22/05/2026
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
Tazkirah Jumaat 5 Zulhijjah 1447 H /22 Mei 2026 M
"𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵"
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو قَالَ كُنْتُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذُكِرَتْ الْأَعْمَالُ فَقَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ فِيهِنَّ أَفْضَلُ مِنْ هَذِهِ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ قَالَ فَأَكْبَرَهُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا أَنْ يَخْرُجَ رَجُلٌ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ تَكُونَ مُهْجَةُ نَفْسِهِ فِيهِ. (رواه أحمد : ٦٧٨٢)
"Daripada Abdullah bin 'Amru RA, dia berkata, Aku pernah berada di sisi Rasulullah ﷺ, lalu disebutlah tentang amalan-amalan, maka beliau pun bersabda, "Tak ada hari-hari yang amalannya lebih utama daripada amalan yang terdapat dalam sepuluh hari ini (Zulhijjah)." Para sahabat bertanya, "Sekalipun itu jihad?" Beliau menjawab: Dan itu adalah malan yang paling besar. Beliau bersabda, "Meskipun jihad, kecuali seseorang yang keluar di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya kemudian ia Syahid (dalam medan perang)." (HR Ahmad. No 6782, Status Hadis: Sahih)
Pengajaran:
1. Hadis ini menjelaskan tentang keutamaan beramal di 10 hari pertama bulan Zulhijjah,
2. Diantara amal soleh yang sunat dilakukan ialah berpuasa, terutamanya puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah/ Selasa 25 Mei 2026), seperti disebutkan dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680)
1. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan diampuni dosanya setahun sebelum dan setahun selepas
2. Dalam hadis lain nabi menyebut Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun (Musnad Ahmad No: 21568)
3. Selain berpuasa, di hari Arafah juga disunnahkan memperbanyak berzikir dan berdoa kepada Allâh swt.
Diantara zikir yang Nabi ﷺ baca ialah
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tiada Ilah yang hak disembah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu". HR Termizi :3509)
Marilah kita rebut peluang yang hanya datang setahun sekali untuk melaksanakan puasa sunat Arafah dan memperbanyak zikir kepada Allâh di bulan mulia ini
Semoga diberikan kesempatan oleh Allāh untuk melakukan amal Soleh di bulan Zulhijjah terutamanya pada hari Arafah.
Disediakan oleh:
Ustaz Nasruddin Hasan al-Basry
Pengajar Pusat Tarbiyyah Al-Mukminun Nik Zaidah