SK Sabah Cocoa, Lahad Datu.

SK Sabah Cocoa, Lahad Datu. A rural school located in Lahad Datu, Sabah.

20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada warga SK Sabah Cocoa. Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kebahagiaan kepada semua.

05/03/2026

✨ Lima Panduan Membaca di Bulan Ramadan

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang terbaik untuk membina tabiat membaca secara konsisten. πŸŒ™

Semoga Ramadan ini lebih bermakna dengan ilmu dan inspirasi.





πŸ“šβœ¨ Kuiz Ramadan SK Sabah Cocoa 2026 βœ¨πŸ“šPada 03 Mac 2026 (Selasa) telah berlangsung Kuiz Ramadan sebagai salah satu aktivi...
05/03/2026

πŸ“šβœ¨ Kuiz Ramadan SK Sabah Cocoa 2026 βœ¨πŸ“š

Pada 03 Mac 2026 (Selasa) telah berlangsung Kuiz Ramadan sebagai salah satu aktiviti dalam Program Ihya’ Ramadan SK Sabah Cocoa. Aktiviti ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga selesai dengan penyertaan murid-murid yang sangat bersemangat.

Bagi memeriahkan kuiz ini, murid telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang memilih nama kumpulan hasil perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing iaitu:

1️⃣ Indahnya Ramadan
2️⃣ Ramadan King
3️⃣ Bestari
4️⃣ Syawal
5️⃣ Muharram

Menariknya, kuiz ini dijalankan secara digital menggunakan pelantar web Wayground, di mana setiap kumpulan diberikan satu peranti murid untuk menjawab soalan secara interaktif. Pendekatan ini bukan sahaja menguji pengetahuan murid tentang Ramadan, malah turut menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran Pendidikan Agama Islam.

Semoga aktiviti seperti ini dapat meningkatkan minat murid terhadap ilmu agama serta memupuk pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan kerjasama dan semangat yang tinggi! πŸ‘










πŸŒ™ Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 πŸŒ™Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa telah mengadakan Majlis Pelancaran Progra...
05/03/2026

πŸŒ™ Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 πŸŒ™

Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan sempena bulan Ramadan yang mulia pada Isnin, 02 Mac 2026. Majlis pelancaran ini telah diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah.

Program ini merupakan inisiatif sulung anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam yang dipimpin oleh Ustazah Nurul Jannah dan Ustaz Mohd Azri. Tahniah dan syabas diucapkan atas usaha murni ini dalam menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga sekolah.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Guru Besar, En. Asnan bin Labatu bersama barisan pentadbir sekolah iaitu En. Jabar bin Lahero (GPK Kurikulum) dan En. Felix Joseph Liwasa (GPK HEM).

Sepanjang bulan Ramadan ini, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat akan dilaksanakan, antaranya:

πŸ“– Tadarus Al-Quran
❓ Kuiz Ramadan
πŸ“’ Pertandingan Muazzin Cilik
πŸ•Œ Ceramah Nuzul Al-Quran
🎢 Pertandingan Nasyid
🧠 Pertandingan Hafazan
🍽️ Iftar Jamaie

Semoga program ini dapat memupuk penghayatan nilai-nilai Islam, mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat beribadah dalam kalangan murid dan warga sekolah sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.








17/02/2026

π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ 𝗣𝗔𝗗𝗔 π—žπ—œπ—§π—”, π—•π—˜π—¦π—”π—₯ 𝗣𝗔𝗗𝗔 π— π—˜π—₯π—˜π—žπ—”...

β€œAyah… boleh tak adik pakai baju raya baru tahun ni?”

Soalan itu ringkas.
Tetapi bagi seorang ayah daripada keluarga asnaf, ia terasa berat.

Dompetnya hanya cukup untuk beras dan sedikit lauk berbuka.
Dia bukan tidak mahu membahagiakan anaknya,
dia cuma tidak mampu.

Di saat kita memilih warna baju raya,
ada anak yang cuma berharap untuk merasa seperti kanak-kanak lain pada pagi Syawal.

Di sinilah maknanya zakat fitrah.
Bukan sekadar beberapa ringgit,
tetapi penyempurna puasa dan penyelamat maruah sebuah keluarga.

Zakat yang kita tunaikan mungkin kecil nilainya,
namun ia boleh menjadi senyuman seorang anak,
dan kelegaan seorang ayah.

Tunaikan zakat fitrah.
Sempurnakan Ramadan kita.
Hidupkan Syawal mereka. πŸŒ™






🧧✨ Selamat Tahun Baru Cina 2026! ✨🧧Warga Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa mengucapkanSelamat Tahun Baru Cina kepada semua ...
17/02/2026

🧧✨ Selamat Tahun Baru Cina 2026! ✨🧧

Warga Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut perayaan ini.

Semoga Tahun Kuda ini membawa kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, kemakmuran, serta kejayaan dalam setiap usaha yang diceburi.

Marilah kita terus memupuk perpaduan, saling menghormati dan keharmonian dalam kepelbagaian demi kecemerlangan anak-anak SK Sabah Cocoa.

🧨 Gong Xi Fa Cai! 🧨
Ikhlas daripada,
Warga SK Sabah Cocoa πŸ«πŸ’–











Alhamdulillah, program Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di SK Sabah...
13/02/2026

Alhamdulillah, program Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di SK Sabah Cocoa telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Februari 2026 (Khamis) semalam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Aminah binti Amming (Penolong Pengarah MCMC Caw. Tawau) dan Encik Shamir Khan bin Nashree (Penolong Pengarah MCMC Caw. Tawau), atas kesudian hadir berkongsi ilmu serta pendedahan yang sangat bermanfaat kepada semua murid SK Sabah Cocoa.

Perkongsian yang padat, interaktif dan penuh kesedaran ini membuka mata warga sekolah tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab dalam era digital masa kini.

Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi panduan berguna buat anak-anak didik kami.
InsyaAllah, kami amat berharap agar jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan generasi celik digital yang beretika dan berintegriti.

Terima kasih sekali lagi atas komitmen dan sokongan yang diberikan 🀝✨

πŸ“šβœ¨ FIRST DAY AT SCHOOL 2026 | SK SABAH COCOA βœ¨πŸ“šHari pertama persekolahan sentiasa membawa seribu satu makna πŸ’™Wajah-wajah...
13/01/2026

πŸ“šβœ¨ FIRST DAY AT SCHOOL 2026 | SK SABAH COCOA βœ¨πŸ“š

Hari pertama persekolahan sentiasa membawa seribu satu makna πŸ’™
Wajah-wajah ceria murid-murid SK Sabah Cocoa jelas terpancar pada sesi First Day at School bagi sesi persekolahan 2026. Bermula dengan sambutan mesra di pintu masuk sekolah, sesi perkenalan, bergambar kenangan serta taklimat ringkas bersama murid-murid di dalam dewan, segalanya berjalan dengan lancar dan penuh makna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jemputan khas yang sudi hadir memeriahkan program ini iaitu:
🀝 Yang Dipertua PIBG, Puan Jumaliah Maha
🀝 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Singa Lunjoh

Kehadiran tuan dan puan amat bermakna dalam memberikan sokongan moral serta motivasi kepada murid-murid dan warga sekolah.

Terima kasih juga dirakamkan kepada Ust Azri di atas pemberian sumbangan alat tulis kepada murid-murid yang hadir dan sumbangan kostum katak hijau yang beliau pakai untuk menyerikan lagi Program Guru Penyayang sempena Program First Day at School pada kali ini.

Semoga tahun 2026 menjadi tahun yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang buat SK Sabah Cocoa, dengan kerjasama padu antara pihak sekolah, PIBG, komuniti dan semua rakan strategik.
πŸŒ±πŸ“– Melangkah yakin, membina masa depan anak-anak SK Sabah Cocoa.





From SK Sabah Cocoa, we wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!
25/12/2025

From SK Sabah Cocoa, we wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang telah memberikan sokongan padu sa...
16/12/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang telah memberikan sokongan padu sama ada dalam bentuk kewangan, sumbangan hamper mahupun komitmen sepanjang Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 SK Sabah Cocoa:

1. NAH Rayang Petshop, Lahad Datu.
2. Sabah Credit Corporation (LD Branch)
3. KL-Kepong Palm Oil Tree Plantation Sdn. Bhd. ( LD Region )
4. De Leon Hotel LahadDatu
5. BESS Machinery Parts Supply & Services, Lahad Datu.
6. Knowledge Book Lahad Datu
7. Kontraktor Pengawal Keselamatan SK Sabah Cocoa.
8. Sumbangan Individu - Puan Suriyati Lassee (Mantan YDP PIBG)
9. Sumbangan Individu - Puan Hathirah Mappangerang (Alumni PIBK)
10. Sumbangan Individu - Puan Hasyulita (Ahli PIBG)
11. Sumbangan Individu - Puan Rahmawati Ahmad (Pengusaha Kantin SKSC)
12. Sumbangan Individu (360 Camera) - Encik Mohd Azri (Guru)

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat bermakna dalam menceriakan majlis serta menyuntik motivasi kepada murid-murid kami.

Sesungguhnya nilai sesuatu sumbangan bukanlah terletak pada seberapa banyak sumbangan yang diberikan, tetapi terletak pada manfaat yang didatangkan bersama sumbangan tersebut. Semoga segala kebaikan ini diberkati dan hubungan baik ini terus terjalin demi kecemerlangan anak-anak SK Sabah Cocoa. 🌟

Terima kasih, semoga rezeki datang berlipat kali ganda untuk anda semua. Kami amat menghargainya.

Address

SK Sabah Cocoa
Lahad Datu
91118

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
Tuesday 07:00 - 13:30
Thursday 07:00 - 13:30
Friday 07:00 - 11:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sabah Cocoa, Lahad Datu. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share