SK Kampung Seri Rahmat Rasmi

SK Kampung Seri Rahmat Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat atau nama ringkasnya SK Kg. Pada 2026, Sekolah Kebangsaan Kampong Seri Rahmat memiliki 97 pelajar

Seri Rahmat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Seri Rahmat, Jalan Changkat Larang.

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Husna Yusoff, Irman Shah Azhar
16/08/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Husna Yusoff, Irman Shah Azhar

03/08/2026
02/08/2026

Montaj Persaraan Pn Hjh Rosnah

Pelancaran SAFE peringkat sekolah SKKSR
31/07/2026

Pelancaran SAFE peringkat sekolah SKKSR

Sekitar Majlis Persaraan Puan Hajjah Rosnah M Abidin
31/07/2026

Sekitar Majlis Persaraan Puan Hajjah Rosnah M Abidin

Shared album · Tap to view!

🎉 Facebook recognized me as a consistent post creator this week!
24/07/2026

🎉 Facebook recognized me as a consistent post creator this week!

Program bersama pensyarah dari UTAR
24/07/2026

Program bersama pensyarah dari UTAR

Program Sinergi Bahasa UTAR Tingkat Keyakinan Murid Kuasai BM dan BI

Oleh: Zaki

IPOH – Penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid penting kerana ia bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi dapat dimanfaatkan di luar bilik darjah.

Menerusi program bimbingan luar kelas, kaedah pengajaran yang lebih santai p**a dapat memberi pendedahan baharu kepada murid-murid.

Ini yang dibawa 10 kakitangan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Program Sinergi Bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seri Rahmat.

Ketua program, Afi Roshezry Abu Bakar berkata, program itu bertujuan memberi peluang dan ruang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan serta keyakinan mereka menggunakan kedua-dua bahasa tersebut.

Menurutnya, penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris amat penting bagi membantu murid berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan pembelajaran.

“Seramai 60 murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 menyertai program berkenaan yang diisi dengan pelbagai aktiviti interaktif dan pembelajaran.

“Pendekatan yang digunakan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta meningkatkan minat murid terhadap kedua-dua bahasa,” ujarnya.

Jelas Afi Roshezry, program itu turut memberi pendedahan kepada murid untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dalam pelbagai situasi.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang.

Tambahnya, usaha berterusan seperti ini diyakini mampu melahirkan generasi yang lebih berkeyakinan dan mahir menguasai bahasa Melayu serta bahasa Inggeris.

Address

Jalan Changkat Larang
Lahat
31500

Telephone

+6053669417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Seri Rahmat Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category