29/07/2026
📍 PENANDA ARAS STUDIO TVPSS SMK LANCHANG
🤝 Jalinan & Jaringan Pendidikan
Pada 29 Julai 2026 (Rabu), Unit TVPSS SMK Lanchang berbesar hati menerima kunjungan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman bagi menjayakan Program Penanda Aras Studio TVPSS yang berlangsung dari 11.30 pagi hingga 2.00 ptg
Program ini melibatkan penyertaan guru dan murid daripada kedua-dua sekolah dengan tujuan memperkukuh hubungan jalinan dan jaringan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan Studio TVPSS, penerbitan media digital dan penghasilan kandungan kreatif.
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti sesi taklimat pengurusan TVPSS, lawatan ke Studio TVPSS SMK Lanchang, demonstrasi penggunaan peralatan penyiaran serta sesi perkongsian pengalaman yang memberi inspirasi kepada semua yang hadir.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi strategik dalam memperkasa TVPSS sebagai platform pembelajaran, kreativiti dan pembangunan bakat murid selaras dengan aspirasi pendidikan masa kini.
✨ Terima kasih kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman atas kesudian berkunjung, serta kepada semua guru, murid dan warga SMK Lanchang yang telah menjayakan program ini.
"Berkongsi Kepakaran, Mengukuhkan Jaringan, Melahirkan Generasi Kreatif."