas dan Padat,,Klik link wasap dibawah !!!
https://api.whatsapp.com/send?phone=60149515818&text=[MHR]%20NAK%20DAPATKAN%20EDISI%20BUKU