Madrasah Al-Muqri Haji Harun

Madrasah Al-Muqri Haji Harun Madrasah Tahfiz Pengajian al Quran

Sumbangan projek wakaf telaga tiub masih dibuka. Semoga sumbangan tuan-puan akan sentiasa mengalir dan menjadi saham akh...
20/04/2026

Sumbangan projek wakaf telaga tiub masih dibuka.

Semoga sumbangan tuan-puan akan sentiasa mengalir dan menjadi saham akhirat kelak.

20/04/2026

Proses tebuk air bawah tanah sedang giat dijalankan di Madrasah Tahfiz Al-Muqri' cawangan Paris 3, Kota Kinabatangan.

Terima kasih kepada semua yang membantu menyumbangkan dana bagi memudahkan kerja-kerja tebuk air berjalan dengan lancar.

Cawangan Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Paris 3, Kota Kinabatangan
15/04/2026

Cawangan Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Paris 3, Kota Kinabatangan

20/03/2026

تقبل الله منا و منكم صالح الاعمال، كل عام و انتم بخير
جعلنا الله واياكم من العائدين والفائزين والمقبولين

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
daripada Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Haji Harun

Alhamdulillahi Alaa Kulli Hal, Wa Fii Kulli Hal Wa Ni'mahAssalamualaikum wbt. Pihak Madrasah Tahfiz Al-Muqri Hj Harun me...
16/03/2026

Alhamdulillahi Alaa Kulli Hal, Wa Fii Kulli Hal Wa Ni'mah

Assalamualaikum wbt.

Pihak Madrasah Tahfiz Al-Muqri Hj Harun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penginfaq dari sekitar daerah Lahad Datu khususnya, dan seluruh negeri Sabah yang sudi menyantuni anak-anak kami dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkahan ini.

Pihak Madrasah telah menerima kunjungan sekaligus menerima sumbangan infaq bulan suci Ramadan antaranya daripada :

- Wakil Rakyat Parti Warisan N.61 Segama Yb Muhammad b. Abdul Karim
- Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
- Syarikat Bumil Lahad Datu
- Guru-guru Sk St. Stephen
- Pertubuhan Amal Az-Zahra Sabah
- Guru-guru Agama PGA
- Kedai Mochuu Lahad Datu
- Syarikat Sabah Port Lahad Datu
- Takaful Ikhlas
- Jemaah Maulana Rahimi

Dan semua para penginfaq daripada individu yang tak dapat disebutkan satu-persatu, Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan.

Serta kepada semua penyumbang yang menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa untuk anak-anak Madrasah sepanjang bulan Ramadan ini.

Hanya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala yang mampu membalas jasa baik pihak Tuan/Puan semua..

Kami mendoakan, semoga segala kebaikan mengiringi perjalanan hidup Tuan/Puan dan sentiasa dikurniai kebahagiaan dunia dan akhirat..

Jazaakumullahu Khairal Jazaa'

MAJLIS IFTAR & PENYERAHAN SUMBANGAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH. Selasa | 10 Mac 2026Alhamdulillah Alaa Ku...
12/03/2026

MAJLIS IFTAR & PENYERAHAN SUMBANGAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH.

Selasa | 10 Mac 2026

Alhamdulillah Alaa Kulli Haal Wa Fii Kulli Haal Wa Ni'mah

Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Haji Harun telah menerima undangan daripada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah untuk menghadiri Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan yang bertempat di SICC Kota Kinabalu, Sabah.

Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Haji Harun mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah atas penyerahan sumbangan yang bernilai RM 3000.00 .

Dengan sumbangan berikut akan memudahkan pihak Madrasah untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih selesa dari sudut pelaksanaan kurikulum dan penyediaan fasiliti yang lebih baik dari masa ke semasa.

Madrasah Tahfiz Al-Muqri' Haji Harun akan terus komited dalam mendidik anak-anak Madrasah agar menjadi permata ummah yang kelak memberi manfaat untuk seluruh masyarakat.

Al-Mubarak

بسم الله الرحمن الرحيم*ASSALAMUALAIKUM WBT*TAJAAN BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADAN 1447H BERSAMA MADRASAH TAHFIZ AL-MUQRI H...
25/01/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

TAJAAN BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADAN 1447H BERSAMA MADRASAH TAHFIZ AL-MUQRI HAJI HARUN, KG SAPAGAYA ULU, LAHAD DATU, SABAH.

Semoga Allah swt mempertemukan kita semua dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Adalah dimaklumkan bahawa Madrasah Tahfiz Al-Muqri Haji Harun sedang membuka peluang kepada Tuan/Puan untuk membuat sumbangan bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan. Sumbangan ini bertujuan untuk menaja sahur, iftar dan moreh kepada pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Muqri Lahad Datu, kepada 35 orang pelajar termasuk warga kerja Madrasah Tahfiz Al-Muqri.

📌 IFTAR SAHUR MOREH (30 Hari) = RM 24,000

1 Lot = RM 20
1 Hari = 40 Lot
40 Lot = RM 800

Bilangan Pelajar & Staff = 35 Orang

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus ke akaun :

🗳️ MAYBANK : 560054404893
(AL-MUQRI' CENTER)

Boleh sertakan resit sumbangan kepada :

📱Ustaz Mohd Shukri (Mudir)
- 0189607382
📱Ustaz Abdul Karim (Setiausaha)
- 01125386243

Semoga usaha yang murni ini akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Al-Quran dan mereka yang menjaga amanah ini. Semoga Allah mencurahkan keberkatan kepada rezeki yang telah kita sumbangkan untuk program ini. Ameen Ya Rabbal’aalamin.

Sekian Terima Kasih. 😊

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

Ahad20 Oktober 2025Alhamdulillahi Alaa Kulli Haal Wa Fii Kulli Haal Wa Ni'mahMalam yang diberkati, atas izin ALLAH swt, ...
19/10/2025

Ahad
20 Oktober 2025

Alhamdulillahi Alaa Kulli Haal Wa Fii Kulli Haal Wa Ni'mah

Malam yang diberkati, atas izin ALLAH swt, para pelajar Madrasah Tahfiz Al-Muqri' dapat menghadiri majlis ziarah dakwah pantai timur sabah, yang disampaikan oleh Profesor Ustaz Abdul Somad bertempat di Kompleks Sukan Lahad Datu.

🤲🏼🤲🏼🤲🏼

03/10/2025
UJIAN PENGUKUHAN HAFAZAN AL-QURAN SESI SEPTEMBER 2025MADRASAH TAHFIZ AL-MUQRI HJ HARUN 🔖 Ujian pengukuhan bertujuan untu...
26/09/2025

UJIAN PENGUKUHAN HAFAZAN AL-QURAN

SESI SEPTEMBER 2025

MADRASAH TAHFIZ AL-MUQRI HJ HARUN

🔖 Ujian pengukuhan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hafazan para pelajar dari masa ke semasa.

🔖 Ujian pengukuhan terbahagi kepada 2 kategori. Ujian Syafawi (lisan) dan Ujian Tahriri (penulisan).

🔖 Ujian berlangsung selama 3 hari, bermula 24 hb Sep sehingga 26 hb Sep 2025. Bertempat di Madrasah Tahfiz Al-Muqri Hj Harun.

Semoga ALLAH swt. mempermudahkan bagi semua anak-anak madrasah serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian

bittaufiq wan najaah 🤲🏼

Salam Jumaat ❤️
25/09/2025

Salam Jumaat ❤️

Address

Lahad Datu

Telephone

+601169892965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al-Muqri Haji Harun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Al-Muqri Haji Harun:

Shortcuts

Share

Category