Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat (Lahat, Perak)

Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat (Lahat, Perak) A primary national school in Lahat, Perak, Malaysia, under the Ministry of Education, Malaysia.

MOTO: Berilmu, Berjaya

VISI: Menjana modal insan yang berdaya saing, berkarisma, berdisiplin dan berfikiran kreatif serta kritis. PIAGAM PELANGGAN:
-Mewujud dan mengekalkan hubungan baik dan erat dengan PIBG, ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

-Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna dan sama rata seiring dengan FPN, KPM, JPN dan PPD.

-Memastikan urusan pentadbiran

, keperluan dan kehendak KPM, JPN dan PPD dilaksanakan dan diambil tindakan segera.

-Sentiasa sedia menerima pandangan, teguran yang positif dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah. SEJARAH SEKOLAH
Penduduk Kampung Changkat Larang Malay Reserve telah berpakat untuk mendirikan sebuah sekolah di kampong ini secara s**arela bagi mengelak anak-anak mereka daripada berulang jauh. Berbekalkan bahan rembia, bertam dan simen serta tapak tanah seluas 2 ekar 1 pol dan 2 rod, yang diwakafkan oleh Datuk Amor DiRaja Sulaiman bin Pandak Akad melalui anak-anaknya, maka pada tahun 1948, secara gotong royong, terbinalah sebuah sekolah dengan nama
Sekolah Melayu Changkat Larang
Peringkat permulaan, tenaga pengajarnya terdiri daripada anak-anak tempatan yang berkhidmat secara s**arela, tapi pada 7 Ogos 1949, setelah didaftarkan secara rasmi, sekolah ini beroperasi sepenuhnya dengan 60 orang murid dari Tahun 1 hingga 5
Bangunan asal sekolah yang dibina buat kali pertama kini telah
tiada dan tapaknya digunakan untuk membangunkan sebuah masjid
Sekolah ini telah bertukar nama beberapa kali :
Sekolah Melayu Changkat Larang – 7 Ogos 1949
Sekolah Umum Changkat Larang – 19 Mei 1957
Sekolah Kebangsaan Changkat Larang – 9 Mei 1959
Sekolah Kebangsaan Seri Rahmat – 8 Mei 1985

Antara tokoh-tokoh tempatan yang menjadi pengasas dan bertanggungjawab atas wujudnya sekolah ini ialah :
Allahyarham Ngah Nordin bin Lebai Laat (1970)
Allahyarham Syed Haron bin Abdullah (1977)
Allahyarham Yeop Ahmad bin Uda Ishak 1970)
Allahyarham Abdul Mulok bin Sutan Idham (1982)
Allahyarham Haji Hussin bin Osman (2008)
“Al Fatihah”

https://forms.gle/4AR84zLSX9wfDWpe6JOM JOIN WARGA SKKSR
14/08/2023

https://forms.gle/4AR84zLSX9wfDWpe6

JOM JOIN WARGA SKKSR

Perekodan Data Bekas Guru dan Pekerja di Sekolah Kebangsaan Kg. Seri Rahmat Sekolah Kebangsaan Kg. Seri Rahmat ingin mengenalpasti dan melancarkan Persatuan Alumni SKKSR bagi tujuan mengumpul maklumat bekas-bekas guru dan kakitangan sekolah. Objektif utama penubuhan ALUMNI SKKSR adalah untuk mengera...

JOM KOME!!!!!!
14/08/2023

JOM KOME!!!!!!

Semoga sahabat semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah
13/04/2023

Semoga sahabat semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah

13/04/2023
01/05/2022

Semoga warga SKKSR dapat menghayati ramadan yg mulia ini dan diamalkan ke bulan seterusnya.

Semoga kita sentiasa rahmat dan perlindungan Allah
01/02/2022

Semoga kita sentiasa rahmat dan perlindungan Allah

17/01/2022

*_DI SEBALIK KETIDAKTAHUAN_*

* Nabi NUH belum tahu banjir akan datang ketika ia membuat kapal dan ditertawa oleh kaumnya.

* Nabi IBRAHIM belum tahu akan tersedia biri-biri ketika pisau nyaris memenggal buah hatinya.

* Nabi MUSA belum tahu laut terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya.

* Yang mereka tahu adalah bahawa mereka harus patuh pada perintah ALLAH dan tanpa berhenti berharap yang terbaik.

Ternyata di sebalik KETIDAKTAHUAN kita, ALLAH SWT telah menyiapkan kejutan!_*

* Seringkali ALLAH SWT berkehendak pada detik-detik terakhir dalam pengharapan dan ketaatan hamba-hamba-NYA.

* Jangan kita berkecil hati pada saat belum ada jawaban do'a.

* Kerana kekadang ALLAH SWT mencintai kita dengan cara-cara yang kita tidak duga dan kita tidak s**a.

* ALLAH SWT memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan..!!

* Nabi bersabda

* Sesiapa yang meninggalkan solat Subuh maka wajahnya tidak akan ada cahaya.

* Sesiapa yang meninggalkan solat zuhur nescaya tidak akan ada keberkahan dalam rezekinya

* Sesiapa yang meninggalkan solat asar, nescaya tidak akan ada kekuatan dalam jasadnya.

* Sesiapa yang meninggalkan solat Maghrib nescaya tidak akan ada buah hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.

* Sesiapa yang meninggalkan solat Isya tidak akan ada kenyamanan di dalam tidurnya.

🌴 Sebarkan demi kebaikan bersama

Motivasi Diri..☺
30/11/2021

Motivasi Diri..☺

Membina diri jati diri sendiri
18/07/2021

Membina diri jati diri sendiri

Jaga Kesihatan saudara..sebrlum terlewat.
26/06/2021

Jaga Kesihatan saudara..sebrlum terlewat.

Assalamualaikum. Semoga warga SKKSR dalam perlindungan dan kerahmatan Allah.
06/04/2021

Assalamualaikum. Semoga warga SKKSR dalam perlindungan dan kerahmatan Allah.

Semoga SK Kg Seri Rahmat dapat melaksanakan tanaman aquaponic..
28/02/2021

Semoga SK Kg Seri Rahmat dapat melaksanakan tanaman aquaponic..

Address

Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat
Lahat
31500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat (Lahat, Perak) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat (Lahat, Perak):

Shortcuts

Share